Bismillahirahmanirrahim.
Fairuz dan Haziq menyambung tugas menghantar ikan ke Papar setelah 'ajar' kami cara-cara untuk masuk ke kondominium. Ditunjukkannya ikan kerapu yang disebutkannya beberapa hari lalu. Apabila dikeluarkan dari peti sejuk, bukannya ikan kerapu tetapi ikan merah atau ikan jenahak!
"Aik! Katanya ikan kerapu. Kenapa ikan jenahak pula? Nak masak apa ni dik?"
"Aik! Katanya ikan kerapu. Kenapa ikan jenahak pula? Nak masak apa ni dik?"
"Masak apa-apalah Mommy," sahut Fairuz sebelum meninggalkan kami.
"Sedap tu kalau masak asam pedas!" Terdengar suara Haziq dari belakangnya.
Ikan jenahak ini bersaiz agak besar. Tidak ada bekas atau besen yang boleh memuatkan ikan ini untuk direndam. Kita cari akal. Syukurlah ternampak penutup sinki! Jadi, letakkan sajalah ikan merah dalam sinki dan rendam di situ.
Encik Suami ajak kami pergi ke Bataras Hypermarket Bundusan yang terletak lebih kurang dua minit pemanduan dari kondominium. Bolehlah kami beli barang keperluan dapur. Balik ke kondominium nanti, agak-agaknya ikan merah sudah nyahbeku.
Nasi Kuning & The Gang |
Perut rasa laparlah pula. Encik Suami ajak singgah makan di kafe yang terletak di sebelah pintu masuk Bataras Hypermarket. Kita pun tak ingat apa nama makanan yang Encik Suami pesan. Macam rupa nasi kuning dengan lauk ayam goreng. Siap ada acar dan sambal.
Burger Ayam & Kentang Goreng. |
Kita hanya temankan dua beranak ini makan sebab mulut kita rasa pahit. Badan pun rasa tak berapa sedap. Selepas makan kami mencari barang-barang dapur seperti sayur, buah-buahan, udang, tepung, minyak dan sebagainya. Teringat Haziq sebut asam pedas, kita pun beli daun kesum dan kacang bendi. Memandangkan kami akan menginap beberapa malam di kondominium, jadi belilah bahan-bahan yang boleh dimasak sama ada untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Lagi pun, Amie memang tidak bercadang untuk ke mana-mana. Hanya hendak berehat sahaja sehinggalah badan kembali sihat sepenuhnya.
Tengah hari tadi, kita kongsikan beberapa keping gambar bersama Fairuz.sewaktu berkunjung ke Kota Kinabalu. Petang tadi, kita terima mesej bergambar daripada Fuad. Rupanya Fairuz kongsikan dengan Fuad salah satu gambar kami berdua.
Fairuz tuliskan di bahagian atas gambar : Penyesalan akan wujud selepas sedar perjuangan dan perasaan kita tidak dihargai.
Dan ditambah bahagian bawah gambar: Yang penting sudah direstui.
Allah ya Allah.
Teringat entri kita :Restu Ibu Sepanjang Jalan.
Diri ini seorang ibu yang inginkan segala kebaikan untuk anak-anaknya. Lebih setahun lamanya diri ini bermohon yang baik-baik sahaja akan segala keputusan yang Fairuz ambil. Mudah-mudahan Allah terus memberi petunjuk ke jalan yang benar. Lakukanlah yang terbaik demi masa depanmu wahai anakku!
Lantas, air mata yang hampir tumpah kutahan-tahan, kutelan!
Caption Fairuz tu macam ada yang tersurat dan tersirat sajağŸ¤
BalasPadamSeorang emak pastinya tidak pernah putus mendoakan anak-anaknya dalam setiap detik waktu
Memang ada yang tersirat! Turut menyedarkan saya dan babanya bahawa hidup ini tidak boleh terus-terusan pentingkan dan kehendak diri. Berilah peluang kepadanya. Barangkali di hatinya juga tidak gembira setiap kali didesak untuk sambung belajar. In syaa Allah, rezeki ada di mana-mana. Inilah jawapan untuk doa-doa kami.
PadamAmiinnn...
BalasPadamAlhamdulillah..
Turut sama menjentik hati sayağŸ˜
kalau demam tekak memang pahit.
BalasPadamYa jangan berputus asa doa.
BalasPadamGembira Fairuz emaknya memasak untuk beberapa hari.
walau apa pun janji restu ibu ayah sentiasa mengiringi ya kak...
BalasPadamBaru nampak muka Firdaus. Memang sedap tu masak asam pedas. Mesti Fairuz gembira bila mommy dan baba merestuinya. Alhamdulillah...
BalasPadam