Encik Suami kata banyak kerja hendak diselesaikan sebelum 25 Oktober 2021. Jadi, hasrat untuk jalan-jalan terpaksa dibatalkan. Minggu lepas sudah berjanji akan ke Tungku bersama keluarga adik ipar dan kakak ipar berkelah tepi pantai. Amie sangka tidak jadi pergi sebab senyap sahaja. Tiba-tiba apabila buka WhatsAap terpandang gambar-gambar mereka berada di tepi pantai. Apabila tanya Encik Suami, katanya tak ada masa untuk ke sana.
Kita pun diam sahajalah walaupun rasa terkilan sebab faham kesibukan Encik Suami. Kita ajak ke Tawau untuk beli sesuatu tetapi Encik Suami tetap tidak mahu pergi. Sebaliknya Encik Suami pesan dengan kawannya yang kebetulan pergi ke Tawau untuk beli barang yang Amie mahu. Alhamdulillah, petang tadi sampailah barang tersebut.
Tak apalah. Minggu sebelumnya kami jalan ke Kunak. Walaupun sekadar pekan koboi atau pekan kecil, sekurang-kurangya dapatlah juga jalan-jalan melihat dunia luar selain LD.
Selepas singgah pasar Kunak dan makan-makan, kami terus ke Pirates Bay.
Sukanya hati kita dapat melihat Firdaus senyum gembira di tepi laut!
Sebelum itu kami makan dahulu tetapi bangunan tempat gerai makan sedang dibaikpulih. Tak dapatlah kami cari warung ikan bakar yang selalu kami singgah. Akhirnya kami singgah di warung bersebelahan bangunan tersebut. Peniaga yang lain entah ke mana pula membawa diri mencari rezeki.
Nampaknya rezeki sedang menunggu kami tengahari itu. Apa tidaknya! Amie terpandang kepingan ikan layar sedang dipanggang. Hati terus terpaut untuk singgah makan!
Firdaus pula ingin makan sayap ayam panggang.
Encik Suami nak makan bakso. Amie makan nasi dengan ikan layar panggang.
Puas meratah ikan layar berdua dengan Encik Suami.
Sudah kenyang makan kami bergerak ke Pirates Bay.
Melihat anak-anak kecil mandi-manda dalam air laut, Firdaus pun mula buat perangai. Marah-marah pula sebab tak boleh masuk air. Bukan apa, kami tak bawa pakaian lain! Dan bukan dirancang pun untuk datang ke sini.
Tapi, dalam marah-marah masih boleh senyum!
Pemandangan jeti di Pirates Bay.
Firdaus minta kami bawa lagi dia ke sini untuk mandi-manda.
Macam-macamlah yang dibelinya termasuk keropok amplang dan kerepek rumpai laut.
SA x pernah makan ikan layar...tengok gambar ikan layar bakar tu...macam sedap plak...seronoknya Daus jalan- jalan ye...manis jer senyuman dia...
BalasPadamWah.. sy nampak ikannya dipotong kepingan begitu, sungguh menyelerakan, Kak Amie.
BalasPadamKesian Firdaus tak dapat mandi manda ya, itu maknanya kena datang lagi di lain kali 😆
Dah nama pun anak kecil, pasti teruja bila nengok air. Sabarlah Daus, nanti bila-bila mummy bawak gi mandi laut ya.
BalasPadamCantiknya tempat tu Amie...nampak tenang ja..
BalasPadamkali pertama tengok ikan layar bakar, tengok je dah menyelerakan
BalasPadambest nya dah jejalan, saya belum lagi ni, masih duk rumah, sini sgt panas skrg
Asalam..wow! tempat menarik tu...Sabah kaya dengan panorama indah..Inshaallah suatu masa moga Allah kabulkan niat ke sana
BalasPadamBesarnya ikan layar tu kak, mesti sedap fresh lagi tu... bila dah mula sibuk nak jalan ke mana pun tak boleh ya kak, takpe nanti encik suami dah lapang boleh pusing-pusing sabah
BalasPadamsedapnyamakan ikan layar panggang di tepi pantai indah
BalasPadamSedapnya ikan layar....
BalasPadamMasih teringat rasa lemak ikan layar yang pernah dimasak dan dimakan beberapa tahun dulu...Kat semenanjung,ikan layar adalah ikan yang dilindungi.Kaki pancing hanya boleh tangkap dan lepas...Ikan ni menjadi buruan kaki pancing untuk menguji kehandalan mereka terutama diperairan Mersing...
Terliur tengok ikan layar bakar tu. Satu lauk tu pun dah cukup rasanya :)
BalasPadamCantik Pirates Bay tu.
Bukan main manis senyuman anak bujang tu :)
BalasPadamNampak menyelerakan benar ikan layar tu, kak!
BalasPadamsenangnya firdaus bisa plesir di tepi laut yang elok
BalasPadamkak amie...mbul suka banget tampipan ikan layarnya beneran bening glowing golden brown...^^
Takpelah Kak Amie, jangan berduka lara. Ada hikmahnya. Mungkin pergi lain kali lebih seronok. Tak perlu fikir pasal kerja bila kerja dah settle. Alahaii sian Firdaus tak dapat mandi. Dalam marah marah senyum jugak tu. Cantiklah jeti kat Pirates bay tu berlekuk lekuk tak lurus macam biasa. Siap berbumbung lagi.
BalasPadamSaduran ikan layar itu mengancam. Hehe pengaruh teman sebaya. Tengok ada budak-budak mandi, dia pun hendak sertai.
BalasPadamPirates Bay.. Memang tempat lanunkah?
BalasPadamPandai Daus tukar karekter..dr marah tak dapat mandi ajak bergambar terus switch mood
Saya pun rasa nak terjun dalam air di situ bermandi-manda. Moga ada rezeki lain kali untuk adik Firdause bercuti ye
BalasPadamjernih nampaknya air laut kat pirates bay.. saya pon rasa mcm nak terjun laut
BalasPadam