Pages

Rabu, 29 Disember 2021

Senarai Pemenang Teka Daerah Cuti-Cuti Sabah

Pada 15 Disember 2021 lepas, Amie paparkan entri CUTI-CUTI SABAH, dan Amie tinggalkan pesanan : Kita akan tutup dapur maya ini buat sementara waktu. Sehingga kita bertemu lagi, kawan-kawan bolehlah teka daerah mana kita akan pergi. Jawapannya mestilah daerah-daerah yang belum pernah kita jelajahi sebelum ini. Boleh jawab sehingga 3 daerah. Mana tahu ada satu daerah yang betul? Nanti kita cari oleh-oleh dari daerah-daerah itu. Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat, sudah tentu akan dapat hadiahnya.

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi singgah sewaktu dapur ditutup buat sementara waktu, dan terima kasih sekali lagi kerana ada di antaranya yang cuba teka daerah yang belum pernah kita lawati. 

Tahniah buat yang meneka dengan betul dan terima kasih di atas sokongan rakan-rakan yang cuba menjawab tetapi tidak tepat. Kehadiran kalian memeriahkan entri tersebut sangat dihargai. In syaa Allah di lain kesempatan ada rezekinya pula.


Antara daerah yang Amie jejaki (yang belum pernah jelajahi sebelum ini) ialah:
  • Sipitang
  • Kuala Penyu
  • Beaufort
  • Papar
Mari kita semak senarai pemenang yang berjaya meneka dengan betul. Amie dapati ada lima peneka yang berjaya menjawab sekurang-kurangnya satu daerah yang tepat. Dan ada pula yang jawab tiga daerah dan ketiga-tiganya tepat! Tahniah buat:
Hadiah telah disediakan tetapi Amie tidak dapat mengirimkan dalam masa terdekat. Amie mengambil kira risiko untuk sampai memandangkan negara masih lagi huru-hara akibat banjir yang melanda. Tambahan pula sehari dua ini daerah LD pun hujan tidak berhenti-henti. Amie sendiri sudah dua kali kehilangan bungkusan (macam-macam masalah pengeposan). Jadi, apabila suasana sudah reda, Amie akan poskan hadiah tersebut. 

Sebelum itu Amie mohon para pemenang hantar details masing-masing seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon. Hantar maklumat anda ke e-mel salamiez@gmail.com 

Jumpa lagi.

28 ulasan:

  1. Aisehmannnn.. tersasar tekaan kita, hihihi.

    Tahniah kpd semua pemenang. Walaupun pengalah kita akan terus menyokong Amie's Little Kitchen 😍

    BalasPadam
  2. Wahhhh tahniah buat yg meneka. Ammi terlepas boat

    BalasPadam
  3. Alamaakkk awat x pasan entry kak amie aritu??
    ke kita ada baca tp xkomen? aisshhh... hahaha pape pun tahniah kepada semua pemenang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlepas pandang kot Ako, sebab Kak Amie tulis di bawah sekali sebagai penutup.

      Padam
  4. Wahh tak sangka betul rupanya. Alhamdulillah..Terima kasih Kak Amie.
    Tahniah untuk semuanya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Fizah. Memang betul semuanya, jawapan tepat!
      Sama-sama kasih. Tunggu hadiahnya sampai ye, in syaa Allah akan dikirim selepas banjir reda dulu di Borneo dan Malaya.

      Padam
    2. Takpe Kak Amie. Bila dah redha semuanya barulah pos. Biar lambat asalkan selamat sampai. Banyak tempat terjejas kerana banjir ni. Ambil masa untuk kembali pulih.

      Padam
  5. Wah..Tahniah para pemenang. Hebat meneka πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ujie. Banyak daerah di Sabah, dapat pula meneka dengan tepat.

      Padam
  6. Rupanya di sana juga musim hujan ya. Hebat. Di sela kesibukan sempat juga jalan2. Selamat buat para pemenang. Terima kasih tmanku Amie. Selamat pagi dari negeri jiran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat siang ibu. Benar ibu. Musim tengkujuh @ hujan, banjir besar melanda tanpa disangka.

      Padam
  7. TAHNIAH PEMENANG SELAMAT BERCUTI SALAM TAHUN BARU 022 MOGA TIASA AFIAH SEJAHTERA BERSYUKUR NIKMAT KARUNIA-NYA ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak PI.
      Salam tahun baru juga, mudah-mudahan sentiasa sihat walafiat.

      Padam
  8. Tahniah semua.. Alhamdulillah, berjaya teka 2 tempat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Syu.
      Tahniah dapat teka daerah dengan tepat. Nanti Kak Amie pos hadiahnya ye selepas musim hujan.

      Padam
  9. Balasan
    1. Alaaa... jeles bertempat ke tak bertempat ni uncle hihihiii.

      Padam
  10. Wah....
    Tahniah kepada yang menang..Jangan lupa kongsi hadiah tau🀣🀣🀣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... rezeki tak salah alamat. Kalau hadiah melencong ke rumah MamaCella maknanya tu salah beri alamat...kah kahkahhh!

      Padam
  11. Hehe saya pun terlepas. Takpelah selalu terima hadiah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... saya tak buat tajuk entri khas, itu sebab ramai terlepas pandang.

      Padam
  12. Eh.. ehhh.. tak sangka tekaan ada yang betul. Tq kak Amie❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah!
      Orang kata kalau dah namanya rezeki, memang tak salah alamat.

      Padam
  13. Terlepas..sebab SA tak terperasan entry ni...takpe..nanti kalau ada lagi SA support eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie letak di bahagian penutup, entri santai-santai saja SA hehehehee.

      Padam
  14. Terima kasih .saya sudah email maklumat yang diminta.πŸ˜‚πŸ˜‚

    BalasPadam