Pages

Ahad, 13 Februari 2022

Makan Durian Sabah

Dalam perjalanan dari simpang masuk menuju ke Polumpung Melangkap, kami ternampak gerai-gerai  buah di kiri kanan jalan. Kami bercadang untuk singgah di dalah sebuah gerai ketika pulang nanti. Amie cadangkan dengan Encik Suami supaya singgah di gerai buah yang tidak ada pelanggan. Kebanyakan gerai yang dikunjungi pelanggan menawarkan pelbagai jenis buah terutama buah durian yang kelihatan banyak dan cantik belaka.


Kami singgah di sini. Gerai orang kampung yang seadanya dengan susunan buah durian yang tidak banyak jumlahnya.


Kami tertarik dengan longgokan durian di penjuru gerai. Saiznya kecil dan durinya lebih tajam berbanding durian durian biasa. Menurut penjualnya, durian ini durian kampung juga tetapi berbeza sedikit dari segi rasanya.


Kami minta supaya dibukakan sahaja kulitnya dan kami makan di situ sahaja. Inilah rupa isi durian yang kami pun tak tahu namanya. Durian ini tidak berbau seperti durian biasa. Rujuk Pak Google, tetapi warna durian ini tidak sama seperti yang ditunjukkan oleh Pak Google. 


Nak tahu rasa durian ini:
  • manis-manis manja
  • agak berlemak
  • ada bau harum ketika dimakan


Kami makan 4 biji durian (selonggok). Harganya RM5.00 sahaja.


Kata Encik Suami, barangkali durian ini sedap dibuat sambal sama seperti durian merah.


Sebelum beredar, kami beli selonggok buah bambangan.

21 ulasan:

  1. Seronok jalan-jalan singgah gerai durian, tambah-tambah terus makan di stu. Tapi banyak buah belum kenal lagi..bambangan seakan ciku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bambangan dari keluarga mangga tetapi jenis mangga hutan. Kulitnya tebal dan rasanya masam. Sesuai dibuat jeruk dan sambal.

      Padam
  2. Alamak..lain macam tengok duri durian tu..kena hati- hati nampaknya....kang terkena jari naya je....buah bambangan tu buah apa Kak Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjual durian tu yang kopek dengan parang.
      Bambangan ni spesies mangga hutan di Borneo. Kak Amie biasa makanj jeruk bambangan, sambal bambangan dan jus bambangan.

      Padam
  3. Wah menarik durian tu..
    Saya pernah tengok youtube dari seberang...Buahnya seperti durian yg cikgu makan ni tapi katanya "Buah Keratung".Katanya lagi sedap dari durian biasa..Saya share link youtube tu..
    Cuba cikgu tengok sama ke sebaliknya...
    https://youtu.be/9CB6us0Cuh8

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo buah keratung namanya.
      Memang rasanya agak berbeza dari durian yang kita biasa makan.
      Hari tu Encik Suami tanya, cukupkah makan banyak tu. Kita kata cukuplah, takut banyak makan nanti perut meragam pula di jalan!
      Sekarang rasa teringin pula nak makan banyak-banyak sebab tak pernah jumpa sebelum ini.
      Terima kasih share video tu ya Mama Cella.

      Padam
  4. Balasan
    1. Musimnya Wak. Sepanjang jalan penuh longgokan durian.

      Padam
  5. Manis amanje aje ye. Saya teringhin nak makan durian Sabah yg isi merah tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian merah tu isinya rasa tawar tapi berlemak. Biasanya kaum Sungai buat sambal. Durian merah makanan tradisi mereka.

      Padam
  6. Duri dia lebih panjang dan tajam betul. Saiz pun comel comel. Maksudnya dia tak berbau kuat macam durian. Sedap lemak manis gitu. Harga pun murah. Berbaloi cuba rasa.

    Buah bambangan rugi tak beli. Kak Amie boleh olah macam macam resipi masakan nanti kan macam selalu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durinya menonjol sangat. Tapi rasanya memang uniklah tak sama dengan rasa durian biasa. Sekarang memang musim bambangan. Kak Amie beli untuk dibuat jeruk atau sambal.

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Haah makan terus di gerai. Senang penjual kupas.

    BalasPadam
  9. Oh.. Hujung tahun pun ada lagi durian ya di Sabah. Murah harganya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah Sal, tiba-tiba musim durian pulak... ini memang betul-betul durian runtuh!

      Padam
  10. ammi pun tengok gambar first sebelum baca caption kak amie bercakap dalam hati.."eh tajamnya duri durian ni"..

    BalasPadam
  11. ya ampun kak...selonggok tu rm5 je... murahnya

    BalasPadam