Pages

Khamis, 28 Julai 2022

Pakej Percutian Murah Bukit Tinggi dan Padang dan Sewa Kereta Murah

Bismillahirrahmanirrahim.
Lama tidak bercerita tentang jalan-jalan ke luar negara. Dua hari lepas, Pak Herman dari Padang berkongsi info perkembangan pelancongan di Sumatera Barat. Menurut Pak Herman awal Disember 2022, tiket penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Padang sudah dibuka. Katanya lagi, bolehlah nanti Amie bantu promosikan syarikat pelancongan miliknya: ASL Tours & Car di medsos. 

Pakej Percutian Murah ASL Tours & Car 

Sewa Kereta Murah di Padang

Kami sangat berpuas hati dengan khidmat dari syarikat pelancongan Pak Herman, dan sebenarnya kami sudah merancang untuk meneroka lagi alam Minangkabau. Namun begitu buat masa terdekat ini masa dan keadaan kurang mengizinkan kerana ada komitmen lain. In syaa Allah pada masa akan datang, kami akan memilih khidmat Pak Herman untuk meneroka sebahagian lagi daerah di sana.
Boleh sewa kereta milik syarikatnya juga jika ingin memandu sendiri. Menurut Pak Herman, murah saja sewanya. Jadi, bolehlah runding-runding dengan beliau.

Google : Keindahan Alam Minangkabau


Antara gambar-gambar yang dikirm oleh Pak Herman.








Video kenangan kami bercuti di Bukit Tinggi Padang.

Kami datang untuk merehatkan fikiran, kami pulang dengan seribu satu kenangan. Gunung Singgalang dan Marapi seakan menggamit kami agar datang lagi. Lembah Harau dan Kelok 44 menuju ke rumah kelahiran Buya HAMKA, menikmati masakan Padang di tengah sawah nan menghijau, membeli belah kain sulam, Tasik Maninjau yang tiada duanya terpahat dalam ingatan. Berkunjunglah ke negeri penuh adat, dengan penduduknya yang sentiasa berbudi bahasa agar kita dapat mengenali akar budaya Melayu Nusantara. 
Sila berunding dengan Pak Herman  yang baik budi.
Hermann Hollande : +62812-6784-9399. 
Anda pasti akan berpuas hati dengan khidmat pelancongan beliau.

Boleh lawati entri percutian kami di sini: BERCUTI KE BUKIT TINGGI, PADANG SUMATERA BARAT


Hermann Hollande

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah saya pernah pergi Bukit Tinggi. Hehe suka makanannya. Berselera saya makan di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami naik berkilo-kilo selama 5 hari di sana.

      Padam
  2. Antara tempat menarik di Indonesia yang belum saya lawati. Lihat gambar Pak Herman, kena masuk dalam wishlist nampaknya ni, Kak Amie.. hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang puas hati SK. Harga sangat berpatutan. Boleh runding dengan Pak Herman. Sudah ada orang yang dikenali, mudahlah kami nak plan pusing keliling di sana.

      Padam
  3. pernah ke Bukit Tinggi, tak sempat jalan2 di Padang...makan2 best...kain sulam cantik2..

    BalasPadam
  4. Antara wishlist jugak. Memang cantik Bukit Tinggi ni. Suasana pun tenang aman damai je

    BalasPadam
  5. Terimakasih kak salami sudah letak cerita trip kak mi and kawan2 semasa bercuti kat padang,sesiapa nak ke padang sila hubungi saya di talian whatapps +6281267849399.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Pak Hermann.
      Harap nanti yang berminat boleh hubungi Pak Hermann untuk info lebih lanjut.

      Padam
  6. Rindunya nak "bersanding" kat Rumah Gadang ...hihihi..
    Jom la kawan2 semua....kita geder2 jumpa kat sanašŸ„°

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa... bab begini kita lantik Mama Cella jadi pengurus! Kasi jadik ya Mama Cella.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam