Pages

Rabu, 9 Mac 2022

Jalan-Jalan di Taman Firdaus

Awal pagi tadi Encik Suami tanya nak sarapan apa. Nanti Encik Suami pergi beli. Kita kata tak mahu dah makan sarapan yang sama dibeli setiap hari. Kita kata, nak masak sarapan di dapur. Tapi kita terlelap semula sebab sebelah malamnya kita lewat tidur siapkan kerja peribadi. Akhirnya kita ikut Encik Suami dan Firdaus sarapan di luar. 

Sebelum itu, kita kongsikan dahulu Firdaus di tamannya, Taman Firdaus yang sekangkang kera di penjuru rumah kami.

Nampaknya pokok mata kucing brazil di sudut Tama Firdaus sudah mengeluarkan buah. Walaupun nampak sedkit, tetapi kali ini jumlah lebih banyak berbanding musim sebelumnya.

Kadang-kadang tak perasan ada buah di bawah rimbunan daun.
Dua tingga minggu lagi bolehlah tuai buahnya yang besar dan manis itu.

Pokok akar dani pun sudah mengeluarkan bunganya kembali. Tak lama lagi lebat merimbunlah bunganya yang  warna merah jambu menutupi daunnya.

Pokok kaduk pun sudah muncul di celah batu di bawah pokok epal bidara. Tangan Encik Suami yang sejuk, campak benih walau di celah batu, tetap tumbuh! Tak macam tangan kita, bubuh baja subur pun, apa  yang ditanam akan mati juga!

Dicelah-celah batu ini juga Encik Suami tanam pokok bunga telang. Berbunga pulalah si telang di bawah pokok di Taman Firdaus.


Apabila melihat DANA kongsikan pelbagai jenis bunga ros di tamannya, kita pun teringat susunan pasu bunga ros tanaman Encik Suami. Sebulan dua ini lebat bunganya tapi kita hanya pandan-pandang sahaja. Pagi ini kita sempat tangkap beberapa kuntum.


Tak pasti pula sama ada air di atas daun bunga ros ini air hujan atau air siraman pokok bunga. Mungkin pagi tadi Encik Suami sudah siram pokok-pokok bunganya.


Antara kuntuman bunga ros yang sedang mekar.


Melihat keindahan bunga ros memang boleh dijadikan terapi minda di pagi hari.


Mari kita petik sekuntum.
Harum baunya!



Sarapan Firdaus pagi tadi, semangkuk kecil choco crunch dengan susu segar.

18 ulasan:

  1. Macam macam ada di Taman Firdaus. Tak lama lagi dapatlah makan buah mata kucing brazil. Orang tangan sejuk tanam apapun jadi je kan kak Amie. Cantik warna bunga ros tu, warna pink terang. Terus kak Amie buat jadi props gambar ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak sabar tunggu buah mata kucing Brazil masak. Isinya tebal, manis pula tu.

      Padam
    2. Kan bagus kalau ada disemenanjung jugak. Macam tak pernah nampak orang jual. Mungkin ada tapi tak tahu tempatnya kan.

      Padam
  2. Menarik la pokok mata kucing brazil tu..akak simpankan bijinya boleh...nak bagi Pak Zain...hehehe...suka bunga rose!!!!!cantik sangat...laaaa...itu sarapan Firdaus rupanya..ingat sarapan kak amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh SA. Kami pun nak tanam di kampung (Selangor). Sebelum ini adik dan kakak ipar tanam, minta biji dari pokok kami. Tumbuh dan berbuah pula. Nanti SA ingatkan Kak Amie ya.

      Padam
  3. Wah.. besar-besar buah mata kucing tu..

    BalasPadam
  4. firdaus tanam lah keladi satu!! aciksun nak tengok!

    BalasPadam
  5. samalah sarapan kita Firdaus. Menarik nama taman tu

    BalasPadam
  6. Menarik nama Taman, dengar pun tenang dan nyaman, tak lama lagi dah boleh nikmati buah mata kucing. cantik bunga ros, terang warnanya.

    BalasPadam
  7. Dulu, masa program tanam2 pokok di kolej, bos sy kongsikan, semasa tanam pokok bacalah Surah Zaitun (Surah At-Tin). Boleh cuba praktikkan kalau Ka Amie nak tanam pokok nanti. Mungkin nanti sejuklah tangan Kak Amie, insyaAllah.

    BalasPadam
  8. Wah...meriah Taman Firdaus..Buah longan brazil tu menarik.Saya belum pernah jumpa dan belum pernah makan.Borneo kaya flora dan fauna yang unik

    BalasPadam
  9. indahnya jumpa mawar pink yang cantik...dan pohon yang rindang...seketika mendadak jadi teduh kak amie ^^

    BalasPadam
  10. Nampaknya suami Puan Amie yang bersungguh-sungguh berkebun.
    Mekar bunga rosnya.

    BalasPadam
  11. Seronoknya tengok macam-macam ada di Taman Firdaus. Saya paling teruja tengok pokok buah mata kucing Brazil tu, kak.

    BalasPadam
  12. wahhh tak lama lagi dapat makan buah mata kucing brazil atau di panggil matoa tu ye kak... nampak segar semua tanaman en suami akak tu, bunga ros tu tak jemu di pandang kak

    BalasPadam