Bismillahirrahmanirrahim.
Hari Isnin 06.06.2022 pagi kedua di Labuan.
Pagi itu setelah puas bermalas-malas di dalam bilik, pukul 10 pagi barulah kami keluar. Itu pun disebabkan perut mula berkeroncong tidak beralas dari pagi. Dalam perjalanan mencari kedai makan, Encik Suami berkata:
Sedap betul ikan pari bakar.
Hari Isnin 06.06.2022 pagi kedua di Labuan.
Pagi itu setelah puas bermalas-malas di dalam bilik, pukul 10 pagi barulah kami keluar. Itu pun disebabkan perut mula berkeroncong tidak beralas dari pagi. Dalam perjalanan mencari kedai makan, Encik Suami berkata:
Sedap betul ikan pari bakar.
Tapi makan sikit jew, sebab tengok orang sebelah nampak berselera meratah.
Ooohhh... rupanya masih teringat ikan bakar yang kami makan di Kompleks Ujana Kewangan kelmarin. Kalau cerita tentang selera dan perut, janganlah suka sembunyi-sembunyi. Terus terang sajalah. Kalau malu nak makan, perut tak jadi kenyang! Kan teringat-ingat pula.
Marilah kita cari ikan bakar lagi!
Kereta pun terus membelok ke Kompleks Ujanan Kewangan. Kami menuju ke food court. Pada mulanya hendak bersarapan, tetapi sudah lewat pukul 10 pagi, dan ada makanan berat pula jadi kami pun bersarapan merangkap makan tengahari.
Kentang goreng tidak ada. Firdaus tidak mahu memesan apa-apa makanan lain. Encik Suami memesan mi sizzling. Seperti yang diduga, apabila ternampak mi sizzling, Firdaus terus meminta untuk makan.
Encik Suami kata mi sizzling sekarang tidak sama dengan mi sizzling yang pernah dinikmatinya di sini beberapa tahun lalu. Amie pun perasan juga. Aksesorinya tidak semeriah dulu. Tidak nampak hirisan cendawan shiitake dan lain-lain. Tapi, rasa kuahnya sedap.
Adakah disebabkan kenaikan harga barang sejak akhir-akhir ini, segala aksesori makanan pun turut dicatu? Harganya masih harga mampu beli, tapi sayang kualiti makanan kurang mencapai standard.
Ketika itu di bahagian ikan bakar, hanya ada ikan pari dan ikan tenggiri sahaja. Kedua-dua ikan ini boleh ditambah udang atau sotong. Encik Suami meminta sotong, tetapi sotong tidak ada. Jadi, kami pilih ikan pari dengan udang.
Set Nasi Putih & Ikan Pari & Udang Bakar |
Ikan Pari & Udang Bakar ditambah kacang bendi.
Ada dua atau tiga ekor udang yang dibakar bersama ikan pari.
Amie nak makan nasi kerabu, tapi agaknya nasi kerabu gaya Labuan. Amie pilih lauk ikan bolu tanpa tulang goreng celup tepung.Selain hirisan timun dan sambal terung, nasi kerabu ini dilengkapi dengan ulam raja dan papadom.
Nasi Kerabu Labuan |
Teringin pula hirup sup ikan. Walaupun disediakan semangkuk kecil sup, kita nak makan sup ikan juga.
Selain ikan goreng rangup, sup ikan ini ditambah dengan bebola ikan. Rasa sup ikan ini ringan (tanpa rempah).
Selepas makan kami jalan-jalan ke tingkat atas. Terjumpa pula Gang Bas Sekolah sedang membelek-belek pakaian. Gang Bas Sekolah dan Kam sekeluarga bermalam di villa. Jadi kami tidak berjumpa di Palm Beach Resort & SPA.
Menjelang tengahari, kami menuju ke kedai coklat.
Ini merupakan kali kedua kami shopping coklat!
Ini merupakan kali kedua kami shopping coklat!
Anak-beranak memborong coklat!
Hasil tangkapan coklat pada hari kedua.
Sebenarnya setiap hari kami ke kedai coklat.
Dan setiap kali itu jugalah mengangkut beg berisi coklat!
Dan setiap kali itu jugalah mengangkut beg berisi coklat!
Apabila kami bertemu semula di feri, dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Menumbuk memang kami menggeleng kepala mengenang jumlah pelaburan coklat di Labuan!
Alangkah dahsyatnya godaan coklat!
Sesekali ke pulau bebas cukai, memang tidak lengkap kalau tidak bawa oleh-oleh untuk keluarga, kawan-kawan dan jiran. Memang coklatlah salah satu tujuan kami ke Labuan.
Sesekali ke pulau bebas cukai, memang tidak lengkap kalau tidak bawa oleh-oleh untuk keluarga, kawan-kawan dan jiran. Memang coklatlah salah satu tujuan kami ke Labuan.
Kalau saya pun emmm memang memborong coklat lah nampak gayanya. Tapi kalau hari-hari boleh licin ni kedai coklat kena borong
BalasPadamBanyaknya coklat, mesti rambang mata nak pilih.
BalasPadamLain rupa nasi kerabu Labuan.
Kalau di Semenanjung macam tak ada kedai jual sup ikan. Bagus juga kalau ada, tidaklah asyik bersup daging.
BalasPadamLumayan nampaknya hasil tangkapan coklat tu 😀
Tiap kali Cikgu Amie cerita sup ikan..saya pasti teringat sup perut ikan...
BalasPadamNak kawan ngan Daus lah...kot2 dia nak share coklat tu🤣
Banyaknya coklat!
BalasPadamTapi untuk pemberian takpelah. Kalau makan seorang memang tidak percaya.
Hahahha.. padahal kalau pergi pasaraya, boleh pulak tak beli coklat, kan.
BalasPadamGodaan coklat memang amat sukar ditepis, kak. Hahaha
BalasPadamaduh. labuan! belum lagi jejak kan kaki.
BalasPadamthn depan plan and save bajet utk ke Sabah, kak.
hmmmmm mcm aida ke langkawi la.
rm300+ utk coklat je kak! o.m.g.
memang time memilih tu tak hengat donia!