Pages

Selasa, 4 Januari 2022

Bermalam di Pan Borneo Inn Motel Sipitang

Ketika kereta meninggalkan Pantai Merintaman, ketika itu jugalah mula mencari tempat penginapan mengikut papan tanda di tepi jalan. Ada dua motel kami tuju tetapi kami meneruskan pencarian yang ketiga. Kereta masuk ke simpang jalan yang tertulis Pan Borneo Inn.

Pan Borneo Inn ialah sebuah motel. Kami memilih family room dan sangat berpuas hati bermalam di sini. 

Inilah motel kami : 29

                                    

Sebelum masuk ke bilik, kami hilangkan dahaga di kafe.


Tak sabar Firdaus hendak merehatkan diri di bilik.




Harga untuk satu malam ialah RM168.


Malam itu kami tidur lena. Keadaan di persekitaran juga tenang dan nyaman.


Seperti biasa Encik Suamilah yang akan masak air dan membancuh minuman panas.


Setelah check in motel, sudah tentulah rasa lega sangat. Bolehlah meronda kawasan sekitar untuk melihat-lihat kampung dan jalan-jalan cari makan.



Bilik airnya luas dan selesa.



Antara  keistimewaan motel berbanding hotel sudah tentulah ada ruangan letak kereta. Ciri beginilah yang sangat disukai Encik Suami.



Menurut kamus Oxford, motel ialah hotel pinggir jalan yang direka terutamanya untuk pemandu. Motel mempunyai bilik yang diatur di blok rendah dengan tempat letak kereta di luar. Motel adalah campuran kata-kata motor dan hotel. Ia berasal dari perkataan Perancis pada pertengahan abad ke-18.

Pan Borneo Inn Motel terletak di:
Batu Satu, Jalan Sindumin,
Kampung Malintatan, 89857 Sipitang, Sabah.



24 ulasan:

  1. Balasan
    1. Betul tu Syaz. Walaupun nun jauh di kampung tapi selesa sangat.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah, walaupun walk in saja, dapat juga bermalam dengan selesa.

      Padam
  3. Hotelnya cantik, tenang, Firdaus lari laju tu.. Seronok bercuti.. Selamat tahun baru 2022 moga dirahmati Allah swt selalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Pekannya kecil saja, tapi motel di kampung setaraf hotel lain.

      Padam
  4. Panas-panas...nampak sedap sungguh minuman merah tu...

    Orang yang drive memang nak tempat yg banyak parking.Stress oo nak cari parking kalau tempat sesak..🤣
    Seronok Daus naik sekolah nanti banyak cerita boleh kongsi dengan rakan2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum manis ketika cuaca panas terik tak cukup segelas ni.
      Betul tu, biarlah dia tenang-tenang saja.

      Padam
  5. selesa dan bersih nampaknya, betul tu senang stay di motel sebab parking dekat bilik kan amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang Encik Suami suka sangat sebab parking kereta depan pintu.

      Padam
  6. selesa betul kak siap ada peti ais mini lagi... paking pun luas dan mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat selesa Dana. Apa boleh buat tempat sejauh 500 KM dari LD. Kalau dekat, mungkin jadi destinasi pilihan untuk selalu bercuti di sini.

      Padam
  7. Kadang-kadang pilih secara spontan lagi berbaloi.
    Itulah kalau niat untuk tidur tidur perlu hotel terlalu berbintang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju NA.
      Yang penting bersih dan selesa untuk membersihkan diri dan melelapkan mata.

      Padam
  8. bilik bersih...cozy dan nampak selesa sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang balik-balik Encik Suami puji... kereta selamat parking depan pintu, tak perlu heret seret bag naik lift hahahaa!

      Padam
  9. tenang duduk motel kereta depan mata macam di rumah. tak perlu naik tangga atau lif untuk ke bilik. tapi kalau di KL/Selangor, motel=rumah tumpangan. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah ciri-ciri penginapan yang Encik Suami sangat suka.

      Padam
  10. Jarang nampak bilik motel yang bersih dan luas. Dah tentu selesa untuk keluarga. Senang nak angkut barang masuk bilik boleh parkir luar bilik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Fizah. Biasanya kita bayangkan motel tu simple saja, tapi lebih kurang sama pula dengan hotel.

      Padam
    2. Macam homestay pun ada jugak ni Kak Amie. Dalam gambar pun nampak luas dan selesa.

      Padam
  11. nampak besar dan bersih motel ni. paling best ada tmpt parking skali. senang..

    BalasPadam