Pages

Khamis, 13 Januari 2022

Pekan Kuala Penyu & Sungai Sitompok

Pekan Kuala Penyu sunyi dan sepi. Barangkali hari itu hari minggu, jadi banyaklah kedai ditutup termasuk kedai makan.  Kami ambil kesempatan meronda kawasan sekitar dan kalau ada stesen minyak Encik Suami hendak isi tangki minyak kereta.

Inilah stesen minyak yang kami singgahi. Kecil saja! Sempat Firdaus intai ke dalam. Katanya hendak beli keropok, tapi tidak ada makanan yang dijual.

Jambatan Sungai Sitompok

Ada sebatang sungai yang jernih di belakang stesen minyak. Banyak kapal dan perahu berlabuh di tepian. Kami berhenti rehat seketika di deretan gerai makan  menghadap sungai akan tetapi kami tidak berhasrat untuk makan di situ. Sebelum meninggalkan pekan Kuala Penyu, kami menyeberangi Jambatan Sungai Sitompok. Khabarnya kos pembinaan Jambatan Sungai Sitompok ini bernilai RM60 juta. 


Jom ikut mereka menyeberangi Jambatan Sungai Sitompok dengan menaiki motosikal.


Nampak bersih dan jernih air Sungai Sitompok.


Pemandangan di tepi Sungai Sitompok.







Ada sangkar ternakan ikan.

Tiba-tiba perut berasa laparlah pula! 
Encik Suami terus memecut menuju ke Papar. Ada dua tujuan kami ke sana. Makan dan tempat penginapan. Sekarang, Kuala Penyu telah jauh kami tinggalkan.

10 ulasan:

  1. pam minyak dulu-dulu kecil dan takde jual jajan... kesian pulak tengok Daus tak dapat beli keropok, bosan lah tu takde kudapan dalam kereta

    BalasPadam
  2. Sekejap je lah Kak Amie di Kuala Penyu ni ye. Stesen pam minyak kecil mungkin tak ada jual makanan minuman ringan. kesian Firdaus tak dapat nak membeli apa². Comel pulak mengintai kat situ dengan tangan di belakang. Nampak senang hati gayanya tu.

    Nampak lebar dan besar jugak Sungai Sitompok. Jambatan sungainya pun panjang, kenalah dengan harga RM60 juta.

    BalasPadam
  3. Rasa macam nama kucing pula sungai di atas.

    BalasPadam
  4. Asyik betul kalau dapat menjamu mata dengan pemandangan indah segini...

    BalasPadam
  5. Gaya Firdaus macam guru besar mengendap kelas murid bising

    BalasPadam
  6. Seronok la berjalan- jalan macam ni..SA suka sebab suka explore tempat orang...

    BalasPadam
  7. dah lama tak pergi kuala penyu. teringin pula nk roadtrip sabah.

    BalasPadam