Jika ada kesempatan dan waktu yang bertepatan, kami akan singgah makan di Kunak terutamanya untuk makan tengahari. Kadang-kadang saja-saja memandu dari Lahad Datu ke Kunak semata-mata untuk makan ikan bakar di gerai Senduk Jebat. Kemudian singgah pasar Kunak cari telur masin. Minggu lepas kami singgah di Kunak dalam perjalanan pulang dari Semporna ke Lahad Datu. Kami merupakan pelanggan pertama tiba di gerai makan itu. Ikan-ikan belum pun disusun di hadapan gerai untuk dipilih pelanggan! Perut pun belum lapar sangat sebab sudah bersarapan di Green World Hotel, Semporna. Lebih kurang 45 minit menunggu, sampailah lauk-pauk di atas meja makan kami. Pada waktu itu kelihatanlah pelanggan mula berdatangan. Kira-kira pukul 11 begitulah.
Biasanya makanan laut yang dibakar di sini hanyalah ikan dan sotong sahaja. Kami memilih lauk-paul:
- Ikan Pari Bakar Sambal
- Ikan Sebelah / Nabi Bakar Garam Kunyit
- Sotong Goreng Salut Tepung
- Sotong Bakar Kunyit
- Kerabu Mangga
- Sayur Labu Manis
|
Sotong Goreng Salut Tepung |
Kami ambil dua ekor sotong. Seekor goreng salut tepung dan seekor panggang kunyit.Kalau ratah begitu sahaja pun sedap sangat. Sambal pencecahnya tu cukup rasa!
|
Sotong Bakar Garam Kunyit. |
|
Ikan sebelah / ikan nabi bakar garam kunyit. |
Ikan sebelah / ikan nabi kami minta bakar garam kunyit sementara ikan pari kami lebih suka bakar bersambal. Sedap sangat sambalnya!
|
Ikan Pari Bakar Bersambal. |
|
Kerabu Mangga. |
Kerabu mangga ini Encik Suami kata sedap. Memang sedap pun!
|
Sotong Goreng Salut Tepung |
Sotong Goreng Salut Tepung ini diratah Firdaus seorang. Budak kecil itu tak mahu makan nasi!
Selesai makan tengahari di Gerai Senduk Jebat, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Lahad Datu. Setakat ini nampaknya Gerai Senduk Jebatlah yang menjadi keutamaan kami untuk menjamu selera kalau singgah di Kunak.
Sebenarnya Gerai Senduk Jebat berpindah di tempat lain. Warung asal yang terletak di pekan Kunak sedang dalam proses baikpulih. Kami datang ke sini pun setelah diberi panduan jalan oleh Yatie, rakan Amie yang tinggal di Kampung Getah, Kunak. Oleh kerana pertama kali datang ke gerai baru, jadi kami tersesatlah sampai masuk ke Kampung Cina!
Hmmmm.... kalau sudah pernah rasa makanan sedap, di ceruk mana pun tetap dicari sampai dapat!
Sedapnya . Ikan bakar dilapik dengan daun pisang mesti aromanya wangi je
BalasPadamAduhai... sedapnya.
BalasPadamKalau nampak begitu sedapnya, memang sanggup memandu jauh dan menunggu lama. Mujurlah masih kenyang makan sarapan ya, Kak Amie.
BalasPadamNama gerai tu seriau...Takut Jebat bersilat dengan Tuah..hihihi..sukanya tengok kat sana ikan fresh dan pelbagai
BalasPadamTengok pun tau memang sedap tapi tu la...kadang dari gambar buku menu nampak sedap,tapi bila sampai kat kita..kurang sedap atau x sedap langsung..tapi tgok gambar2 Kak Amie ni...alaaaa...terliur SA...
BalasPadamaduh sedapnyaaa
BalasPadamkerabu mangga...oh my God...pengen kak amie...kebayang asem asem manis pedes...juga sotong dan sayur labu manis...alamak lapaaaar...mau ambil piring heheh
BalasPadamMasak ringkas bakar sahaja boleh rasa kesegaran makanan laut.
BalasPadamTerliur tengok hidangan.
Kecur air liur tengok ikan dan sotong bakar dengan kuah cecahnya...
BalasPadamtime lunch tgk entry ni..tk mkn lg..trus terliurrr...sdapnya ikan bakar
BalasPadamsedapnya ikan bakar, teringat ikan bakar yang dimkn minggu lps..
BalasPadamnampak fresh ikan dan sotong tu kak.... mau ratah gitu je pun sedap tu
BalasPadamBerselera makan kalau seafood bakar bakar ni. Celup tepung pun wajib ada. Tak sotong, udang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKerabu mangga tu buat rasa pecah liur tengok. Terasa masam-masam mangga tu. Mesti fresh dibuat sebab tu sedap.
BalasPadam