Pages

Sabtu, 24 September 2022

Selamat Ulang Tahun Ummi Syazana

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita malam tadi, kami turut serta meraikan ulang tahun anak buah, Ummi Syazana di Restoran Anjung Selera, Kampung Muhibbah, Lahad Datu. Jamuan dijadualkan bermula pada pukul 7:30 malam. Pukul 7:30 malam di LD memang sudah gelap, dan waktu isya' pula pada pukul 7:17 minit. Sempatlah solat dahulu sebelum pergi ke Restoran Anjung Selera. Tak jauh pun dari rumah kami. Kalau jalan tak sesak, boleh sampai di antara 3 atau 4 minit sahaja.

Cheese Cake untuk ulang tahun Ummi Syazana.


Sewaktu kami tiba, hidangan mula diatur di atas meja. Kami makan di bahagian dalam restoran. Banyak pengunjung lain memilih untuk menikmati hidangan di luar restoran. Nun di hujung ibu dan ayah Ummi Syazana sedang menunggu kedatangan ahli keluarga yang dijemput.


Satu demi satu menu disajikan, lauk pauk dan juga air minuman.

Kakak ipar, abang ipar, adik ipar dan Encik Suami.

Tidak lama kemudian datang anak-anak buah. 


Ada juga yang tak dapat hadir kerana ada urusan. Alhamdulillah, yang berkelapangan datang pun sudah cukup memeriahkan majlis.


Akhirnya penuhlah meja yang ditempah dengan kedatangan ahli keluarga.


Kita pun ingin bergambar juga. Firdaus tukang tangkap gambar.


Sudahlah budak itu kecil dan rendah, hanta sajalah mana-mana sudut yang dia boleh ambil gambar.


Apabila ternampak Aiman dan Chica datang, Firdaus pun beralih tempat untuk bermain bersama.


Antara lauk-pauk yang menunggu untuk dijamah.


Ada sayur kangkung dan sayur kailan.

Sup Jagung

Ada sup jagung untuk yang tidak boleh hirup sup pedas seperti tomyam.

Ikan Bakar

Ada dua jenis ikan bakar iaitu ikan kutambak (temparing) dan ikan merah. Sedap sungguh meratah ikan bakar dengan kerabu mangga!

Sambal Sotong

Udang Butter Kering

Seafood Tomyam

Cheese Cake

Secret Recipe Cake

Durian Cake


Semuanya ada tiga jenis kek!
Ada yang sponsor kek itu.


Ambil kesempatan tangkap gambar beramai-ramai sebelum Ummi Syazana potong kek.


Selamat ulang tahun Ummi Syazana.
Moga sentiasa sihat. Kami doakan agar Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.


Selesai makan, kami masih santai-santai bersembang.
Firdaus sudah terlelap di atas riba kita!

7 ulasan:

  1. Sanah Helwah buat bday girl...sedap namanya:)

    BalasPadam
  2. Wah,bulan September bulan makan kek la ye Cikgu...Ramai yang birthday bulan September..
    Happy birthday Ummi Syazana..Semoga dirahmati Allah...🤲

    BalasPadam
  3. Sedap bila makan ramai-ramai. Firdaus pandai ambil gambar

    BalasPadam
  4. Besar sudah Ummi Syazana.
    Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.

    BalasPadam
  5. bestnya kak kumpu-kumpul gini, meraikan dengan makan-makan gini. Tengok menu yang ada pun aduhai sedap semuanya lah kak. Pandai Daus ambil gambar elok tak gegar, dah jumpa sepupu sebaya mesti lah nak bermain kan. Udahnya tertidur kekenyangan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah dapat meraikan beramai-ramai. Menu pun sedap sedap semuanya. Selamat hari lahir ummi syazana.

    Penat sangat Firdaus tu sampai terlelap di riba.

    BalasPadam