Pages

Jumaat, 24 Jun 2022

Cerita di Pagi Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim.
Mudah-mudahan hari Jumaat ini, penghulu segala hari dipenuhi dengan keberkatan. Hari ini kami cuti peristiwa setelah bertungkus-lumus membuat persediaan Kejohanan Olahraga Tahunan sejak bulan Mei lalu. Bagaimanapun, tugas-tugas persediaan mesyuarat PIBG tetap dilaksanakan pada hari ini. Esok, turun semula ke sekolah kerana ada mesyuarat PIBG. 

Suasana pagi di halaman rumah. Melihat bunga akar dani yang mula berkembang, hati pun rasa riang.




Inilah rupa rimbunan pokok-pokok di hadapan rumah orang yang tak ada tanah. Semualah nak ditanam. Akhirnya berebut-rebutlah pokok akar dani, pokok epal bidara dan pokok mata kucing brazil hendak menjenguk dunia, mencari sinar matahari!

Cerita pagi ini:
Ikut Encik Suami hantar Firdaus ke sekolah agama.
Pergi ke pasar ikan dan pasar sayur.
Beli sarapan pagi, bawa pulang sebab tempat makan penuh.

Kalau pergi ke pasar di awal pagi, memang tak cukup mata melihat para peniaga menyediakan barang jualan. Di sebelah kanan pasar sayur, di sebelah kiri pasar ikan kering. Kalau hendak ke pasar ikan kena menyeberang jalan di sebelah pasar sayur.

Dengar khabar harga ayam akan naik pada minggu hadapan. Rasanya sekarang pun harga pelbagai barang makanan sudah lama naik. Beberapa minggu lepas, Encik Suami beli kacang panjang di pasaraya. Kita terkejut melihat harganya! Hanya 4 batang dengan tanda harga RM2.50 sen! Mungkin Encik Suami tidak melihat kacang panjang itu sebenarnya digelung, jadi nampak lebih 10 batang!

Dua hari lepas, Encik Suami bawa pulang daging ayam. Kita tanya, berapa harga daging ayam sekilogram. Katanya, tidak tenok harga. Ambil tiga ketul bahagian peha dan bayar di kaunter dengan harga RM15. Apabila Amie lihat harganya, sekilogram RM14.90 sen.

Pagi tadi, kami singgah pasar ayam. Nampaknya harga di pasar basah lebih rendah berbanding di pasaraya. Harga dada ayam sekitar RM13 sekilogram. Tetapi harga kaki ayam sudah mencecah RM9.00 sekilogram.

Pasar ikan belum bersedia sepenuhnya untuk memulakan perniagaan kerana bekalan ikan belum sampai. Ada juga beberapa buah gerai yang sudah meletakkan ikan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Apabila ternampak ikan cencaru saiz kecil, Amie minta Encik Suami beli. Kita suka ikan cencaru saiz begini sebab isinya manis. Biasanya ikan cencaru di LD bersaiz besar hingga mencecah sekilogram seekor.

Penduduk tempatan memanggil ikan ini dengan nama ikan kubal-kubal.

Ikan cencacru @ ikan kubal-kubal.
Ikan belais.


Encik Suami sudah tentulah memilih ikan belais. Ikan-ikan ini ditangkap dengan cara 'membujak' pada waktu malam. Nampak tak ada kesan luka pada badan ikan itu? Itulah kesan tombakan. Kalau rajin, bolehlah masak ikan belais ikut resipi ikan brengkes.



Ikan di atas dan ikan di bawah ini pilihan Encik Suami. Semuanya dibujak.


Ikan kerapu merah ini sebelah Encik Suami panggil ikan gelek. MIL dan FIL suka sangat kalau jumpa ikan kerapu merah saiz kecil. Biasanya ikan ini akan dimasak sambal. Kalau ikut gaya masakan Cocos, di akhir masakan tuangkan jus limau nipis!

Siput Tarik

Beli sekilogram siput tarik. Saiznya kecil pula.


Latok

Dan beli selonggok kecil latok. Biasanya kalau agak lewat ke pasar, latok sudah habis.


Hendak bersarapan di kedai tetapi penuhlah pula tempat duduk. Kami beli mibun goreng dan bawa pulang. Bersarapanlah kami berdua di dapur.


Beli solok lada and the gang untuk diratah bersama mihun goreng.


Istimewanya mihun goreng ada dua jenis  air lada!

Penyaram

Tidak ketinggalan kuih penyaram.
Sekian.
Cerita di pagi Jumaat, cerita dari dapur.



10 ulasan:

  1. alahai bestnya cerita makan makan kak Amie. bihun putih dengan air lada... menarik nampaknya air lada tu. kat sini tak pernah jumpa. solok lada pun nampak sedap..ya ampunnn... sedap semua laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput MY. Di sini tak ada solok lada macam di sana. Yang ada ini sajalah, isi ikan dalam lada merah. Solok lada ke tu Heheee.

      Padam
  2. mcm2 jenis ikan...siput tarik tu lama xmkn..dlu2 kalau outstation sabah dpt la mkn

    BalasPadam
  3. pagi ni Kuala Lumpur hujan rahmat. sarapan lempeng dan sambal tumis aje. Harga ayam mahal, so kita makan ikan jelah buat masa ni. Tu pun kena memilih

    BalasPadam
  4. Pertama kali tengok solok lada guna cili merah. Biasanya, guna cili hijau yang cerah tu. Dalam dia pun nampaknya macam isi lain. Bukan kelapa, ye, Amie?

    BalasPadam
  5. Siput tarik, kerapu merah, ikan belais...unik sungguh. Lagi2 pasal cara membujak tu.

    BalasPadam
  6. Terliurnya tengok solok lada tu...
    Teringat resipi dalam buku SRT masa sekolah menengah dulu..tapi disebut "sarak"...lada,tahu,
    kambas dan terung disumbat isi ikan

    BalasPadam
  7. Seronok Sabah dekat laut. Banyak hasil boleh beli. Mewah juga.

    BalasPadam
  8. Seronok tengok hasil pancingan Kak Amie. Ikan2 tu sy jarang jumpa di sebelah Tanah Melayu ni.

    BalasPadam