Selepas menjamu selera dengan pelbagai jenis sate di Gerai Esplanade Sipitang, kami meronda kawasan sekitar dan menuju ke Pantai Merintaman. Oleh kerana tiada perancangan khusus menuju ke satu-satutempat. Untuk tiba di pantai ini, kami ikut sahaja arahan WAZE dari pekan Sipitang menuju ke Jalan Merintaman.
Encik Suami berehat di dalam kereta untuk melelapkan mata seketika. Firdaus pula teruja untuk bermain pasir di pantai. Aduhai, ketika itu panas terik! Kita ikutkan sahajalah kemahuan Firdaus. Syukurlah, bawa topi bersama. Bolehlah lindung wajah dari pancaran terik matahari dan hawa laut.
Amie tertarik dengan batu-batuan yang terletak cantik di tepi Pantai Merintaman.
Barangkali disebabkan PKP yang berterusan, kawasan pantai yang indah ini nampak tidak terjaga. Banyak sampah kayu dan daun-daun serta sampah di tepi pantai. Bagaimana pun terdapat juga pengunjung yang bersiar-siar di pantai.
|
Model Pantai Merintaman |
Firdaus leka mengorek pasir. Katanya dalam setiap lubang pasir ada anak ketam. Memang banyaklah anak ketam halus-halus, tetapi apabila kita mendekati anak-anak ketam tadi bertempiaran lari menyelamatkan diri.
|
Kata Firdaus, ini lubang ketam halus!
|
Suka sangat turun ke pantai, sanggup jew jadi model...ahaks!
Di belakang Firdaus, terdapat bongkah batu-batu besar seperti bukit diselimuti pokok-pokok dan semak. Tiba-tiba teirngat ceirta Batu Belah Batu Bertangkup!
Batu-batu besar di bawah rimbunan pokok dan semak ini kelihatan mengajur arah ke pantai.
Bentuk batu-batan di sini agak aneh. Kalau kita ahli geologi tentu kita dapat huraikan serba sedikit tentang bentuk batu-batan di sini.
Melihat batu-batu yang kelihatan seolah-olah bercerai-berai dari bentuk asal, kita teringat istilah luluhawa dalam mata pelajaran Geografi yang melibatkan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan.
Bongkah batu besar ini seolah-olah terbelah dua.
Firdaus boleh keluar masuk melaluinya.
Bongkah-bongah batu ini kelihatan seperrti mulut gua pula.
Nampak unik dan menarik kan?
Firdaus bermain pasir lagi di sini.
Kemudian cuci tangan di dalam air yang bertakung di lopak' dalam batu.
Kalau berkunjung waktu petang sudah tentu dapat menikmati keindahan suasana matahari terbenam di langit barat.
Marah jugalah Firdaus sebab diajak pulang. Kita yang tak tahan panas sebenarnya. Lagi pun kami belum mencari tempat penginapan di Sipitang. Seronok juga jalan santai-santai sambil melihat suasana daerah Sipitang, sambil cari tempat bermalam. Dapatlah pengalaman 'walk in' hotel.
Firdaus berulang kali meminta kami datang lagi ke Pantai Merintaman sebelum meninggalkan Sipitang.
Uniknya batu-batuan di sini...
BalasPadamAda yg nampak macam kepala dinosour Kak Amie :D
Kan. Macam-macam bentuknya.
PadamIni bukan model dah.... Ini DUTA!
BalasPadamHahahaaa... duta cilik ye uncle.
Padamseronok nampaknya Firdaus di situ. Nasib baik tak diajak mandi. memang unik batuannya lagi-lagi yang macam terbelah dua tu
BalasPadamTak sempat jejaki tempat lain. Tak tahan bahang panas matahari laut.
PadamCantiknya pantai Sipitang ni..sekali ngan batu- batu besar tu..sanggup SA berpanas kalau ada kat situ...
BalasPadamMemang cantik dan unik. Kalau pandai osing dan tangkap gambar mmang lawa-lawa kejadiannya SA.
PadamHensemnya model Pantai Merintaman tu, Senyuman dia pulak macam kumpulan The Beach Boys,hihi.
BalasPadamModel cilik kan SK.
Padambatu batan nya cantik, suka tengok. pantai dekat rumah saya ni, mmg pantai je takda batu2 camtu, if nak tengok kena pergi jauh sikit
BalasPadamPantai berbatu memang nampak cantik kan Shorven.
PadamSeronok usik anak ketam ye Daus..Lama dah tak tengok umang-umang..
BalasPadamLuluhawa...rindunya sunject Geografi...,
Subject favourite Geo 1..Geo 2 & Geo 3..kecuali Geo 4 sebab kena mengiraš¤
Memang best belajar subjek Geografi fizikal. Macam-macam bentuk muka bumi dapat dikaji.
Padampantang jumpa pantai, panas terik pun on ye Daus... suka betul dia bila di minta ambil gambar, memang fotogenik betul Daus ni tau...
BalasPadamBudak ni suka sangat main pasir dan mandi laut. Kita tak larat nak layan hihihii.
PadamMacam-macam bentuk batu. Seronok Firdaus main pasir seorang diri.
BalasPadamKesian juga tak ada kawan main pasir... mommylah pulak puteri lilin hihihiii.
PadamFirdau mcm anak saya kak.. suka cari ketam dlm pasir. Sampai taknak balik bila dia start korek ketam
BalasPadamSeronok korek pasir ... jumpa macam-macam haiwan laut kecil-kecil.
PadamCantik kawasan pantai Merintaman Sipitang ni. Ada pokok rhu dan bongkah batu batu yang menarik bentuknya. Tapi seram jugaklah dipenuhi pokok yang rimbun. Kalau terjaga tanpa ranting ranting bersepah tu mesti lagi cantik. Nampak pasir terjaga bersih jugak tu. Alahaiii marah pulak dia ye. Tak puas explore lagi tu. Dapat jejak pasir, sanggup je berpanas jadi model gitu. hihi..
BalasPadamBanyak kawasan terbiar sejak PKP. Sayang betulkan, tak terjaga tetapi tetap dikunjungi orang ramai.
Padamsuka betul firdaus main di tepi pantai ya..
BalasPadam