Jumpa lagi. Nampaknya cuaca agak mendung tetapi terasa pula bahang panas matahari. Alhamdulillah,urusan sepanjang pagi ini dipermudahkan. Mudah-mudahan akan sentiasa dipermudahkan oleh-Nya pada hari-hari berikutnya.
Sudah makan tengahari?
Pagi tadi Amie sediakan sarapan berat merangkap makan tengahari. Tak perlu berulang bersilat di dapur. Jadi, dapat fokus sepenuhnya kerja-kerja yang perlu diselesaikan.
Amie goreng nasi. Malam tadi Encik Suami bawa pulang nasi berkat. Seperti biasa, kalau nasi sampai waktu malam, memang Amie akan simpan dalam peti sejuk. Esok paginya boleh diolah jadi jasi goreng.
Seperti biasa nasi berkat orang Cocos memang ada serunding ikan, dan lauk-pauk lain seperti ayam goreng dan ikan goreng. Amie goreng nasi bersama serunding ikan, tambahkan bawang besar dan bawang putih cincang serta Sambal Tomato Versi Udang Kering sebagai perencahnya. Lauk-pauknya pula Amie panaskan semula.
Untuk lengkapkan menu, Amie sediakan minuman kopi panas yang direnih bersama gula sarang lebah.Tambahkan juga keropok goreng dan hirisan buah betik.
- Nasi Goreng Berkat
- Ayam Goreng
- Ikan Alu-Alu & Udang Goreng
- Ulam Kobis Celur, Lobak Merah, Terung Goreng, Sambal Goreng Kates dan Telur Masin
- Kerupuk Singkong Pedas
- Buah Betik
- Kopi Cap Lampu Gula Sarang Lebah
Nasi Goreng Berkat |
Ayam Goreng |
Ikan Alu-Alu & Udang Goreng |
Kobis & Lobak Merah Celur, Terung Goreng, Telur Masin & Sambal Goreng Kates. |
Buah Betik. |
nasi masuk peti sejuk, esoknya digoreng..memang cantik kejadiannya...hehehe..
BalasPadam2 in 1. breakfast dan lunch sekali jalan
BalasPadamHehe rumah saya banyak betik. Memang ada sahaja buah ini atas meja.
BalasPadamAlhamdulillah..selalu dapat nasi berkat. Dah ada nasi kalau nak dipanaskan memang buat nasi goreng je lah jawabnya kan. Tengok betik, baru makan balik kampung haritu.
BalasPadamOrang di LD memang sudah boleh berkenduri ya kak Amie. Terliur sy dgn perkataan berkat tu. Nikmatnya lain macam 😍
BalasPadamseronok kalau dapat nasi berkat siap dengan lauk2 sekali. skrg ni susah nak dapat nasi berkat dah, kenduri pon dah jarang2 ada
BalasPadamMasam ranum elok buah betik tu. Terasa manisnya walaupun tengok gambar macam ni..
BalasPadamteringin pulak nak makan betik dok tengok buah betik di entri akak... lama tak makan rasanya
BalasPadamMakan betik memang lawas. Ala rindunya nasi berkat. Kat kg dulu2 malam jumaat selalu ada yasinan. Dan selalunya mesti ada berkat. aduhaiiiii rindunya nasi berkat kenduri
BalasPadamOkey, sekarang jadi teringin hendak makan betik hahahah
BalasPadamBetul, kak. Keropok panda tu leceh sedikit nak menggorengnya. Nak tunggu betul-betul kembang tahu-tahu dah bertukar warna coklat dah...
setuju, buah betik sgt bagus untuk melancarkan usus kita.
BalasPadam