Pages

Isnin, 26 September 2022

Makan Malam di Rumah Abang Aznan

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambungan dari kisah di Bukit Kokol, Menggatal.
Kami terus pulang ke Penampang.
Setelah membersihkan diri dan solat di Gardens Condominium, kami turun ke rumah Abang Aznan di Taman Farmosa. Ery, Rini, Lina dan Hasna sibuk menyediakan hidangan makan malam. Kiranya kami menjadi tetamu pada malam tersebut.

Nasi putih berlauk ayam goreng, udang dan sayur kacang panjang.


Malam itu Ery (isteri Abang Aznan) masak sup tulang. Rasanya cukup menyelerakan sehingga kita meminta resipinya. Ery gunakan rempah yang ditumbuk sendiri. Aduhai! Kita Jawa, Ery pun keturunan Jawa juga tetapi kita seakan-akan terlupa cara masakan sup orang Jawa! Kalau tak ingat dunia, memang kita mahu menambah dua mangkuk sup tulang malam itu.


Ketika kita sampai, semua lauk sudah siap terhidang. 

Sayur tumis kacang panjang.

Sayap ayam goreng.


 Masih teringat-ingat keenakan sup tulang pada malam itu!


Terima kasih anak-anak buah yang bergotong-royong masak walaupun penat  berjalan sehari suntuk dari Putatan melawat pak belang sehinggalah ke Bukit Kokol di Menggatal. Kami datang hanya cuci tangan, dan setelah kenyang kembali semula ke Gardens Condominium. Malam itu kita terpaksa telan ubat sebelum tidur kerana selsema dan batuk-batuk.

14 ulasan:

  1. Wah, baiknya tuan rumah byk betul makanan yg dihidangkan utk tetamu. Semoga murah rezeki tuan rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah Abang Aznan walau di mana berada tetap meraikan sungguh-sungguh kedatanga sanak saudara.

      Padam
  2. Ada kelainan pada rupa sup tulang tu..mulanya saya ingatkan masak black pepper..Kalau sudi nanti kongsikan lah resepinya..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah nanti saya cuba masak dulu sup tulang ikut resipi Ery. Lepas itu saya share ye Mama Cella.

      Padam
  3. Kalau makan di rumah orang ni, tiga kali lebih sedap, mungkin sebab kita tinggal cuci tangan saja, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali tak makan air tangan sendiri, memang sedap betul makan masakan tangan lain.

      Padam
  4. aduh sedap semua menu kak, sup tulang tu di makan dengan sambal kicap pulak memang terangkat

    BalasPadam
  5. Sup tulang kalau dah sedap tak cukup semangkuk. Haruslah minta resipi. Masak bergotong royong ni kurang penat. Selain tu seronok meriah masak sama²

    BalasPadam
  6. Sup tulang tu mahal pada rempah yang ditumbuk sendiri. Eh terlepas pulak kisah kak Amie ke Menggatal.

    BalasPadam
  7. Nampak lazat betul sup tu... Minta sekali supnya Kak Amie, bukan setakat resepi :p
    Mudah-mudahan semakin luas rezeki Abg Aznan ni Kak Amie, rajin sungguh menjamu dan meraikan kaum keluarga.

    BalasPadam
  8. sup tulang tu nampak sedap betul. share resepi kak

    BalasPadam