Pages

Selasa, 7 September 2021

Putu & The Gang

Hari ini agak lapang sedikit, sebab hanya perlu siapkan tugas-tugas hakiki. Sebelah pagi sahaja masuk dapur untuk sediakan sarapan pagi. Petang tadi Encik Suami beli makanan di warung. Kali ini kami makan petang dengan menikmati Putu & The Gang.

Putu boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Makanan tradisi masyarakat Bajau ini memang senang didapati di LD. Boleh kata, bila-bila masa boleh dinikmati, baik waktu pagi, tengahari atau petang. Kalau beli waktu pagi, memang kena bawa pulang dan sediakan lauk sendiri. Tapi kalau sebelah petang, memang banyaklah gerai atau warung jual putu. Boleh beli lauk kegemaran seperti ikan bakar. Macam-macam jenis ikan bakar yang dijual termasuk kiampau dan ikan kubal-kubal. Kiampau ialah ikan pari saiz kecil manakala kubal-kubal ialah nama lain bagi ikan cencaru.

Selain ikan bakar, putu boleh dimakan bersama kilau atau kinilau dan kerabu rumpai laut atau agar-agar laut.

Encik Suami tambahkan 5 cucuk tongkeng ayam panggang. 

Hidangan petang Selasa:

  • Putu
  • Ikan Tongkol Bakar
  • Kilau @ Kinilau
  • Kerabu Agar-Agar Laut dengan Mangga
  • Tongkeng Ayam Panggang

Putu.

Ikan Tongkol Bakar.

Lada Pencecah Ikan.

Kicap Lada Pencecah Ikan & Tongkeng Ayam



Kilau @ Kinilau

Kerabu Agar-Agar Laut dengan Mangga.

Tongkeng Ayam Panggang.

Malam ini kena tidur awal. Esok ada PDPR awal pagi. Menjelang petang pula perlu ke tempat kerja sebab ada mesyuarat secara bersemuka. Jadi, kena cukup rehat dan  kumpul tenaga untuk sambung tugas hakiki esok hari.
Selamat malam semua.
Jumpa lagi!

33 ulasan:

  1. Saya perasan Cikgu Amie kerap bubuh limau kasturi dalam masakan ya. Tradisi makanan di LD?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini bukan saya bubuh tapi memang ada dalam makanan yang dibeli.

      Padam
  2. Pertama kali tengok putu yang rupanya begitu. Di Malaya ada macam2 putu, kebanyakannya dimakan manis. Mohon ceritakan lebih lanjut jika ada masa terluang ya, Kak Amie 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong..
      Juga mohon cikgu Amie ceritakan juga tompek,tehe-tehe(betul ken ejaan)🤭

      Padam
    2. In syaa Allah. Boleh. Tak jadi masalah.

      Padam
  3. Nampak macam pulut ke tu? Selamat berehat kak amie! Chaiyok2 semoga dipermudahkan hari esok!

    BalasPadam
  4. Saya ingatkan putu piring ke putu mayam ke. Mulanya pelik makan dengan lauk. Rupanya putu lain. Cari dalam blog kak Amie. Rupanya putu diperbuat dari ubi kayu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, putu dperbuat dari ubi kayu. Diperah airnya dan dikukus. Ini makanan tradisi masayarakat Bajau.

      Padam
    2. Itulah tu, gali entry lama kak Amie jumpa pasal putu ni. Ala lepat juga cara penyediaan dia kan.

      Padam
  5. Sekali tgk putu tu mcm lemang pun ada..tp yg ni dibuat dari ubi kayu kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheee... bentuknya macam potongan lemang, tapi licin pulak kan.

      Padam
  6. putu tu dibuat daripada apa? lain macam plak dr putu lain yang pernah saya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putu diperbuat dari ubi kayu. Memang tak sama dengan putu mayam atau putu bambu / piring.

      Padam
  7. Eh putu rupanya. ingatkan lemang hehehe.

    BalasPadam
  8. BAGAIMANA CARA NK BUAT PUTU TU MAKANAN TRADISI NI UNIK N LAZAT

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ubi kayu diparut, perah airnya. Kemudian dikukus.

      Padam
  9. Saya jengah lewat. Selamat bekerja. Purut ini mesti sudah habis diproses perut. Hehe. Jumpa lagi.

    BalasPadam
  10. saya ingat putu tu macam putu mayam.

    Apa Itu Sakit Tennis Elbow Kaedah Rawatan dan Pemulihannya.

    BalasPadam
  11. putu tu diperbuat dari ubi kayu ke beras pulut kak? mesti sedap bila makan dengan lauk sampingan tuh

    BalasPadam
  12. sekali pandang gambar ingatkan ubi kayu rebus. Menu petang yang mengenyangkan. mesti tak dinner dah

    BalasPadam
  13. Ingatkan putu piring ke putu mayam rupanya bukan lepas tu ada lauk pauk sampingan lah pulak. emmm rare ni makanan ni tak pernah rasa

    BalasPadam
  14. Banyak senarai makanan yang SA tak berapa tau lagi especially makanan masayarakat kat sana..nanti kalau kak amie free bleh la share lagi...nampak sedap putu tu...x sabar nak mencuba

    BalasPadam
  15. Saya feeling-feeling tengah duduk bersimpuh di hadapan semua hidangan lazat Kak Amie tu hehehe

    BalasPadam
  16. lama xmkn tongkeng ayam panggang. sedap, tp xbleh mkn selalu..

    BalasPadam