Pagi Khamis bersamaan 23 Disember 2022.
Kami daftar keluar D'ARC Hotel.
Encik Suami cadangkan bersarapan pagi di sekitar daerah Putatan sebab katanya boleh terus ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Jadi kami singgah makan di Restoran Sri Keningau. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Sabah. Amie pernah makan di Restoran Sri Keningau di Keningau, dan Tawau. Kali ini di Putatan pula.
Lontong Kuah Lodeh |
Buat pertama kalinya selama bermastautin di Sabah terjumpa lontong! Jadi, tidak lepas peluang untuk 'berhari raya' dengan bersarapan lontong di sini. Kalau orang Tanah Jauhar itu memang selalulah jumpa lontong di tempatnya. Kita kalau nak makan lontong dengan kuah lodeh kenalah buat sendiri atau tunggu balik Malaya ketika sambutan hari raya.
Firdaus pula hanya memilih dua ketul sayap goreng dan pegedil kentang. Yang empat ketul berkuah kicap itu tauhu inti begedil.
Encik Suami bersarapan kuetiaw goreng. Sudah ada telur mata, ditambah lagi telur dadar!
Alhamdulillah.
Tak perlu tunggu hari raya untuk menikmati lontong dengan kuah lodeh.
Terpandang perut masak lemak cili padi, kita pun ambil semangkuk kecil.
Menu sarapan pagi di Restoran Sri Keningau, Putatan, Sabah. |
Selepas bersarapan, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Penerbangan Abang Farid dan Aseeyah dari Kuala Lumpur dijadualkan mendarat pada pukul 10 pagi.
kwetiaw gorengnya menggoda iman...kuah lontongnya kuning mantab...yummy kak
BalasPadamSri Keningau ni ada kat Selangor juga kan?
BalasPadamSelamat menjamu selera
BalasPadamNampak sedap2
Uihhhh kegemaran saya ni breakfast lontong kuah lodehhhh...!
BalasPadamSedapnya lontong.. Lama juga tak makan.. kalau makan lontong, terbayang keenakan lontong di Daik, Lingga.
BalasPadamAduuhh lontong tu. Lapar pula tengok.
BalasPadamLapaaaar melihat kwetiau nya kak 🤤. Teringat dulu saat masih study di Penang, di canteen campus ada jual kwetiau goreng sedaaaap 👍😄. Saya suka sangaaat kwetiaw Malaysia ini. Sedikit berbeda dengan kwetiaw di Jakarta
BalasPadamPepagi tgk food kat sini lapar lah pulak.
BalasPadamCantik pinggan digunakan. Rasanya mesti sudah sediakan lauk untuk makan dengan nasi.
BalasPadamAgaknya baca posting SK tu senyap2 dalam hati pun dikira zikir 🤭
BalasPadamAlhamdulillah dapat juga jumpa lontongnya...
Macam nak kena buat jugak ni🤭
Nikmatnya dapat menjamu lontong pagi pagi. A ah kan. Kak SK selalu berlontong. Sini pun susah nak dapat. Baru jumpa kedai yang jual lontong sedap.
BalasPadamMesti Firdaus tak sabar tunggu Abang Farid dan Kak Aseeyah sampai.
pernah mkn skali dkt situ..
BalasPadamWahhh.. Lontong, sebab tu orang di Tanah Jauhar ni lemak2 badannya kak Amie, hihi. Pinggan dia sy suka, suka restoran yg masih menggunakan pinggan lama utk menghidang.
BalasPadamok SA x jeles sbb SA bukan penggemar lontong
BalasPadamsedap tu kak, perut masak lemak cili api tuh memang menggoda...
BalasPadamDana suka perut lemak cili api yang takde rebung, tak berapa reti makan dan tak suka bau nya yang kuat.
lontong dekat sini mudah jumpa tapi lontong kering payah nk jumpa kak, kalau ada pun tak lengkap... takde serunding dengan sambal goreng