Sekembalinya dari jalan-jalan selama 10 hari, jiran sebelah rumah hulurkan bungkusan. Amie sudah pesan dengan penghantar bungkusan (runner) supaya serahkan kiriman kepada jiran sepanjang ketiadaan kami. Alhamdulillah. Kiriman dari BLOGGER PARIDAH ISHAK telah sampai dengan selamatnya. Rasa terharu sangat sebab ini merupakan kiriman kali kedua (kiriman pertama hilang tanpa berita). Terima kasih yang tidak terhingga atas usaha gigih dan keikhlasan Kak PI memastikan kiriman kali kedua ini sampai ke tangan Amie.
Kak PI kirimkan enam buah buku pelbagai kategori, tiga buah untuk Amie dan tiga buah lagi untuk Firdaus. Firdaus suka sangat dapat kiriman buku-buku tersebut dan sebaik bungkusan buku dibuka, Firdaus terus baca.
Merawat Gundah Bangsa : Warkah Buatmu Malaysiaku Editor Perunding : Mohamed Nasser Mohamed Penyelenggara: Lim Swee Tin, Ishak Hamzah & Rozan Azen Mat Rasip |
Kak PI turut menyelitkan sebuah antologi cerpen Topi Jelita hasil karya penulis wanita yang menyerlahkan sudut pandangan wanita terhadap dunia kehidupan. Amie sudah belek-belek dan sempat baca cerpen bertajuk Penjaram Pandan, tulisan Noor Aisyah Maidin dan karya Kak PI berjudul Nasi Pengantin di Pinggan Retak. Ada 23 judul cerpen dalam antologi ini, dan Amie harap dapat membaca kesemuanya dalam masa terdekat sebab nampak macam sangat menarik!
Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama |
Sebuah lagi antologi Legasi Abah : Lelaki Adiwira Pertama. Ada 35 karya siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup yang terbit di bawah editor pengurusan Sri Diah Shaharuddin dan Zakiah Abd. Ghafar. Ada karya Kak PI : Hijrah & Kasih Sejati. In syaa Allah Amie akan membaca penuh penghayatan keseluruhan kisah hidup ini kerana buku ini sangat istimewa bagi Amie.
Antologi Cerita Teladan, Puisi & Cerpen Kanak-Kanak : Objek Di Sungai Kijang Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni |
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Demi Cita-Cita Murni |
Objek di Sungai Kijang |
Antologi Puisi Kanak-Kanak : Mari Berkasih Sayang |
Salah sebuah karya puisi Melayu tradisional : Pantun Pesanan Untuk Adik hasil tulisan Kak PI. |
Buat Kak PI nun di sana, sekali lagi Amie ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana mengirim buku-buku untuk kami. Bertambahlah bahan bacaan kami, dan dengan itu bertambah lipatganda hendaknya rezeki buat Kak PI terutamanya rezeki kesihatan, ilham yang sentiasa mengalir untuk berkarya dan rezeki kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan Kak PI sekeluarga. Amie doakan semoga Kak PI terus konsisten menghasilkan karya kreatif yang berkualiti dan sentiasa berkongsi pengalaman serta perkembangan terkini di dalam blog beliau di sini : PARIDAH ISHAK
Wah best tu kak amie, macam-macam buku dapat.
BalasPadamMurah rezeki Kak Amie dan Firdaus, moga murah juga rezeki Kak PI!
BalasPadamAlhamdulillah dah sampai kiriman kak siap ada n3 ulasan terbaik tksh amie...comelnya firdaus baca pantun tksh daus
BalasPadamSyukur rezeki kak Amie dan Firdaus..menarik tu
BalasPadamSeronoknya dapat hadiah buku!
BalasPadambanyaknya kak Amie dapat. seronok lah Firdaus. semoga murah rezeki kak Amie dan kak Pi
BalasPadamSayangnya buku yang dikirim tak kunjung tiba. Alhamdulillah dapat buku yang baru. Rezeki Firdaus dapat buku jugak. Dapat dapat terus baca. Comel dia berpantun :)
BalasPadammesti firdaus happy dpt byk buku. bleh baca time cuti skolah
BalasPadamAduh bungkusan pertama hilang.
BalasPadamApapun yang ke-2 selamat tiba.
Semoga murah rezeki Puan PI yang rajin menulis.
indahnya hadiah :)
BalasPadambau buku baru adalah salah satu bau kegemaran aida.
memang lain mcm aura buku baru ni.