Akhirnya kami bertemu juga dengan anak bujang, Fairuz yang tinggal di Penampang bersama abang-abang sepupunya itu. Kami sempat makan malam bersama di Kota Kinabalu. Fairuz sudah memahami sedikit sebanyak selok-belok jalan di bandaraya, jadi kami tidak perlu meminta bantuan waze untuk ke sana ke mari buat seketika. Kami menuju ke Pasar Malam Sinsuran yang terletak di tepi laut.
Firdaus teruja melihat lobster pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Katanya: Mommy Daus nak makan lobster!
Alamak!
Sekilogram lobster yang sudah dimasak berharga RM195.00.
Bukan tak mampu nak bayar, tapi rasa tak sampai hati nak makan sebab harganya itu... ahaks! Lobster yang dipegangnya itu mencecah 3 kg!
Dia tunjuk lain pula. Aduhai....!
Melihat raut wajah adik penjual lobster (gerai makanan), teringat wajah yang sama beberapa tahun yang lalu di sini: APA ADA DI PASAR MALAM SINSURAN KOTA KINABALU.
Bagi yang tidak pernah makan lobster sudah tentu teruja ingin tahu macamana rasanya. Isi lobster tidaklah banyak, kepalanya sahaja yang besar. Amie pernah beberapa kali makan lobster. Memanglah sedap, rasanya kenyal-kenyal sedikit dan lebih pejal berbanding isi udang kertas. Kalau hendak puas makan, ratah sahajalah seekor yang beratnya 1 kg. Jangan makan dengan nasi. Barulah namanya makan lobster.
Jom tinggalkan lobster. Kita lihat makanan laut yang lain.
Mungkin juga ada yang teruja melihat udang harimau. Isi udang harimau lebih keras jika dibandingkan dengan isi udang lain seperti udang kertas dan udang bemban.
Ada kepah dan kerang.
Ada kekapis.
Wokey!
Cukuplah melihat beberapa jenis sahaja. Kita pilih untuk dimasak.
Inilah hidangan makan malam kami:
- Nasi Putih
- Ikan Kakak Tua Kukus Halia
- Lobster Masak Kam Heong & Lobster Masak Butter
- Sotong Goreng Tepung & Sotong Butter
- Udang Butter Basah
- Latok
3 jenis lauk masak butter basah? Itu pilihan masakan Fairuz dan Firdaus!
Lobster Masak Butter Basah |
Untuk tidak menghampakan Firdaus, kami ambil juga seekor lobster kecil seberat 500 gram lebih dengan harga RM95.00 siap dimasak. Seekor lobster dimasak dua cara, butter basah dan kam heong.
Lobster Masak kam Heong |
Udang Kertas Goreng Butter Basah |
Bismillah.
Firdaus tak sabar-sabar untuk makan udang.
Kita punya pilihan, latok dan air asam.
Sotong Goreng Salut Tepung |
Sotong Goreng Butter Basah |
Ikan Kakak Tua Kukus Halia |
Kita ratah lauk saja.
Kalau pulun makan dengan nasi, tak banyaklah seafood dapat masuk perut!
Inilah rupa lauk-pauk mengikut selera Fairuz dan Firdaus.
Ada lagi seorang peminat masakan butter basah. Esok hari in syaa Allah sampailah dia menjejak kaki ke Kota Kinabalu. Melihat masakan butter basah begini, mau menangis dia dibuatnya.... ahaks!
Sekian cerita makan malam di pasar malam tepi laut di Kota Kinabalu.
Dapat juga Firdaus makan lobster ye dik!
Makk ai.. Bukan main besau lagi udang.. Tak pernah lagi makan udang sebesar tu.
BalasPadamKan... besar-besar udang kara.
PadamSEDAPNYA SEAFOOD SEGAR MENYELERAKAN
BalasPadamYa Kak PI.
PadamNampak segar-segar, tepi laut pula.
lobster memang tak penah mkn
BalasPadam☺️ freshh semuanya ya
Saya pun jarang makan. Kalau harga murah sikit sesekali beli juga.
Padamwau besor tu lobster nyaaa...!
BalasPadamterliur tgk seafood semua sedap2.
tengok harga pun pengsan jap.
saya kalau nak makan seafood mmg kena siap2 lah ubat gatal dulu haha
tak penah rasa latok.. selalu dengar orang cerita best aje
Oooo... alergik makanan laut ye.
PadamLatok tu isinya air, letup-letup dalam mult sewaktu kunyah. Ada yang panggil anggur laut.
