Pages

Sabtu, 23 Oktober 2021

Mee Kolok Seafood Mama Win Cafe Lahad Datu

Hari ini Firdaus mengikuti Kem Bestari Solat Tahun 2 dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengahari secara online. Nampak seronok sangat Firdaus dapat berinteraksi dengan kawan-kawannya secara maya. Sayangnya tak boleh ditinggalkan bersendirian. Sewaktu kita masuk ke bilik air, apabila keluar budak kecil itu sudah tidak ada! Sakit tekak berteriak memanggil namanya. Rupanya dia pergi main dengan anak kucing di luar rumah! Terpaksalah kita mengawasinya sehingga tamat program sebab takut terlepas slot!

Awal pagi lagi Encik Suami beli sarapan memandangkan Amie pun sibuk menyambung tugas menanda kertas peperiksaan tingkatan 4. Nampaknya menjelang tengahari Amie tak sempat masak nasi. Kami makan saja lebihan sarapan pagi dan kuih-muih yang Encik Suami beli pagi tadi. Selepas solat Zohor Amie minta Encik Suami hantar ke sekolah kerana Amie berurusan dengan pengetua dan mengambil skrip jawapan peperiksaan percubaan SPM pula. Alhamdulillah. Pengetua sangat sporting, walaupun Amie datang waktu petang dan bukan waktu pejabat tetapi tetap melayan Amie dengan baik! Syukur seribu syukur kerana urusan berjalan dengan lacar.

Kemudian kami ke Bandar Fajar menyambung urusan lain pula. Dalam perjalanan pulang perut rasa laparlah pula! Encik Suami ajak makan di Bandar Seri Perdana. Kami singgah di Mama Win Cafe.

Mee Kolok Seafood


Inilah rupa budak Firdaus pada hari ini!
Memang susahlah nak fokus 100% dari pagi hingga tengahari duduk di kerusi menghadap skrin ikuti Kem Bestari Solat. Namanya pun budak-budak. Sabar sajalah labu..... ahaks! Kita sendiri pun belum tentu boleh fokus dengar ceramah dalam tempoh 20 minit! Firdaus ini walaupun nampak muka kita tunjuk marah dan geram, tapi beberapa minit kemudian dia datang dekat kita, buat muka manja! Aduhai anak! Dia duduk semula elok-elok konsentrasi dengar arahan ustazah dan membuat tugasan yang dberikan. Tak lama kemudian, diam-diam dia menyelinap keluar lagi bermain dengan anak kucingnya.



Nampak happy saja dapat minuman kegemarannya... tak ingat air apa yang dia pesan.
Lepas minum air, dia minta aiskrim pula!



Kentang goreng jugalah yang dicari walaupun di rumah selalu Mommy gorengkan!


Duduk santai-santai di cafe sambil makan pisang goreng cheese.


Encik Suami pesan Mee Kolok Seafood. Nampak sedaplah goreng-gorengan isi ikan, udang dan sotong! Firdaus cukai beberapa keping! Kita pun ikut terliur tengok goreng-gorengan seafood. Apa boleh buat kita sudah pesan Laksa Penang.


Kata Encik Suami, sedap sungguh aroma Laksa Penang itu! Kita pula terliur Mee Kolok Seafood! 


Memang sedaplah Laksa Penang di sini. Habis semangkuk kita makan. Bersudu-susu kita tambahkan sambal cili padi untuk rasa lebih pedas.


Lain kali nak datang sini lagi tapi nak makan mee kolok dengan goreng-gorengan seafood yang banyak. Boleh ke? Kita teringin nak ratah-ratah. Sekarang perut sudah kenyang. Sebelum balik ke rumah, singgah dahulu di pasaraya. Adalah benda yang nak dicari ...hiks!

20 ulasan:

  1. Mee kolok dengan gorengan seafood tu, kalau sy pun, nak jugalah di lain kali, hihi.

    Laksa Penang kena pedas baru kick!

    BalasPadam
  2. Laksa penang pekat tu nampak sedap sangat. Firdaus mood hujung minggu ye.

    BalasPadam
  3. Sedap mie koloknya sampai ke sini, coba lalau kita tetanggaan. Aku bawa periuknya pulang. He he selamat malam Amie.

    BalasPadam
  4. Haha lucu baca keletah Daus tu Amie...kejap2 ghaib..lari main dgn si bulus..alhamdulillah dah pulih semangatnya

    BalasPadam
  5. Hi amie, you have shared really great information shared here. this is very helpful. I am using dishwasher india for cleaning.

    BalasPadam
  6. Oh,ada juga mee kolok seafood yer..biasa makan mee kolok daging @ ayam jak...
    Pisang goreng cheese pun mengancam...
    Kasihan anak-anak sekarang berguru dengan laptop dah dekat 2 tahun..Semoga lepas ni mereka kembali dapat bersemuka

    BalasPadam
  7. nmpk sedap mee kolok dia. tertarik tgk seafood goreng2 tu..

    BalasPadam
  8. Sedapnya mee kolok tu ha....tp biasa makan yang mee kolok dagaing lembu....nanti bleh cuba la mee kolok seafood plak

    BalasPadam
  9. Saya lebih tergiur dengan paksa Penang ❤️❤️. Ya Allah kangennyaaaa. Dulu saya study Kat Penang 4 tahun kak Amie. Jadi laksa Penang nih favorit saya lah :D. Awal2 tak terlalu suka, karena bau ikannya kuat Sangat. Tapi lama kelamaan di coba lagi, kenapa jadi enaaak 👍❤️. Tiap kali saya balik ke Penang , pasti selalu pesen laksa :)

    BalasPadam
  10. aduh sedapnya tengok semua menu tu kak, amboi Daus sampai terpejam mata, sedap sangat lah tu ye

    BalasPadam
  11. mesti bergegar serumah kak amik berteriak panggil firdaus... hehe

    BalasPadam
  12. Nampak muka tidak bersalah si Firdaus.
    Penuh gorengan makan laut atas mi kolok.

    BalasPadam
  13. Sedapnyaaa semua menu2 pilihan akak.. muka firdaus tanpa rasa bersalah tu kelakar. Haha sempat lain main kucing

    BalasPadam
  14. Saya pun turut tergoda dengan mi kolok tu. Kaya dengan accesories atasnya. Penuh semangkuk. Laksa pun ada kurangnya kan. Bau dia memang menggoda. Nampak sedap sangat tu air minuman firdaus. Gaya tak nak kalah :)

    BalasPadam
  15. ceramah online memang susah beri perhatian kan. jangan kata budak-budak, kita pun sama. memang sedap nampak mi kolok tu. lain kali tapau lah kak. hehe

    BalasPadam
  16. kita pun kalau join kursus online lelama mula lah kebosanan kak, ini kan pulak macam Firdaus tu... hehehhe

    BalasPadam
  17. mee kolok pernah makan time outstation ke swak dlu..sedap

    BalasPadam
  18. semua menu tu nampak sedap sangat, puas hati dapat makan kat sini

    BalasPadam