Dari Kota Kinabalu menuju ke Ranau, kami masuk simpang menuju ke Kota Belud. Lebih kurang 30 kilometer, melalui beberapa buah kampung, sampailah ke penghujung destinasi kami iaitu Polumpung Melangkap View Camp Site. Pada mulanya, perancangan awal kami hendak ke sini terlebih dahulu tetapi stereng kereta menghala ke Kota Kinabalu pula! Kita hendak menempah penginapan di sini, Encik Suami pula kata datang sekejap sajalah.... temankan Firdaus mandi sungai saja!
Terserempaklah dengan sang kerbau dan kawan-kawannya di tengah jalan. Kelompok kerbau yang lain berada di tepi jalan.
Gemuk-gemuk saiz kerbau di sini. Teringat masakan daging kerbau di tempat keduri di Raub, Pahang. Arwah ayahanda kita ada kebun di sana. Sewaktu cuti sekolah kami selalu berkunjung ke Raub. Kalau ada majlis kenduri, kami turut serta. Lauk utamanya ialah kerbau masak gulai dengan umbut kelapa. Pertama kali makan daging kerbau memang terasa beanya dengan daging lembu. Daging kerbau lebih pejal dan agak kasar tapi sedap!
Dari jauh kelihatan puncak Gunung Kinabalu di sapu awan!
Ketika ini jam menunjukkan pukul 10 pagi tetapi panas terik ya ampuunnn!
Sebaik sahaja daftar masuk, Firdaus sudah tidak sabar untuk terjun ke sungai!
Sayangnya, pada ketika itu kita tidak buat persediaan untuk terjun sama!
Sudah bincang dengan Encik Suami, lain kali kena buat persediaan sebelum sampai ke sini.
Boleh sewa khemah yang disediakan di situ untuk berteduh sebab cuaca sangat panas. Di tepi sungai, para pengunjung mendirikan khemah yang disewa. Penuh tebing sungai dengan khemah dan orang ramai. Mereka berBBQ dan bersantai bersama keluarga.
Air sungai mengalir jernih!
Sejuk dan terasa nyaman.
Kalau ingin menikmati sepenuhnya suasana di sini memang perlu bermalam sama ada menginap di chalet, homestay atau menyewa khemah di situ. Boleh menyaksikan suasana sunset dan sunrise berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu!
Kita pun teringin menyusuri tebing sungai dan menyaksikan keindahannya. Tidak mengapalah. Kali ini hanya datang meninjau, pada masa yang lain boleh luangkan masa menikmati alam sekeliling di sini.
Menurut pengalaman kawan-kawan yang biasa berkelah di sini, kita boleh membuat pilihan untuk berkelah kerana di sepanjang sungai ini terdapat beberapa tempat yang disediakan. Ada tempat yang kurang sesak dengan pengunjung dan lebih tenang suasananya.
Rakamkan saja gambar-gambar kenangan Firdaus mandi sungai.
Kenangan manis Firdaus mandi sungai bersama kawan-kawan baharunya.
Seronoknya kalau dapat bermalam di sini.
Berkhemah dan bermalam dah menjadi trend masa kini. Ada kawan sy berhabis ribuan ringgit beli khemah termasuk kaunter masak dan periuk belanga dan perhiasannya.
BalasPadamKak Amie bolehlah riki-riki sebab suami Kak Amie suka jalan2 macam ni.
Seronoknya bagi yang minat berkhemah kan SK.
PadamHabis modal beribu tak apa, yang penting peralatan tu digunakan selalu. Berbaloi keluar modal.
nampak best nya tgk firdaus mandi...terasa cam terjun sama :D
BalasPadamApa boleh buat, hari tu tak bersedia untuk terjun dalam air. Ikutkan hati nak berendam sama.
Padamseronokny Daus mandi manda viewnya sgt indah
BalasPadamNampak gayanya kena datang lagi ke sini untuk mandi-manda bersama.
PadamSeronok la Firdaus kan...dapat mandi sungai, dapat kawan baru....cantik pemandangan situ kak..sungai dia banyak batu...
BalasPadamMemang sepanjang sungai penuh batu SA. Tak puas datang sini sebab hanya duduk setempat. Tak sempat menyusuri tebing sungai.
PadamBestnya jadi Firdaus....😍😍😍
BalasPadamBoleh mandi manda dengan bebas.
Saya teringat nasyid lagu Kinabalu .
Antara bait-baitnya..
Kinabalu alamnya tenang,
Puncak Gunung menyapu awan,
Orang yang pergi akan terkenang,
Orang yang tinggal akan tertawan..
Kalau dengar nasyid ni..memang tangkap.nangis..sayu sangat
Syahdu jew lirik lagunya kan Mama Cella:
PadamTELUKNYA TENANG DI HUJUNG TANJUNG
LAUTNYA DALAM JERNIH MEMBIRU
BILA SEKALI DATANG BERKUNJUNG
ALAMAT HATI DIAMUK RINDU
Saya pun suka daging kerbau lagi. Sedap dan tak berlemak macam daging lembu. Umbut kelapa tu lama tak makan. Seronoklah Firdaus dapat mandi. Takpelah, ada rezeki boleh datang lagi berpiknik dan mandi manda.
BalasPadamMemang cadang nak datang sini lagi.Nak bermalam di sini, boleh tengok sunset dan sunrise.
PadamCantiknya macm kat oversea la sungai dia kak
BalasPadamAlhamdulillah. Masih ada sungai yang bersih dan cantik di negara kita.
PadamMemang best kalau dapat menginap di situ. Boleh mandi sungai sepuas-puasnya.
BalasPadamTak sabar menunggu kesempatan itu Sal.
Padamdapat mandi sekejap pun Daus dah seronok tu, kalau lama mesti sampai kecut jari pun dia tak naik
BalasPadambestnye tgk daus mandi sungai..
BalasPadam