Pages

Jumaat, 6 Mei 2022

Sarapan Nasi Goreng Minyak Sapi di Pagi Raya Ketiga

Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur ya Allah. Kami dapat berkumpul bersama anak-anak di hari raya. Fuad dan Faiuz ada bersama. Abang Farid dan Aseeyah beraya di Kuala Terengganu bersama keluargasebelah ibu mentua.

Hari raya ketiga, Amie sediakan nasi goreng untuk sarapan kami sekeluarga. Lama sungguh rasanya tidak menjamah nasi goreng! Terasa lazatnya menimati Nasi Goreng Minyak Sapi di pagi hari.

Nasi Goreng Minyak Sapi



Firdaus sukakan cili padi. Nampaknya budak satu ini sudah pandai makan nasi berulam cili padi!


Kepada yang sudah kembali bekerja, diucapkan selamat menjalankan tugas. Kepada yang masih bercuti, ambillah kesempatan untuk ziarah ke rumah saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan.

5 ulasan:

  1. Selamat menjamu selera kak amie. Sedap tu nasi goreng. Kami breakfast McD je since kedai makan area rumah tak buka lagi. Raya sakan depa hehe...

    BalasPadam
  2. Cantik kejadian nasi goreng kak amie tu...guna beras basmati kan kak

    BalasPadam