Bismillahirrahmanirrahim.
وَاَلْقٰى فِى الْاَرْضِ رَوَاسِيَ اَنْ تَمِيْدَ بِكُمْ وَاَنْهٰرًا وَّسُبُلًا لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَۙDan Dia menancapkan gunung di bumi agar bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk.
Al Nahl :15
Subhanallah!
Sepanjang perjalanan dari Kota Belud menuju ke Kundasang, selain menyaksikan kehijauan sawah padi yang luas terbentang, kita terpandang air sungai mengalir jernih sebelah kiri jalan. Langit biru dan awan putih bak kapas berarak perlahan. Dan nun di sana, Gunung Kinabalu berdiri gagah!
Sungai berair jernih berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. |
Alangkah beruntungnya dapat menikmati seketika panorama alam di sini! Kalaulah dapat berjalan di celah-celah batu sungai, atau merendam kaki buat seketika!
Nikmat Allah yang manakah lagi yang ingin kita dustakan?
Setakat membayangkan kaki terendam di air sungai yang jernih dan dingin sahaja pun sudah berasa seperti berada di syurga!
Allahu Akbar!
Dulu zaman sekolah rendah..saya selalu berangan berumah di tepi sawah yang luas,ada sungai jernih mengalir..ada padang ragut yang luas persis New Zealand macam dalam buku teks Geografi...
BalasPadamBerangan tak kena bayar kan..🤣
Dulu-dulu memang best sangat belajar Geografi. Banyak gambar yang cantik. Terasa seolah-olah berada di sana... terutama di Amerika Utara!
Padamsubhanallah cantiknya kak
BalasPadamKalau boleh hendak berhenti duduk berendam lama-lama di sungai tu Dana.
Padamsubhanallah indah suasananya
BalasPadamSejuk dan nyaman Kak PI.
PadamSubhanallah.. sy masih belum boleh move on dengan keindahan Kundasang.
BalasPadamMari datang lagi ke Kundasang SK.
PadamKalau saya pun terpaku dan rasa berbunga-bunga di hati.
BalasPadamKan NA. Harap ada waktu terluang untuk kami datang lagi ke sini.
PadamBaru sungai dunia kita dah kagum, moga dapat menikmati sungai di syurga kelak. Amin
BalasPadamItulah bukti betapa Dia Maha Pencipta!
PadamRindunya SA nak meneroka alam semulajdi..lamanya x hiking...tengah x sihat ni semua terpaksa dihentikan dulu...
BalasPadamHarap SK segera sembuh sepenuhnya. Dapatlah hiking dan teroka alam sekitar.
Padam