Selamat berhujung minggu semua. Semoga hari ini ceria-ceria sahaja. Lahad Datu hari ini agak mendung di sebelah pagi tetapi tetap nyaman dengan kemunculan cahaya matahari yang hangat memancar di balik awan.
Hari ini belum menyiapkan sebarang entri, jadi Amie paparkan hasil penulisan Amie yang diterbitkan dalam Siri Antologi Cerpen Kemerdekaan : Malaysia Tanah Airku dalam edisi Kawasan Kediamanku. Untuk edisi terbitan SYFE ini Amie kirimkan cerpen bertajuk Tetamu Yang Tak Diundang.
Pada mulanya nampak agak asing dengan edisi Kawasan Kediamanku ini kerana memikirkan apakah isi cerita yang hendak dipaparkan. Mungkin Amie boleh paparkan kisah perpaduan kaum, pelbagai bangsa tinggal di kawasan perumahan. Namun akhirnya, ikut kreativiti sendiri Amie memilih tajuk Tetamu Yang Tak Diundang.
Siapakah yang dimaksudkan sebagai Tetamu Yang Tak Diundang itu?
Idea untuk menulis cerpen Tetamu Yang Tak Diundang ini timbul apabila terkenang zaman pegang jawatan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Amie sudah lepaskan jawatan gred hakiki kepada gred jawatan secara time based. Setelah bersabar selama tujuh tahun menyandang jawatan tersebut, Amie mohon untuk pelepasan tetapi tidak diluluskan. Pernah sekali hampir jatuh tapi sempat peluk tiang sekolah. Ingatkan sudah kena darah tinggi, rupanya kurang rehat. Doktor kata kalau perkara yang sama selalu berulang kembali, kemungkinan untuk dapat penyakit itu adalah tinggi. Pernah sekali langgar tiang pagar, habis pintu kereta kemek. Dan terakhir, akibat terlalu memikirkan kes pergaduhan di antara murid sekolah lain dengan sekolah kami sehingga melibatkan pihak polis, kereta langgar tembok dekat pokok mangga di sebelah bilik pengetua.
Namun akhirnya rezeki menyebelahi, semasa dalam pantang melahirkan Firdaus Amie terima surat kelulusan pelepasan jawatan (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) daripada Kementerian Pendidikan. Jadi, sehingga sekarang Amie sebagai guru biasa sahaja.
Hehehee... sekadar imbas kembali kenangan lalu. Bukan itu yang Amie tuliskan dalam cerpen Tetamu Yang Tak Diundang.
Salah satu tugas Amie sewaktu menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ialah memastikan kawasan sekolah bebas dari punca demam denggi iaitu nyamuk aedes. Sudah tentulah ia datangnya dari jentik-jentik! Jika didapati ada jentik-jentik nyamuk, sekolah dikehendaki membayar kompaun sebanyak RM150.00 untuk seekor jentik-jentik. Bayangkan pada suatu hari Pejabat Kesihatan Daerah melaporkan menemui 10 ekor jentik-jentik di sekolah kami. Terkelip-kelip mata pengetua apabila mendengar sekolah perlu bayar kompaun sebanyak RM1500.00! Itu harga kompaun zaman Amie masih pegang jawatan dalam pentadbiran. Sekarang Amie tak tahu berapa jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan.
Akibatnya, Amie sendiri yang bubuh ABATE di tempat-tempat takungan air. Bukan tidak percaya guru atau pekerja pembersihan yang ditugaskan melaksanakan tanggungjawabnya, tetapi untuk memastikan dengan mata kepala sendiri bahawa tiada seekor pun jentik-jentik berada di kawasan sekolah. Sebabnya, bukan mereka yang akan disoal siasat kalau ada jentik-jentik sewaktu pemeriksaan. Sebaliknya Amie jugalah yang akan dicari!
Selalunya Amie jumpa jentik-jentik dalam tangki air, dan dalam pam tandas serta celah-celah pokok bunga keladi.
