Pages

Ahad, 5 September 2021

Sambal Tomato Versi Udang Kering

Hari ini Amie masak Sambal Tomato Bersih Udang Kering. Kononnya untuk bekalan simpanan kira-kira seminggu. Senang nak masak nanti. Boleh buat perencah nasi goreng, mi atau bihun goreng, tumis sayur dan sebagainya.

Minggu sebelumnya Amie buat sambal tomato juga tetapi versi ikan bilis. Kali ini versi udang kering pula. Istimewanya Amie tambahkan buah keras. Hasilnya sambal nampak lebih pekat dan kurang berminyak.

Sambal Tomato Versi Udang Kering.

Tomato kampung.

Amie suka beli tomato kampung. Mungkin sudah biasa dengan tomato dari ladang, jadi apabila nampak tomato dari kampung rasa teruja pula untuk membelinya. Kadang-kadang dapat beli tomato kampung yang masak sekata. Adakalanya dapat tomato campur-campur. Ada yang masak, ada yang masih muda. Untuk sambal tomato, Amie pilih tomato yang masak ranum.

Cili Padi Minyak.

Untuk rasa sambal tomato yang kurang pedas, bolehlah gunakan cili merah. Amie gunakan cili padi minyak. Boleh kurangkan jumlahnya kalau tak mahu pedas. Tapi kalau tak ada rasa pedas, bukan sambal namanya pula kan.

Bahan-bahan yang Amie gunakan untuk menghasilkan Sambal Tomato Versi Udang Kering termasuklah:
  • Cili Padi Minyak
  • Tomato Kampung
  • Udang Kering
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Bawang Besar
  • Belacan
  • Buah Keras

Bawang besar, bawang merah, bawang putih & buah keras.

Bahan-bahan:
  • 50 biji cili padi minyak - boleh gunakan cili merah campur cili padi pilihan
  • 30 biji tomato kampung
  • 1 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan
  • 3 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah saiz besar
  • 7 biji bawang putih
  • 1 sudu besar belacan
  • 7 biji buah keras
  • pati asam jawa / asam gelugur - jika perlu
  • 3/4  cawan minyak
  • garam / gula  melaka / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Kisar kesemua bahan kecuali minyak, garam / gula / perasa pilihan / asam jawa / asam gelugur.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali / periuk. Gunakan api sederhana.
  3. Tuangkan bahan kisar.
  4. Masukkan gula melaka secukupnya.
  5. Kacau sekali-sekala supaya bahagian bawah tidak berkerak.
  6. Apabila sambal terbit minyak. taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Jika sambal kurang rasa asam, bolehlah tambahkan pati asam jawa atau asam keping mengikut keperluan rasa.
  8. Biarkan seketika di atas dapur sebelum padamkan api.

Sambal Tomato Versi Udang Kering.

Ikan Belanak Bakar Sambal Tomato Versi Udang Kering.

Sambal Tomato Versi Udang Kering sudah kami dirasmikan. Oles sahaja pada ikan bakar. Senang bukan? Sedap tau....... ahaks!

15 ulasan:

  1. Belum cuba lagi sambal letak buah keras.
    Kalau nanti pergi pasaraya boleh cari buah keras.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal lebih pekat kalau ditambah buah keras.

      Padam
  2. Pakai lada cili minyak ni mesti pedas ya ampun
    taapi memang nampaksedap terutama ikan belanak bakar sambal tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili padi memang pedas. Cili merah tak berapa pedas Wak.

      Padam
  3. Baru tahu fungsi buah keras tu. Hehe. Terima kasih atas perkongsian Kak Amie

    BalasPadam
  4. Teringin nak try. Apakan daya udang kering tak berapa sesuai untuk penginap resdung

    BalasPadam
  5. Buah keras tu tak tahu fungsi dia sangat dan tak pasti apa rasanya. Tak pernah lagi buat sambal guna udang kering. Biasa gunakan ikan bilis sebab mungkin alah sikit dengan udang kering. Kalau saya prefer tomato kampung macam tu. variety masak dia. Sebab tak ada pilihan saya beli tomato cherry daripada tomato besar besar tu. Tahan lama dan manis sikit kalau buat salad.

    Senang ada stok sambal, boleh di aplikasikan dalam mana mana masakan. Masak pun jadi mudah. Ikan bakar tu sedapnya alahaiii

    BalasPadam
  6. Nak cuba juga nanti. Senang nak masak goreng gorengan. Thank Kak Amie resepinya. Bookmark dulu.. Senang nanti nak cari.

    BalasPadam
  7. wah tak tahu pulak kalau buat sambal letak buah keras. Kalau pakai tomato biasa boleh kan.

    BalasPadam
  8. sedap tu kak... tomato kampung yang warna hijau tu kalau buat sambal tumis sedapnya kak oi... masam pedas gitu

    BalasPadam
  9. Terima kasih kongsi resepi sambal tomato ni, Kak Amie. Dah masuk senarai resepi yang saya nak cuba :)

    BalasPadam
  10. Selalu nampak cikgu kongsi sambal tomato ni...Mesti sedap ni

    BalasPadam
  11. Sambal ni letak dalam botol and simpan dalam fridge, bleh makan ulang- ulang

    BalasPadam