Pages

Jumaat, 23 September 2022

Cerita Hari Khamis: Bawa Bekal Telur Rebus Pecah

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di petang Khamis yang redup dan mendung. Mata pun rasa melekat sangat, agaknya terlalu menahan rasa mengantuk! Sampai saja di rumah, terus mandi untuk kembalikan kesegaran. Tidak lama kemudian azan asar berkumandang. Cepatnya masa berlalu! Pukul 3.09 minit petang sudah masuk waktu asar di LD. Untuk hilangkan rasa mengantuk, lepas solat asar kita tulis entri Cerita Hari Ini : Bawa Bekal Telur Rebus Pecah.

Cerita pagi tadi, entah siapa yang salah! Ku tak tahu....tiba-tiba dua butir telur rebus yang hendak dijadikan bekalan jatuh ke lantai! Retaklah kulitnya! Telur rebus itu tidak salah, yang salah tangan yang memegangnya!

Jadi, masukkan sahajalah ke dalan tupperware.

Telur rebus retak kulitnya!


Pagi tadi, sempat hiris dua biji limau sunkist buat bekal, temankan dengan telur rebus.


Ada pun mambang dari Tanah Jauhar sudah singgah di LD. Sayangnya yang menjenguk bukannya mambang rajin, melainkan mambang yang tak berapa rajin....hihihiiiii! Rajin bawa tupperware ke warung saja! Isinya yilek. Jadi beli sajalah di situ. Pagi tadi kita nak beli nasi kuning tapi penjual nasi kuning kata ikan sedang digoreng, kalau mahu juga, tunggu 8-10 minit. Alamak! Jangankan 8-10 minit, tempoh 2 minit pun sudah tidak ternilai harganya. Maklumlah, waktu pagi, waktu semua kelam kabut dan tergesa-gesa untuk ke tempat kerja. Mana nak layan kesesakan jalan raya lagi!

Jadi, kita pun pindahlah ke gerai lain. Kita beli nasi putih dan kepala ikan alu-alu masak ampap. Sedap pula pagi-pagi sarapan nasi putih dengan kuah ikan masak ampap! Kita layan habis mata ikan alu-alu yang besar itu! Kuahnya pula dibungkus asing dilengkapi dengan tomato, putik jagung dan timun.

Nasi putih lauk kepala ikan alu-alu masak ampap.

Roti Panggang

Selepas Encik Suami solat Jumaat, kami sama-sama jalan-jalan cari makan di bandar. Kami singgah di Fook Yuen. Perut tidaklah rasa lapar sangat sebab sudah makan limau dengan telur rebus. Jadi kami hanya memesan roti panggang. Amie minta roti panggang sapu peanut butter, tambah kepingan butter lagi. Encik Suami minta roti panggang sapu marjerin dan kaya.



Selain roti panggang, kami makan dimsum.

Dim Sum Ayam + Sayur

Dim Sum Ayam + Ketam

Dim Sum Ayam + Telur Masin

Dim Sum Ayam + Udang


Selepas makan, dalam perjalanan pulang kami singgah di gerai buah-buahan. 
Nampaknya harga buah-buahan semakin naik!


Rambutan tetap RM15.00 sekilogram walaupun sudah layu!
Honeydew RM5.00 satu kilogram.
Buah naga pun RM15.00 satu kilogram.


Kami beli buah betik, mangga epal, buah sukun dan saderi.


Tidak ketinggalan beli si buah limau!

8 ulasan:

  1. Alhamdulillah rezeki..amboi mahalnya buah rambutan tu...dari mana agaknya tu...sedapnya mangga muda tu..sedap kalau dapat menyicah

    BalasPadam
  2. Huhuhu...
    Tu la kantanya lepas ni buah sayur dan makanan lain juga akan meningkat lagi harga...
    Semoga Allah limpahkan rezeki untuk kita semua..

    BalasPadam
  3. Amboi dah kenyang pun order dimsum ye. Hehe

    BalasPadam
  4. aduh besarnya kepala ikan tu kak, sampai tak muat dalam bekas tupperware tu. Boleh tahan mahal harga rambutan ye kak, tapi honeydew tu murah pulak

    BalasPadam
  5. Aduh, terjatuh pulak si telur tu. Tak pasal retak seribu kulitnya. Kalau pagi pagi memang tak sanggup nak menunggu kan. Perkataan tunggu pun kalau boleh taknak dengar. Nak serba cepat pagi pagi. huhu...
    Besar betul kepala ikan tu.

    BalasPadam