Pages

Isnin, 3 Januari 2022

Sate Jamrut di Gerai Esplanade Sipitang

Nampaknya  hari ini banjir di Sabah semakin bertambah buruk. Mudah-mudahan keadaan terus terkawal. Di Lahad Datu pun memang beberapa hari ini asyik hujan renyai sepanjang hari dan matahari terus sembunyi di balik awan kelabu.

Jom sambung cerita jalan-jalan Sabah.

17 Disember 2021 bersamaan hari Jumaat, seawal pukul 8 pagi kami tinggalkan Kota Kinabalu menuju ke Beaufort. Hujan turun sepanjang perjalanan kami sejauh 93 kilometer. Tujuan kami ke Beaufort untuk melihat Tamu Mingguan Beaufort. Katanya di situ banyak jualan makanan tradisional. Apabila kami tiba, tidak ada pula suasana pasar di situ kecuali beberapa orang yang sedang memasang khemah. Apabila kami tanya, katanya esok pula baru  ada pasar tani di situ. Semenjak PKP, tamu hanya beroperasi pada hari Sabtu sahaja.  

Kami ambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Sipitang yang hanya berjarak 44 kilometer dari Beaufort. Kalau perjalanan dari Kota Kinabalu ke Beaufort, hujan sepanjang waktu, dari Beaufort ke Sipitang pula sekejap hujan sekejap reda. Paling menyesakkan pandangan sudah tentulah sewaktu melalui jalan gravel, mengekori lori besar! Kereta kami pun sudah hilang warna asal, diganti dengan warna habuk jalan! Nak buat macamana... projek lebihraya Pan Borneo masih terbengkalai!

Setibanya di daerah Sipitang, kami terus menuju ke Esplanade Sipitang yang  terdapat barisan gerai sate di sebelahnya. Keadaan gerai yang tersusun, kemas dan bersih memang sentiasa menggamit hati untuk bertandang ke sini. Ditambah pula kedudukannya di tepi laut! Sambil menikmati hidangan sate, sambil angin laut menyapa wajah.... aduhai!

Kami singgah di sebuah gerai sate nombor dua dari tepi iaitu Gerai Sate Jamrut. Gerai pertama tidak beroperasi. Semua gerai menawarkan pelbagai jenis sate. Jangan terkejut kalau datang ke sini, dari pagi hingga ke malam memang gerai sentiasa berasap! Maknanya, datang waktu pagi boleh bersarapan sate. Datang tengahari boleh makan sate juga. Dan datang petang atau malam memang tetap ada sate! Selain sate, makanan lain pun ada.

Gerai Sate Jamrut

Esplanade Sipitang


Model Sate Sipitang



Harga secucuk sate tidak sama di antara kesemua gerai. Kalau di Gerai Sate Jamrut harganya :
  • Sate ayam : RM0.70.
  • Sate Daging : RM0.70
  • Sate Kambing : RM1.50
  • Sate Berubut : RM1
  • Buntut / Tongkeng Ayam : RM1.00
  • Sayap Ayam : RM2:50


Kami nak cuba:
  • 10 cucuk sate kambing
  • 5 cucuk sate ayam
  • 5 cucuk sate berubut


Rasa kuah sate agak berbeza dengan kuah sate yang biasa Amie makan. Kuahnya lebih pekat, dimasak sempurna dan rasanya lemak dan manis manja. Sudah tentu ada resipi rahsia di sebalik kuah sate di gerai Sate Jamrut ini. Saiz sate pula agak kecil bersesuaian dengan harganya.


Sedap sungguh makan nasi himpit dengan kuah kacang di sini!


Jika suka, boleh juga makan kelupis dengan kuah kacang. Kelupis ialah sejenis makanan tradisional dalam kalangan masyarakat di sebelah pantai barat Sabah khususnya etnik Brunei. Daerah yang terkenal dengan kelupis termasuklah Sipitang, Kuala Penyu, Menumbuk, Membakut dan Papar.

Encik Suami ingin mencuba tongkeng ayam Sipitang.


Amie turut mencuba soto campur. Ada campuran ayam dan daging. Istimewanya  soto di sini, ada tambahan hirisan mentimun selain daun sup dan bawang goreng!



