Pages

Jumaat, 6 Mei 2022

Doa Kesyukuran di Hari Raya Aidil Fitri (JAKIM)

 Bismillahirrahmanirrahim.
Doa Kesyukuran di Hari Raya Aidil Fitri (JAKIM)

Ya Allah, dengan keberkatan bulan Syawal yang penuh kemuliaan ini, kami zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala anugerah-Mu dapatlah kami merayakan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, yang disebut sebagai hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya menghadapi segala cubaan dan dugaan melawan kehendak nafsu dengan keimanan, ketabahan dan kesabaran sepanjang Ramadan yang telah lalu.

Ya Allah ya Ghafur, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kami juga memohon restu dan rahmat-Mu berikanlah hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, perkukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah pekerjaan kami, berikanlah kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta dipanjangkan usia dengan sihat wal-afiat menabur bakti dan jasa kepada agama, bangsa dan negara kami yang tercinta ini.

Ya Allah, kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya dibawah pemerintahan pemimpin kami.
Perkenankanlah ya Allah, segala hajat dan harapan kami ini.
Amin ya Rabbal A'lamin.

5 ulasan:

  1. amiin salam aidilfitri amie n famili maaf zahir batin

    BalasPadam
  2. Aamiin.. Aamiin..
    Salam Aidilfitri Kak Amie..

    BalasPadam
  3. Aamin..amin. Cantik baju pink kak Amie sekeluarga

    BalasPadam
  4. Aamin ya Rabb! Salam Aidilfitri ye... Moga terus dilindungi Allah dan bertemu Syawal lagi next 2023. Amin

    BalasPadam
  5. Syukran...Syawal disyukuri, Ramadan dirindui..

    BalasPadam