Pages

Khamis, 13 Januari 2022

Kak Kiah Coffee House @ Kak Kiah Cake House Papar

Kami isi perut lebih kurang pukul 11 pagi di BTC Bistro Beaufort. Kemudian menerukan perjalanan ke Tempurung Seaside Lodge, seterusnya ke resort yang menyeramkan dan jalan-jalan ke pekan Kuala Penyu. Pada mulanya kami ingin makan-makan di Kuala Penyu tetapi kami batalkan keinginan tersebut. Encik Suami memandu arah ke Papar pula. Pada masa yang sama Amie mencari tempat penginapan berpandukan google. Sampai di pekan Papar, kami meronda-ronda di situ mencari kedai makan tetapi akhirnya kami patah balik untuk daftar masuk motel yang dapat dilihat dari jalan raya. Setelah daftar masuk motel, kami bergegas turun dan bertanya kepada petugas di kaunter, di mana kedai makan yang biasa dikunjungi orang ramai. Ditunjukkannya Kak Kiah Coffee House yang leaknya betul-betul di hadapan motel. Di sebelah motel pula ada kedai mamak yang dibuka 24 jam. Kata Encik Suami, kalau malam nanti lapar bolehlah makan di kedai mamak.

Kak Kiah Coffee House @ Kak Kiah Cake House


Ketika ini jam menghampiri angka 5 petang. Kami terjah sahaja ke sini. Tak kisahlah dikelilingi warna merah jambu, yang penting makanannya cepat siap dan sedap seperti yang diberitahu oleh petugas kaunter motel tadi. Suasana coffee house ini nampak lengang sewaktu kami masuk.


Sesuai dengan nama coffee house @ cake house, memang banyaklah pilihan dessert yang nampak menggoda selera! Sekarang perut sudah menjerit-jerit minta diisi segera. Jadi kami memesan :
  • Nasi & Ayam Gaban Kak Kiah Penyet
  • Kids Meals Special - Chicken Pop Corn With Cheese
  • Salted Egg Bule Chicken Chop
  • Apple Greeny
  • Fresh Orange Juice

Apple Greeny & Fresh Orange

Chicken Pop Corn with Cheese

Slurrrpp...sluurrppp!

Nasi & Ayam Gaban Kak Kiah Penyet

Salted Egg Bule Chicken Chop


Bagus layanan di kafe ini. Pekerja-pekerjanya sangat peramah. Tidak tunggu lama untuk menikmati hidangan. Sedap-sedap pula. Tak cukup makan di kafe, kami bawa masuk motel:
  • Mini Cheezy Slice Cake
  • Kak Kiah Pie (Lamb)
  • Biscoff Cheese Cake


Yang meleleh-leleh tuang cheese ini kegemaran Firdaus. Kita sudah tentulah pilih pie kambing.... mbeekkkk!

Kak Kiah Coffee House terletak di:
Lot No 19, Ground Floor,
Papar Point, Jalan Bukit Manggis,
89600Papar, Sabah.
Tel: 088 911070


12 ulasan:

  1. wowww pinkish saana sini :D
    yang cheese last sekali tu kita pun suka kak!! hahaa...
    klu dapat yg moist kek nya lagi ar :D adoiii ni yg x tahan godaaan ni :D

    BalasPadam
  2. Wow decoration dia cantik juga. Pinkish !!
    Cheese tu kena meleleh banyak baru sedap.

    BalasPadam
  3. cutenya kedai tu warna pink.....

    BalasPadam
  4. dalam setiap entri dana mesti nak tengok gaya dan reaksi Daus bila bergambar, memang fotogenik betul tau dia

    BalasPadam
  5. Pink betul cafenya. Bersih dan menarik. Menu menu manis memanglah tergoda kita nak membelinya.

    BalasPadam
  6. haus plak tgk air tu..cuaca tgh panas kt luar ni

    BalasPadam
  7. Oh, kita tertinggal entry ini. Rupanya Lamb Pie tu beli kat sini ya.

    BalasPadam
  8. Mata tertarik dengan warna pink...cantik kan...lembut dan asyik warnanya

    BalasPadam
  9. Huishh...teringinnya nak rasa kek leleh tu

    BalasPadam
  10. Feeling gegel ye kak amie...berbaloi kalau semua makanan dan minuman sedap...

    BalasPadam
  11. Nama menu tidak menahan, panjang dan ada gimik.

    BalasPadam
  12. tak pernah mkn main meal dkt sini. pernah mkn dessert je dlu. mmg famous kak kiah coffee house ni. byk cawangan kedai dia.

    BalasPadam