Pages

Selasa, 24 Mei 2022

Gang Kaki Jalan Datang Beraya

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekadar merakam kenang-kenangan bersama rakan-rakan kaki jalan yang bertandang ke rumah untuk beraya. Cerita ini sudah lebih seminggu berlalu, 13 Mei 2022 bersamaan pada hari Jumaat. Alhamdulillah, dapat menyempurnakan layanan untuk tetamu yang berziarah. Ada masa terluang untuk bersembang dan menjamu selera bersama-sama.


Walaupun gang kaki jalan tetapi ada kalanya destinasi yang dituju tidak sama. Banyak kali juga perjalanan kami bertentangan, misalnya pada cuti yang sama sebahagian mengembara ke India dan Nepal, sebahagian lagi ke mengembara ke seluruh Indochina dan juga Turki.  Sepanjang PKP selama dua tahun ini, banyak kali juga kami konvoi menjelajah negeri Sabah bersama-sama. Maklum sahajalah tak boleh rentas negara, jadi jejaki sahajalah daerah dalam negeri yang belum pernah sampai.


Makan kuih yang masih ada.



Amie hidangkan juadah nasi minyak berlauk ayam goreng, udang nestum, pajeri nanas, rendang daging dan acar mentah. Dan satu lagi hidangan laksa asam.


Moga gang kaki jalan gembira dan berselera menikmati hidangan yang disaji.

Setelah agak lama tidak berjumpa, banyaklah perkembangan dan kemajuan diri kami. Antaranya pertambahan berat badan.... ahaks!

Moga ukhuwah terus berpanjangan.

8 ulasan:

  1. seronok..kawan2 datang beraya..lepas ni boleh gi jalan2 obersea..

    BalasPadam
  2. Banyak menu Puan Amie buat.

    BalasPadam
  3. Pertambahan berat tu salah satu tanda bahagia, Kak Amie.. hihi. Kak Amie, tak pernah tak rajin masak ya. Banyak tu yang dimasak dan semua nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  4. Rajinnya, macam2 menu kak masak.
    Seronok ada geng kaki jalan, barulah panjang langkahnya 😀

    BalasPadam
  5. SA tak sempat lagi nak buat..nak ajak kawan- kawan datang makan kat rumah..rumah plak dah jadi hape skrg sebab bocor ...ni nak buat birthday Pak Zain sekali la dengan makan2...tapi panggil sedara mara aje la kot

    BalasPadam
  6. Meriahnya. Banyak juadah untuk tetamu. Rajin Amie memasak. Boleh plan next trip ke mana. :)

    BalasPadam
  7. Ramainya kaki jalan! Sorang dua kaki... Fuh! lagi banyak kaki!

    BalasPadam
  8. meriahnya dpt berjumpa dgn geng yg suka travel sekali.

    BalasPadam