Pages

Selasa, 26 Julai 2022

Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (2) : Bihun Goreng

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini bawa bekal bihun goreng ditambah telur goreng mata satu. Tidak ketinggalan salad dan juga buah-buahan. Terselit juga keropok amplang sotong untuk kudapan dengan kawan-kawan. Apabila makan bersama kawan-kawan, kami bertukar-tukar pendapat tentang khasiat dan zat vitamin dalam setiap hidangan. Menurut Nano, guru Sains: 
  • Kalau makan limau jangan buang serabutnya sebab itulah serat yang penuh khasiat.
  • Kalau makan buah ketika perut kosong, ia boleh turunkan kolestrol dalam badan. 
Nanti kita tanya lebih lanjut dengan Nano tentang info ini dan kongsikan dalam entri akan datang.

Bekal Sarapan (2)

  • Bihun goreng & telur mata satu
  • Salad: green & red coral lettuce + timun jepun +limau mandarin + tomato ceri
  • Buah belimbing & anggur
Bihun Goreng  &Telur Mata Satu

Salad : Coral Red & Green Lettuce
 

Belimbing & Anggur


28 ulasan:

  1. rajinnyer mak buat bekalan., ;p

    BalasPadam
  2. nampak menarik menu sarapan pagi :)

    BalasPadam
  3. Cantik pula tengok bintang pada buah belimbing besi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaa.... itu sebab omputih panggil starfruit ye NA.

      Padam
  4. Telur mata satu
    telur kembar baru ada mata dua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak saya kata telur kembar tu telur salak.

      Padam
  5. Meriahnya bekal cikgu. Semua menarik.

    BalasPadam
  6. lama tak makan amplang dan kuih cincin, aduhai sedapnya kalau dapat yang ranggup. Rajin akak bawa sarapan setiap pagi, makan dengan kawan-kawan baru seronok kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, bawa lebih boleh makan dengan kawan-kawan.

      Padam
  7. Suka tgk bekalan buah yg berwarna-warni kn kak... suka sgt amplang sotong... lama dh x mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu hanya amplang ikan, sekarang macam-macam ada amplang sotonglah, udanglah. Amplang cheese pun ada.

      Padam
  8. Bagusnya bekal cikgu semua zat ada ..saya makan nasi dagang pagi ni🤭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya nasi dagang. Rindu aromanya yang semerbak dengan bau halba. Lagilah gulai ikan tongkol...yummy!

      Padam
  9. Susunan makanan pun cantik! Berseni!

    BalasPadam
  10. Puas hati dapat makan makanan dari rumah, sediakan sendiri. Jimat belanja dan menyihatkan juga. :)

    BalasPadam
  11. Bagus sangat kan bawak bekal. Boleh tambah ilmu zat makanan jugak dari cikgu Sains. Suka bekal kak Amie warna warni gitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah. Suka dengar komen dan pandangan kawan-kawan sambil menyantap bekalan. Banyak ilmu dikongsi.

      Padam
  12. SA [un hari2 bawak bekal..tapi x rajin nak buat macam ni..nampak menarik plak style macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom buat SA. Potong-potong dan susun dalam bekas saja. Tak sampai 10 minit dah siap.

      Padam