Pages

Ahad, 20 Mac 2022

Tersalah Makan Hidangan Akibat Kelaparan!

Tak sangka pula mesyuarat dari pagi berterusan hingga ke tengahari. Perut sudah menjerit-jerit minta diisi. Almaklumlah dari pagi belum beralas perut. Kebetulan pula, kami rancang untuk sambut ulang tahun Yatie di Secret Recipe. Sementara yang lain menyelesaikan tugas masing-masing, Amie dengan Kamsiah terus menuju Secret Recipe. Seperti biasa kalau ada apa-apa acara kecil, kononnya kami buatlah tempahan tempat!

Oleh kerana tidak tahan lapar, kami pun memesan makanan masing-masing terlebih dahulu. Sementara makanan sampai ke meja, kami melihat-lihat kek. Seperti biasa, kalau kami keluar makan memang teringat anak di rumah. Jadi  asing-masing beli kek dan lamb pie untuk dibawa pulang. Oleh kerna tidak ada lamb pie, jadi kami pun beli chicken cornish sahaja.

Potongan kek untuk dibawa pulang.

Chicken Cornish


Apabila kembali ke maja, kelihatan semangkuk sup panas berasap-asap sedang menunggu. Itulah menu yang dipesan Kamsiah. Sedap sungguh Kamsiah menghirup sup panas. Tak tahulah supa apa yang dipesannya itu sebab kita pun sedang bersabar menunggu hidangan kita.


Datang dua gelas coklat panas. Walaupun tengahari, tapi kami pesan yang panas-panas pula sebab kami sukakan minuman begini. Lagi satu, apabila perut lapar memang nampak semua sedap!


Tidak lama kemudian pelayan restoran letakkan hidangan. Wah, makanan sudah sampai. Amie pesan Pan Grilled Dory with Lobster Sauce tapi yang sampai macam menu lain pula. Kita pun terus capai garpu dan pisau dan potong kepingan di bawah sos yang tebal memutih itu. Apabila kita potong, nampaknya isi ikan dori tidak berwarna putih seperti kebiasaannya. Amie pun terus makan. Ketika mengunyah, rasa seperti ayam pula! Disebaban rasa lapar, Amie pun makan sahajalah. Mungkin pelayan restoran salah hantar. Tapi sedap jugalah hidangannya. Waktu itu memang tak boleh bezakan lagi sama ada ikan dory atau ayam. Yang penting ada benda yang masuk ke perut! nampak tu...tahap lapar sangat dah!


Tidak lama kemudian datang pula pelayan restoran membawa sepinggan lagi hidangan. Katanya ini Pan Grilled Dory with Lobster Sauce! Alamak! Amie sudah termakan hidangan orang lain rupanya! Tiba-tiba Kamsiah bersuara, barangkali hidangan yang Amie makan itu dia punya. Rupanya Kamsiah membuat dua pesanan makanan! Ketika itu Kamsiah sudah menghabiskan hidangan supnya. Apabila kami melihat resit, rupanya memang Kamsiah pesan sup daging dan juga Golden Chicken Crispy! Amie sudah termakan separuh makanan Kamsiah!


Inilah rupa Golden Chicken Crispy yang sudah separuh masuk ke dalam perut Amie! Aduhai.....! Tak berhenti kami ketawa sambil saling membantu menghabiskan hidangan masing-masing. Amie ajak kamsiah makan ikan dory sama. Kamsiah kata, perutnya pun sudah kenyang makan semangkuk sup daging! 


Tinggallah baki ikan dory di atas pinggan setelah kekenyangan makan ayam crispy dalam pinggan Kamsiah. Tidak lama kemudian muncullah kawan-kawan yang lain! Kami minta maaf sebab makan terlebih dahulu. Tak dapat tahan lapar...ahaks!

Gee, Yatie, Kam, Nano, Amie, Jusna & Misa.


Ulang tahun Yatie jatuh pada 21 Mac 2022 tetapi waktu itu kami bekerja, jadi tidak sempat meraikannya. Kebetulan pula Yatie tinggal di Kunak. Jadi kami sambut ulang tahun Yatie lebih awal di Lahad Datu. Yatir bertolak dari Kunak ke Lahad Datu pada hari Jumaat. Pagi Sabtu kami bermesyuarat, dan lebh kurang pukul 1 tengahari kami berjumpa di Secret Recipe.


Moga Yatie sihat selalu. Bahagia dunia dan akhirat. Ada rezeki nanti bolehlah panjang-panjangkan kaki jalan-jalan.


Di antara bakul hadiah, yang dberi, kita selitkan hadiah sebuah antologi cerpen kalis Rindu buat Yatie. Yatie terus buka bungkusan buku dan membuka helai demi helai sambil bertanya, sudah tandatangankah belum?


Awal-awal lagi kita sudah tulis di bahagian autograf.
Sukanya kita tengok Yatie sangat teruja menerima hadiah kecil ini.

Suapan kasih dan sayang daripada Gee, teman travel.

Hidangan pilihan Yatie yang diraikan, 

Fish & Chips, pilihan Nano & Gee.

Misa dengan spagehetti kegemarannya.

Jus epal yang sangat meggoda!

Golden Chicken Crispy, pilihan Jusna.


Melihat kawan-kawan lain makan beramai-ramai, kami pesan kudapan popia goreng! Walaupun perut sudah kekenyangan, tetapi perlahan-lahan menyumbat lagi...kihkihkih!

Sambal Api Mappakoe

Di akhir pertemuan, Yatie bahagi-bahagikan sebotol Sambal Api Mappakoe dari Kunak setiap seorang.


Moga ukhuwah terus berpanjangan.
Jarak jauh bukan pemisah di antara kami.
Mudah-mudahan persahabatan sentiasa diberkati.

14 ulasan:

  1. klu x baca betul2 tadi ingat sambal tu air kopi ehhehe...

    BalasPadam
  2. Seronok berkumpul ramai-ramai begini. Memang makan apa pun berselera. Tambah pula kalau lapar ye. Ayam ke ikan ke, hantam sahaja.hehe

    BalasPadam
  3. best kan berkumpul ramai- ramai macam tu meraikan kawan- kawan punya birthday...

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir, Yatie. Wahhh.. hidangannya menarik semua, kelakar pulak, nasib baik termakan kawan punya, bukan meja sebelah punya, hihi.

    BalasPadam
  5. lapar punya pasal ye kak... tapi mujurlah membe sebelah punya makanna yang kita salah makan, meja lain haru jugak ye kak hahhahah

    BalasPadam
  6. hahahahha...kelakarlah kak amie. bila lapar rasa ayam & ikan pun dah tak boleh bezakan ye

    BalasPadam
  7. Hehe ingat salah hantar hidangan daripada meja lain.
    Patut pelayan itu beritahu hidangan apa. Haha harap halal termakan Puan Kamsiah punya.

    BalasPadam
  8. selamat hari lahir Yatie.... semuanya sedapppppp.... terasa mcm dah lamaaaaa x mkn SR

    BalasPadam
  9. Inilah namanya rezeki salah alamatšŸ¤£šŸ¤£

    BalasPadam
  10. Dah lapar sangat tu sampai tak boleh beza ikan dgn ayam :D

    BalasPadam
  11. Tak tahu nak gelak ke nak kesian. Begitulah kalau dah lapar kan, nampak ala ala camtu kita ngap terus tak tunggu dah. Lapar punya pasal.

    BalasPadam
  12. kelaparan sungguh ye Kak Amie sampai tak perasan apa yang dimakan.. hehehe

    BalasPadam