Cuaca ketika itu sangat panas membakar. Tak sanggup untuk bergambar di atas jambatan ke laut untuk rakam suasana yang lebih cantik. Ambil gambar di sini sajalah untuk kenang-kenangan.

Inilah kali pertama kami jejak kaki ke bumi Sipitang yang jarak perjalanannya melebihi 500 kilometer (mengikuti jalan yang kami tempuhi)  dari bumi Lahad Datu.


26 ulasan:

  1. Kalaulah jaraknya dengan Johor boleh kayuh basikal aje Kak Amie. Pak Inche peminat sate, dulu sy tak minat, tapi lama sgt duduk dengan dia, sy pun dah terminat sate.. hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila rajin mencuba pelbagai jenis sate di tempat yang berlainan, memang akan ditemui rasa yang berbeza-beza.

      Padam
  2. Berubut itu apa ya? Lebih banyak jenis sate dijual. Itulah kadang-kadang pergi sesuatu gerai kerana kuah kacangnya yang berbeza tapi sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berubut itu perut, sate berubut ialah sate perut, ikut bahasa tempatan di sana.

      Padam
    2. Berubut tu kantung perut kerbau atau lembu. Sedap dibuat satey kerana lembut.

      Padam
  3. Sedap nampaknya. 70 sen pulak tu. sini secucuk rm1 ++

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiznya kecil saja Syaz. Kalau di LD RM1 secucuk saiz lebih besar.

      Padam
    2. Cuba lah sesekali satey Sipitang. Disini lah satu satu nya bandar yang banyak mempunyai gerai gerai satey. Pergi saja ke Esplanades Sipitang..

      Padam
  4. Sate kambinggggggg....
    Tak tahu la kenapa saya suka sangat daging kambing...
    Eh,bukan saya ja kan...
    hihihi

    Selain sate dan Dau...saya perasan memang En Majid dah slim.Pakai baju nampak flat dah.
    Gambar cikgu Amie masa majlis kahwin Abang Farid pun kemain slim dah ..Ini hasil SSS Cikgu Amie?
    Tahniah....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... DSSS untuk suka-suka saja tu.
      Bab makan memang buang SSS kahkahkah!

      Padam
  5. sate berubut tu sate apa ya? atau adakah ia bahagian tertentu?

    kelupis, di Sarawak ada jugak..febret kami sekeluarga kalo raya..mamak ciksun biasa ambil tempahan kelupis di musim perayaan..tak sabar nak balik kampung makan kelupis mamak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sate berubut tu sate perut.
      Sedapkan makan kelupis. Saya suka cecah kuah kacang.

      Padam
  6. Macam-macam sate ada ya...
    Comel la model sate tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang syurga sate di sini. Model tu kuat makan sate.

      Padam
  7. nasib baik cuaca cantik di Sipitang

    BalasPadam
  8. Banyaknya sate...memang semua nak cuba la kalau SA...sate tongkeng tu kat sini mahal tau kak amie, secucuk 2.50

    BalasPadam
  9. sate ayam dan daging secucuk 70sen je kak... murahnyaaaaaa

    BalasPadam
  10. Mencabar perjalanannya dengan jauh dan cuaca hujan. Kecewa jugak sejak PKP banyak tempat dah tak beroperasi kan. Ada peluang bolh singgah lain kali. Datang sini memang puas makan sate lah dari pagi sampai ke malam. Lain sikit rupa soto disana. Masih nampak sedap.

    Bila panas ni sanggup je bergambar demi simpan kenangan :) Dah sampai tu nanti menyesal tak ambil gambar. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang syurga sate di sini Fizah. Ada jugalah sate yang tidak dijual seperti selalu macam sate arnab dan sate rusa.
      Memang betul tu, gara-gara panas tak sanggup bergambar. Bila sampai rumah menyesal tak ambil gambar kenangan.

      Padam
  11. lama tak mkn sate di sipitang. sambil menikmati angin laut.

    BalasPadam
  12. Dora the explorer. Saya juga selalu ke Sipitang dan wajib Oder sate

    BalasPadam