Pages

Jumaat, 29 Julai 2022

Sarapan Pagi di Hotel Grandis

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita GRANDIS HOTEL (GRANDIS HOTELS & RESORTS) KOTA KINABALU. Kali ini tentang sarapan pagi pula. Lima malam menginap di sini, bermakna lima kalilah kami sarapan pagi sebelum berangkat ke tempat mesyuarat. 

Sarapan pagi di Hotel Grandis

Lobi hotel.


Seawal pukul 6:30 pagi Amie dan Nora sudah keluar dari bilik untuk bersarapan pagi dan lebih kurang pukul tujuh pagi kami menaiki grab menuju ke tempat mesyuarat di Likas. Pagi pertama kami turun hingga ke lobi hotel. Rupanya kami tersilap kerana tempat makan terletak di tingkat 1.


Sebaik sahaja tiba di tingkat satu, terlihat pemandangan ini di sebelah kanan pintu lift. Tempat makan terletak di sebelah kanan lift.


Untuk menuju ke tempat makan, kami menapak kawasan yang luas dan lapang. Terdapat rak yang menempatkan buku-buku.

Rak buku.



Tidak lama lagi (waktu itu) akan tiba bulan Ramadan. Memang nampaklah suasananya dengan adanya hiasan ketupat dan lampu-lampu.



Kebetulan pula tarikh Pesta Kaamatan disambut dekat-dekat dengan Hari Raya Puasa. Jadi, kelihatan pula kayu hiasan yang biasa digunakan semasa sambutan pesta tersebut.



Sepanjang laluan di sebelah kanan, terdapat bilik rehat yang luas dilengkapi dnegan sofa dan piano.

Bilik rehat.


Kafe informal menawarkan menu bufet dan ala carte.


Terus berjalan menuju ke hujung sanun.

 


Ternampak gambar bunga yang unik!
 


Leka melihat gambar ini, rupanya kaki terseret menuju ke tandas!


Salah masuk lagi!
Alang-alang terpandang rama-ramai dalam bingkai kaca, teruslah masuk toilet.



Jom kita keluar!


Ini dia tempat sarapan pagi kami.


Mata terpaku melihat susunan botol-botol di belakang sana.

Banyak sungguh botolnya!
Di dalamnya pula ada isi. Entah kacang entah apa...ahaks!


Cantikkan?


Ketika ini belum ramai tetamu hotel turun bersarapan, jadi bebaslah tangkap gambar sana-sini tanpa sebarang gangguan 'objek' manusia.












Bayangkan lima malam di sini dan lima kali bersarapan di tempat yang sama. Sudah tentulah menu yang lebih kurang sama saja yang dihadap setiap pagi. Bagaimanapun tidaklah sempat merasa banyak jenis, sebab takut pula perut meragam di pagi hari ketika dalam perjalanan ke Likas. Kalau tak ambil sarapan, rugi pula sebab kami sudah bayar.
Minum kopi panas.


Antara menu pilihan sebagai alas perut.

Menu sarapan hari pertama


Menu sarapan hari kedua.


Menu sarapan hari ketiga.


Menu sarapan hari keempat.

Menu sarapan hari kelima.



Selepas sarapan berat, makan jugalah yang ringan-ringan supaya tidak teringat-ingat selepas tinggalkan dewan makan.








Apabila terpandang bubur dengan pelbagai pilihan lauk, memang tak lepas peluang untuk mencicipinya. Apalagi melihat Nora makan setiap hari, kita pun nak makan sama!


Bukan apa! Bubur ini tambah sedap sebab ada telur hitam @ century egg!

8 ulasan:

  1. Wah...seronoknya dapat bersarapan di hotel walaupun kena kursus..Saya suka sangat kalau dapat buffet breakfast & hi tea sebab pecinta makanan..pastu kalut tak kurus🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan jew apa yang menyelerakan, banyak hari lain untuk mula kuruskan badan hihihiiii.

      Padam
  2. Nampak menarik menunya tu, Kak Amie. Lagi best sebab belum ramai yg turun sarapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... sarapan bermula pukul 6:30 pagi, jadi kamilah yang merasmikan lebih awal.

      Padam
  3. 5 hari maka 5 jenis kombinasi makanan.
    Boleh tahan banyak jenis sarapan yang menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak jenis, tapi untuk alas perut makan sikit-sikit jew takut perut meragam. Maklumlah awal pagi dah nak berangkat ke tempat mesyuarat.

      Padam
  4. Kalau breakfast di hotel saya akan cari bubur nasi sebab kenyang lama. 5 hari makan breakfast tempat sama, kena pandai mix n match la. Hehe

    BalasPadam