Pages

Selasa, 27 September 2022

Sarapan Pagi Kuih Lembik-Lembik!

Bismillahirrahmanirrahim. Hari Rabu, malam Khamis selepas makan malam di rumah Abang Aznan, kami terus pulang Gardens Condominium. Selepas makan ubat, Amie beritahu Encik Suami hendak berehat sahaja pada keesokan harinya. Kita hendak masak sarapan untuk Fairuz dan Haziq. Lagi pun gusi kita yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya. Kita paksa makan di rumah Abang Aznan sebab teringin sangat makan sup tulang! Kebetulan Ery renih sup tulang hingga lembut bahagian lemak dan dagingnya. Bolehlah jamah sedikit, dan telan-telan saja nasi tolak ke anak tekak! 

Baru saja letak kepala di bantal, kakak ipar telefon Encik Suami. Katanya esok pagi mereka akan bergerak ke Kudat dan kami mesti ikut serta. Dan pesannya lagi, esok pagi kami dijemput sarapan di rumah Abang Aznan. Rini dan Hasna sudah berkira-kira untuk masak nasi goreng dan mi goreng.

Tak jadilah nak buat sarapan untuk Fairuz dan Haziq. Kedua-duanya pun akan sarapan pagi di rumah Abang Aznan sebelum hantar bekalan ikan ke pasar raya di sekitar Kota Kinabalu.

Cadang kita hendak minum sahaja. 

Sarapan pagi dengan telur goreng mata, raddish cake goreng dan egg tart portuguese.
Sup Tulang.

Rupanya ada sup tulang lebihan makan malam tadi. Rini panaskan, dan kita hirup beberapa sudu kuahnya yang sangat sedap itu.

Kita terpaksa memilih makanan yang lembut-lembut atau yang lembik sahaja. Ada nasi goreng, mi goreng dan roti canai tetapi kita tidak makan. Abang Aznan tunjukkan kepada kita, kek lobak putih goreng. Auntie boleh makan. Radish cake ini lembik, tidak keras, katanya. Dihulurkannya juga egg tart dan egg tart portuguese.

Egg Tart Portuguese.

Egg Tart

Deep Fried Radish Cake

Terima kasih banyak-banyak Abang Aznan! Dua tiga ketul jugalah kita makan radish cake yang lembut itu, termasuk juga dua ketul  egg portuguese tart.


Roti Canai.

Nasi Goreng Telur Mata.



Abang Aznan sempat beli kuih-muih di luar. Jadi, pagi itu termasuk Fairuz dan Haziq, kami semuanya berjumlah 26 orang bersarapan di rumah Abang Aznan sebelum memulakan perjalanan ke Kudat.


Entah berapa ketul hashbrown masuk ke perut Firdaus!




Bersama baby Khadeejah, anak bongsu Abang Aznan.

Bersama Lina dan kakak ipar.

Kami sudah bersedia untuk memulakan perjalanan.




9 ulasan:

  1. Masyaa Allah...semua nampak sedap hidangan sarapan yang pelbagai macam sarapan kat hotel.
    Radish cake tu terliurnya...
    Kalau kat sini selalunya orang Cina yang jual..

    BalasPadam
  2. Aduh, makanan sedap tapi gusi pulak tak sembuh lagi.

    BalasPadam
  3. egg tart tu mengoda sungguh. Sakit gigi ni bila datang anginnya emmm boleh jadi huru hara rasanya dunia ni. hehehe

    BalasPadam
  4. Sedap nya tengok semua menu yang ada tu kak oi.... murahla rezeki abang Aznan tu di belanja nya semua bila ajak berjalan ya kak, Udah makan malam sarapan pun sama

    BalasPadam
  5. wow sedap-sedap semuanya. saya suka egg tart. perut kenyang, hati senang baru seronok nak jalan-jalan

    BalasPadam
  6. Sedap raddish cake tu.. bersungguh Abang Aznan meraikan tetamu ya. semoga rezeki berlipat ganda buatnya.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dapat menjamu selera sup sedap lagi. Senang tak perlu nak buat sarapan dah bila ada orang pelawa sarapan bersama. Radish cake belum pernah makan lagi. Macam lama je Firdaus tak makan hashbrown fav dia tu kan. Itu yang masuk beberapa ketul dalam perut. hehe...

    BalasPadam
  8. Syukur juga ada kuih lembik lembik boleh dimakan. Gigi baru lepas operate memang kena banyak pantang. Semoga cepat baik sakit tu.

    BalasPadam