Pages

Rabu, 8 September 2021

Hadiah Pengomen Terpantas Sempena Hari Jadi Blogger Notie

Sewaktu Amie sedang bersiap untuk keluar rumah menghadiri mesyuarat, tiba-tiba bertalu-talu bunyi hon van J&T di luar pagar.  Amie kata pada Encik Suami: Sampai sudah ikan sepat kering dengan pekasam ikan dari Perak. Memang agak lama menunggu bungkusan ikan sepat. Lebih dua minggu tak sampai-sampai sebab pejabat J&T di LD tutup kerana ada kes Covid-19 di situ.

Encik Suami yang sedang makan nasi, terus basuh tangan dan tergesa-gesa keluar sambut barang. Ada kiriman bungkusan untuk Amie katanya.  Rasa teruja untuk mengetahui isinya, Amie pun terus buka!

Terpegun seketika melihat Laura Series - Ruby Large Half Lining Jute Bag yang sangat cantik! Tiba-tiba terpandang satu bungkusan kecil di dalam plastik pembungkus kiriman. Apabila Amie tarik keluar, dua kali rasa terpegun apabila melihat facemask yang tidak kurang cantiknya dengan jute bag!

Ya Allah! Asyik terpegun saja Amie. Kali pertama terpegun melihat jute bag yang memukau mata. Kali kedua terpegun setelah terpandang facemask yang cantik tak terkata. Ada lagi terpegunnya untuk kali ketiga. Ada nama Amie tertera pada facemask itu!

Jadinya, petang tadi Amie terus gunakan jute bag bawa ke tempat mesyuarat. Amie isikan buku nota, pen, sebuah novel, sebotol air kosong dan beberapa keperluan lain.

Sebelum mesyuarat bermula sempat bergaya  d tepi gelanggang badminton dengan jute bag dan facemask yang cantik itu!


Eh! Sibuk bercerita rasa teruja dan bergaya sampai terlupa untuk perkenalkan pengirim jute bag dan facemask ini. Haaa... tak lain tak bukan pengirimnya tuan punya blog: NOTIE: SAJE SUKA-SUKA. Alkisahnya, pada 16 Ogos 2021 lalu Notie mengadakan teka-teki tarikh lahirnya yang jatuh pada tarikh yang sama dengan peristiwa pesawat MH17 ditembak jatuh. Amie merupakan orang pertama hantar jawapan dan dapat hadiah Laura Series - Ruby Large Half Lining Jute Bag.


Laura Series - Ruby Large Half Lining Jute Bag.



Sebelum masuk kereta, sempat sangkut jute bag bawah pokok mata kucing Brazil di Taman Firdaus.

Tidak ketinggalan facemask kain yang tertera nama Amie. 


Buat Notie sayang! Terharunya kita dapat hadiah ini. Apa pun hadiah yang kita dapat, kita sangat menghargainya. Moga terus berlipat ganda rezeki Notie. Mudah-mudahan Notie sentiasa sihat. Amie doakan Notie dapat capai segala hasrat dan keinginan untuk mengembara ke luar negara. 

Jomlah datang ke rumah Notie. Notie rajin menulis kisah kembara disertakan gambar yang menarik. Amie teringin kenali Notie lebih dekat. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita dapat jalan-jalan ke negeri orang bersama-sama ye Notie. Cepat-cepatlah Covid-19 berlalu pergi.
Marilah santai-santai ikut serta kembara Notie dengan membaca coretan dan catatan perjalanannya ke beberapa buah negara luar di sini: SAJE SUKA-SUKA.


45 ulasan:

  1. Sweet nyerrrrr facemask dan jute bag tu... soft je kaler tu.

    BalasPadam
  2. Cantek bag n mask tu kak.. Sweet je

    BalasPadam
  3. Cantiknyaaaa.. terpegun kita melihat semuanya sedondon.. dari tudung, baju, jute bag dan facemask.. lawo giler 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... J&T pun macam tau-tau jew kita dah nak keluar. Kita yang tak boleh bersabar tunggu balik semula ke rumah, terus jew pakai dua-duanya bawa pi mesyuarat..

      Padam
  4. Cantik sedondon pelitup muka dengan beg jut. Siap ada nama. Tahniah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih NA.
      Haa... itulah yang mahalnya, siap ada nama.

      Padam
  5. Alhamdulillah..cantik hadiahnya Kak Amie. Serba pink putih. Sesuai tema tu dengan beg dan face mask. Sweet je nampak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizah.
      Ya, memang sesuai sangat. Nampak lembut dan sedap mata memandang.

      Padam
  6. Aameen Yarabb, Alhamdulillah warna beg dan facemasknya lembut, cantik sis memperagakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Alhamdulillah. Rezeki Allah, rezeki persahabatan maya.

      Padam
  7. Tahniah Amie 👏🏽
    Wah..facemask pun ada nama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie.
      Itu yang balik-balik terpegun tu... nampak ada nama, terpegun buat kali ketiga hihihiii.

      Padam
  8. Alhamdulillah, tahniah..sedondon face mask & jute bag...berbunga-bunga hati menerimanya..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih NOHAS.
      Betul tu... tambah mekar bunga di hati hihihiii.

      Padam
  9. Cantiknya...tema floral gitu..jute bag tu tgh in sekarang ni kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tema floral memang diminati sepanjang zaman. Memang cantik kan.

      Padam
  10. Wah..terbaik, hidup ini semestinya memberi..Subahanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, setuju. Memberi itu menerjemah rasa saling sayang-menyayangi.

      Padam
  11. Cantiknya design jute bag dan juga face mask .. Comel . Selamat berootd

    BalasPadam
  12. Wah, Tahniah...
    Cantik munger-munger bag & facemask sedondon pula dengan baju..
    Syyyyyy
    Cikgu sudah manyak slimmmmm laa...😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Cukuplah setakat ini dahulu.... tak mampu nak urus pakaian bila dah masuk kerja semula nanti hihihiii. Semua dah longgar, tak selesa pakai.

      Padam
  13. tahniah amie cantik jut bag kiriman blogger notie

    BalasPadam
  14. tgk gambar memula baru nak puji, kali ni beg tak gantung kat pokok, alih2 gambar berikutnya gantung kat pokok lagi. trademark kak amie, beg gantung kat pokok.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebetulan Kak Amie nak keluar. Dah buka pintu pagar. Lalu kat Taman Firdaus, terus gantung beg di situ hihihihii.

      Padam
  15. wahhh cantik nya kak, sedondon gitu...

    BalasPadam
  16. Alolo comelnya beg posing kat pokok tapi lagi comel tuannya posing. Semuga ukhwah kita berpanjangan hendaknya. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihiiii... suka sangat tuannya sampai tak menyempat cari tempat nak berposing. Terima kasih banyak Notie. Mudah-mudahan silaturahim berpanjangan. Aamiin.

      Padam
  17. Wahh...SA antara pengumpul jutebag...memang cantik tu Kak Amie...

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah rezeki kak amie. Tahniah! Cantikkkkk bila dipakai oleh kak amie :)

    BalasPadam
  19. Tahniah, Kak Amie. Canti beg dan face mask tu sedondon.

    BalasPadam