Aduh.. Kekapis tu mengancam.. Lobster pun..
BalasPadamOwh boleh dimasak dua jenis ye.. menarik..
Boleh, itu tukang masak yang cadangkan. Jadi, satu jenis boleh masak dua rasa.
PadamAlhamdulillah
BalasPadamDapat Daus makan lobster
Seco'et saja Wak.
PadamKakaaak, menyesaaaal liat post ini malam2 laaah 🤣🤣🤣🤣. Lapar perut dibuat hahahahaha. Lobster memang sedaaaap 🤤👍👍. Jujur susah mencari lobster yg murah di Jakarta. Tapi kalau saya rindu nak makan lobster murah dan enak, saya selalu pergi ke Jogjakarta , di sana ada tempat jual lobster enak, fresh, murah dan besar 😁. Tapi memang jauhlaaah kalo nak kesana 😅
BalasPadamJauhnya dari Jakarta ke Jogjakarta. Kami pernah naik bas dari Jakarta ke Jogja, aduhai.... 10 jam!
Padamingatkan ada burung kakak tua... ikan pun ada nama kakak tua. Bila google ikan ni baru tau nama lainnya ikan bayan dan kak amie pernah share resepi. Patutlah masa kami pergi pasar malam Sinsuran ada nampak ikan kaler biru hijau ni tapi tak ada lah nak beli untuk dimasak sebab tak pernah nampak dan makan sebelum ni.
BalasPadamIsinya sangat lembut, putih mulus. Encik Suami suka masakan kukus.
PadamSegar makanan lautnya. Cemburu saya.
BalasPadamNA... mari datang Sabah. Datang KK saja pun dah banyak tempat untuk makan seafood.
PadamAkhirnya watak Fairuz muncul 🤭🤣
BalasPadamTapi ramai yang mengimpikan watak Daus...Dapat jenjalan dan makan lobster🤣
Untung pegang watak Daus ye Mama Cella.
PadamSenang Fairuz ada jadi tour guide jalan jalan di Penampang. Lobster memang mahal. Tak mampu rasanya nak membeli. Rezeki Firdaus dapat merasa. Bukan selalu dapat kesini kan. Seronok tengok banyak pilihan seafood. Tempting tengok menu menu pilihan Fairuz dan Firdaus. eh dah panjang dah rambut Fairuz. Hehe...
BalasPadamMemang mahal harga lobster kan Fiza. Kak Amie dulu pernah beli lobster dengan kawan, dia ada sangkar ternak. Dapatlah harga murah, tapi murah pun RM100 juga sekilogram. Tapi sekarang kawan tu dah balik Kedah.
Padamdpt jgk firdaus mkn lobster. happy dia dpt pegang lobster tu.
BalasPadamDah banyak pegang lobster, akhirnya pilihkanlah yang paling kecil untuknya heheee.
PadamSaya pun tak pernah makan lobster. Tunggu betul-betul kaya nantilah. Makan puas-puas.hehe
BalasPadamKak Amie dulu pun teruja nak makan lobster, tapi bila dah makan dan fikirkan harga yang mahal, baiklah makan udang hheeee... lebih kurang jew rasa cuma lobster tu agak kenyal sikit.
PadamAmmi belum pernah try lobster pun...sbb takut dgn harganya. Ammi kan rakyat marhaen
BalasPadamnampak menyelerakan betul semua lauk...ammi tengah pantang seafood ni sbb kolestrol agak tinggi huhuhu
Heheee... in syaa Allah ada rezeki suatu hari nanti untuk rasa lobster. Oooo... pantang seafood rupanya.
PadamBoleh geng dengan Iman ni, suka sangat makan masak butter basah. Boleh tahan mahal jugak harga lobster kat sana, ya Kak Amie. Rasanya masa sy ke KK dulu, taklah mahal sebegitu harga lobster.
BalasPadamLain gerai mungkin lain harganya SK. Kami ditawarkan sekilogram dengan harga RM155.00 dan siap masak harganya RM195. Jadi, ambil sajalah yang kecik, dekat 1/2 kg, nak bagi Firdaus rasa.
Padamyeay...seronoknya Firdaus dapat makan lobster...nampak kegembiraan terserlah dari muka dia...semua makanan nampak sedap kak
BalasPadamsedapnya nengok lobster tu... besar betul yang mula-mula tu kak oi, rege dia pun berbaloi gitu huhuii...
BalasPadamgeram nengok segala macam seafood yang fresh lagi