Beginilah ceritanya pada petang 23 Disember 2022. Dengan penuh yakin dapat bermalam di Hotel Raia, tetapi sampai di sana penuh pula. Selalunya walk in saja ke sini, tetapi haritu tak ada rezeki. Kami bergerak beberapa kilometer ke SKY Hotel tetapi penuh juga. Seperti sebelumnya, tempat terakhir kami tuju sudah tentulah di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Alhamdulillah, di situlah rezeki kami untuk bermalam , dapat sebilik tiga katil untuk Amie, Encik Suami dan Firdaus dan sebilik lagi untuk Abang Farid dan Aseeyah.
Rasa agak letih juga hari itu walaupun tidak begitu rancak berjalan. Mungkin juga sehari sebelumnya berhabis tenaga meronda mall di sekitar bandaraya. Selepas solat, kami ingin melihat-lihat pantai di waktu petang. Langit nampak kelabu. Cuaca mendung, dan kami memang sudah bersedia dengan kehadiran hujan!
Aseeyah & Firdaus |
Aiskrim Gula Apong |
Kami membeli beberapa jenis makanan ringan seperti kacang tanah rebus, jagung rebus, kuih terang bulan dan minuman. Firdaus tidak mahu apabila Amie tawarkan ais krim. Amie beli dua sahaja, satu untuk Aseeyah dan satu untuk Amie sendiri.
Ini Aiskrim Gula Apong. Gula apong terkenal di Sarawak. Sedap rasa ais krim gula apong ini. Apabila Amie mula makan sedikit, Firdaus pula minta. Amie berikan padanya. Memang teringin makan lagi tapi malaslah pula hendak bangun pergi membeli semula. Bukan malas apa. Sebenarnya malas berbaris menunggu giliran. Lagi pula hujan mula turun renyai-renyai.
Bergambar tunjuk muka kelat sebab ais krim kena copet.... ahaks!
Habis makan aiskrim, Firdaus bersama Aseeyah menuju ke tepi pantai bermain pasir. Kita duduk termenung memandang dari kejauhan.
Orang sebelah kita makan jagung manis rebus.
Macam sedap pula.
Daripada memikir ais krim gula apong, baiklah makan jagung!
Aseeyah dan Firdaus leka mencari umang-umang.
Habis makan jagung rebus sebatang, kita makan kuih terang bulan yang rangup.
Puaslah kita makan beberapa keping kuih terang bulan.
Hairan juga, kenapa Abang Farid dan Encik Suami tak mahu makan kuih yang sangat sedap ini. Rupa-rupanya masing-masing 'simpan perut' sebab malam nanti ada anak buah nak belanja makan!
Entah apa yang dibualkan oleh Firdaus dan Aseeyah. Kami panggil untuk pulang sebab hari sudah senja. Kami perlu pulang ke condotel, mandi, solat dan bersiap untuk ke Kota Kinabalu.
Inilah bilik penginapan kami malam itu. Banyak kali sudah Amie tulis entri tentang penginapan kami di Sea Park Condotel Tanjung Aru. Kebetulan pula sewaktu kami bersiap untuk keluar, suami anak buah Encik Suami telefon dan bertanya kalau ada bilik kosong di situ. Katanya, keluarganya baru sampai dari Lahad datu dan belum jumpa tempat penginapan di Kota Kinabalu. Kami berikan nombor telefon dan Alhamdulillah, malam tersebut keluarganya dapat menginap di sini.
Sea Park Condotel Tanjung Aru |
Tahun 2021 kami sekeluarga bermalam di sini juga, satu bilik lima katil.
cntik sunset dkt tg aru ni.
BalasPadamdah lama xpergi..
Kalau menginap di Sea Park Condotel Tanjung Aru, memang kami akan singgah sini.
PadamCantik sunset....Saya pernah juga dua kali menikmati sunset @ Tanjung Aru ni.
BalasPadamMelihat lembayung dikaki langi Tanjung Aru itu seperti menggamit saya🤭🤭Semoga ada lagi rezeki saya untuk ke sana..
Nampaknya Mama Cella kenalah zikir banyak-banyak... ahaks!
PadamFirst time dengar istilah Condotel.... Nice
BalasPadamHehee... saya jumpa condotel... motel... hotel.
PadamRindunya nak ke Tanjung Aru lagi. Seronok bercuti satu famili. Seronok pengantin baru bersuai kenal
BalasPadamIn syaa Allah... datang sini lagi Sal. Boleh makan-makan tepi laut.
PadamBelum pernah lagi rasanya makan aiskrim gula apong. Belum sempat habis dah dicopet Firdaus pulak. Takpelah, asalkan dia makan habis. Leka Firdaus spend time dengan kak Aseeyah dia. Layan lepak tepi pantai memang best. Boleh tahan ramai jugak orang bersantai tepi pantai.
BalasPadamNampaknya stay kat sini lagilah kak Amie sekeluarga dan saudara yang datang :)
Itulah... Sea Park Condotel sudah jadi tempat penginapan tetapi kami dan saudara mara...ahaks!
PadamRezeki kak Amie menginap disitu. Tempat lain memanjang full house :)
Padamluas bilik condotel tu selesa inap sekeluarga
BalasPadamMemang luas dan selesa Kak PI.
PadamWahhhh.. sy belum pernah lagi jumpa bilik hotel yg ada lima katil macam ni, Kak Amie. Mesti meriah lepak bilik ramai2.
BalasPadamLima katil, murah pula tu sewanya satu malam. Memang best ni untuk satu family kecik.
Padamcantiknya sunset....bila la SA dpt bercuti macam ni...rehatkan minda...
BalasPadambestnya hotel tu ada bilik yang luas siap muat 5 katil...
BalasPadamseronoknya main pasir Daus dan kakak iparnya tu... rapat betul mereka ya kak, Daus tak pernah ada kakak, bila dapat kakak seronok lah dia.
Aiskrim tu nampak sedap, jagung rebus tu rapat-rapat bila manis lagi best
cantiknya sunset... dah lama dana tak jenjalan kat tepi pantai, rindu
BalasPadamHehe kalau saya simpan perut. Rugi kalau sudah kenyang apabila makan makanan laut.
BalasPadamCantik sunset. Bila tgk gambar aisktum Dan jagung tu alahaii sedapnya
BalasPadam