Pengalaman bersama-sama jentik-jentik dengan harga kompaun itu memang tidak dapat Amie lupakan sehingga ke hari ini. Itulah cetusan idea untuk menulis cerpen Tetamu Yang Tak Diundang. Kali ini Amie tuliskan watak Fuad dengan Zamri. Zamri itu sebenarnya nama Fairuz iaitu Mohd. Fairuz Zamri.
Jadi, siapakah Tetamu Yang Tak Diundang itu?
wah..menarik ni Kak Amie ..x sangka kak amie berbakat besar
BalasPadamHebatnya Cikgu Amie disebalik seorang suri hati Encik Majid dan ratu hati kepada 5 hero.
BalasPadamTahniah Cikgu..
Semoga Allah mudahkan urusan dan ganjarkan pahala atas penghasilan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat itu
Dah diterbitkan ke Kak Amie? Sy nak beli...
BalasPadamPM ye :D
Seronok baca cerpen Kak Amie dlm Kembara Borneo tu...
Tahniah
BalasPadamSemoga dapat terus mengasah bakat dalam penulisan kreatif
tahniahh
BalasPadamberatnya kan tugasan seorg guru kanan
baca pun sy rasa mcm sy yg stress
Seronok dapat abadikan pengalaman dalam bentuk cerpen. Kreatif.
BalasPadamRezeki kelahiran Firdaus nampaknya tu, terus dapat surat pelepasan.
wahhhhh mesti menarik nih... kena baca jugak
BalasPadamtinggi jawatan makin tinggi la tanggungjawab ye kak... mujur la dapat dilucutkan jawatan tu jadi guru biasa je, tapi itu pun dah penat kan banyak tanggungjawb perlu di galas
komitednya seorg pkhem.. begitulah kalau dah pegang amanah seorg pendidik kn? terbawa² kisah di sekolah sampai eksiden bagai... mmg ramai kwn² yg dioofer jd pkhem melepas jawatan tersebut... bkn senang nk handle 1 sekolah yg ramai tu kan? now sy tau tetamu x diundang tu ialah sang nyamuk aedes.. hihihi
BalasPadamTentulah Sang Aedes yang jadi tetamu tak diundang tu, kan. Susah juga ya sandang jawatan di sekolah ni. Iman tu sy suruh jadi cikgu tak nak, dia kata jadi cikgu susah, hihi.
BalasPadamTAHNIAH AMIE TERBAIK KARYA KREATIF..JADI GURU PKHEM MMG SIBUK XTERKATA KAN
BalasPadambagus cerpen tentang nyamuk Aedes, boleh create awareness. Jadi guru best kalau ada minat. teringat cikgu sekolah saya dulu sanggup tolak offer jadi pensyarah sebab minat jadi cikgu. padahal sekolah kami tu boleh tahan nakalnya
BalasPadamtahniah kak amie, menarik tema cerpennya
BalasPadamTahniah kak Amie berjaya menempatkan karya dalam buku ni. Bukan biasa biasa jawatan kak Amie tu. Jawatan besar, besar jugak tanggungjawabnya tu. Banyak jugak kerjanya tu memang tak cukup rehat. Syukurlah sekarang ada masa juga untuk berehat rehat.
BalasPadamKenangan jugak masukkan nama Fuad dan Fairuz :)
mahal rupanya ye kak kompaun untuk seekor jentik-jentik... murula 10 ekor je kalau banyak tu... nangis GB akak
BalasPadamWah! Tak sangka!
BalasPadamTetamu tidak diundang itu pastilah jentik-jentik.
BalasPadamBerat tanggungjawab Puan Amie ketika itu. Kalau saya pun mungkin akan kemalangan sebab banyak terfikir.
Alahai kesiannya. Kekadang tu masalah org lain fan environment boleh buat kita stress kan.
BalasPadam