Awal pagi tadi Ecik Suami ke kampung. Katanya ada urusan pembahagian tanah pusaka. Sebelum ke kampung sempat pula dibelikannya nasi kuning bungkus daun pisang dengan kuih-muih.. Kebetulan kita pun ada kerja yang perlu diselesaikan, memang syukur sangatlah sarapan di dapur.
Menjelang tengahari, tiba-tiba Encik Suami telefon minta Amie dan Firdaus bersiap. Katanya adik ipar ajak makan tengahari. Apalagi! Pucuk dicita, ulam mendatang. Kita pun cepat-cepat tukar pakaian dan terus keluar ke pagar menunggu Encik Suami.
Rupa-rupanya hari ini hari ulang tahun anak buah kami, Haziq Izzuddin! Selamat ulang tahun Haziq. Hari ini genap usianya 23 tahun.
|
Birthday Cake. |
Adik ipar tempah sahaja makanan untuk hidangan tengahari. Ada nasi ayam, daging masak Rossdan juga sup jagung.
|
Daging Masak Ross. |
Ini ialah daging masak Ross. Bukan roast ye. Ada Amie cerita dalam entri lepas tentang masakan Ross. Daging ini hanya direbus sahaja dengan menambahkan rempah pilihan. Setelah daging empuk, bolehlah dihiris-hiris untuk dinikmati.
Jom makan. Bismillah.
Lama tak makan tembikai kuning. Berketul-ketul jugaah masuk perut!
Dan lama juga tak hirup sup jagung aneka campuran!
Bermangkuk-mangkuk jugalah menghirup sup panas!
Haziq dengan Fuad saudara sepupu dan umurnya sebaya pula. Bezanya, Haziq muda 40 hari daripada Fuad. Haziq menghabiskan usia remajanya bersekolah di Kuching, Sarawak. dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 5. Mereka berdua memang akrab dari kecil.
Ambil gambar dari entri lama dengan teman raya baju warna merah kuning, warna bendera negeriku... Selangorku nan tercinta!
Merah, tema adik ipar sekeluarga bersama nak menantu. Kami tema kuning.
Fuad, Haziq dan Izat (kawan sekolah Fuad) ketika sama-sama makan steamboat setelah masing-masing menerima keputusan SPM.Inilah wajah sepupu kembar tak seiras beza umur 40 hari!
meriah menu nya..
BalasPadamdapnya semua menu...
BalasPadamsedap nengok semua menu tu kak, paling best bila kumpul-kumpul dan ada makan-makan gini meriah
BalasPadamSANAHHELWAH HAZIQ SEIRAS WAJAH FUAD
BalasPadamterlioq tengok menu pon haihhh .
BalasPadamSeronok ya ada sepupu sebaya...
BalasPadamHappy belated birthday Haziq.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki menu best-best
Aduhai sedap lauk pauknya...
BalasPadamBestlah Fuad, ada sepupu sebaya. Mesti banyak cerita/rahsia dikongsi bersama : )
rass yea bukan roast hahah comel je..
BalasPadamHaha sangat menyengat warna baju kuning dan merah.
BalasPadamSeronok ada sepupu yang sebaya.
Nampak orang KL makan lauk ayam kampung, orang LD pulak makan tengahari di kampung. Kita juga yang belum dapat merentas sampai ke kampung
BalasPadamMerah + kuning! Wah!
BalasPadamMeriah sambutan dan makanan. Baju pun semangat selangor.
BalasPadamAlhamdulillah...seronoknya dapat berkumpul beramai..Happy belated birthday untuk sepupu Daus😅
BalasPadamHati riang bila ada jemputan makan makan. Rezeki jangan ditolak. Selain ayam, daging pun ada masa ross jugak ye. A ah lah kak Amie, lama tak makan dan nampak tembikai kuning tu. Sedap bila lama tak makan.
BalasPadamMeriah lauk dan sambutan birthday Haziq. Mesti rapat sepupu sebaya ni.
Selamat hari lahir untuk Haziq Izzuddin. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminnn...
terliur saya tengok menu lunch kak Amie. Ya, entry tentang masak Ross tu saya dah baca. Kalau ada Fuad sekali mesti lagi meriah sambutan
BalasPadamdaging masak ros tu nampak macam sedap sangat. Happy belated birthday buat haziq izzuddin
BalasPadamSA pun ada sepupu sebaya dan sama plak iras muka...bezanya SA tinggi dia rendah
BalasPadamSemoga bertambah usia lebih mematangkan haziq
BalasPadam