Pages

Khamis, 30 September 2021

Kuetiau Sup Udang

Jumpa lagi.
Berehat seketika dari BDR. 

Sarapan apa pagi tadi?
Amie masak Kuetiau Sup Udang.
Kali ini Amie kisar kulit udang, tapis dan masukkan dalam ramuan sup.

Rasanya?
Sudah tentulah sangat sedap!

Firdaus pun minta tambah kuah sup dalam mangkuk! Tapi budak kecil ini hanya meratah udang dan fish cake saja....hiks!


Bahan-bahan untuk sup:
  • 1 cawan isi udang
  • 1 cawan fish cake
  • 1 cawan hirisan sawi jeruk
  • 1 cawan hirisan lobak merah
  • 1 batang sawi - potong ikut citarasa
  • 2 cawan air kulit udang yang dikisar + tapis
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil lada putih tumbuk
  • 3 cm halia muda - hiris halus
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan
  • garam / perasa pilihan
Bahan lain:
  • kuetiau secukupnya - bilas dan toskan
  • cili jeruk
  • kicap lcili padi & bawang putih cincang
  • limau kasturi

Cara memasak:
  1. Masukkan air dan air tapisan kulit udang yang dikisar ke dalam periuk. Nyalakan api dapur.
  2. Kemudian masukkan lobak merah, hirisan jeruk sawi, halia dan bawang putih.
  3. Setelah kuah mendidih, masukkan udang dan fish cake serta lada putih.
  4. Seterusnya masukkan sayur sawi dan tomato. Masak seketika lagi.
  5. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukupnya.
  6. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
  7. Hidangkan panas untuk dinikmati bersama kuetiau.

Cili padi & bawang putih cincang + kicap.

Kuetiau Sup Udang & The Gang.

 Sekarang sudah pukul 12.06 minit tengahari. Sudah masuk waktu solat Zohor di daerah LD. Selepas solat boleh sambung BDR semula.

10 ulasan:

  1. Daus suka ngelat eh, kuey teow tak makan, udang ngan fish cake jer dia makan, hehehe

    BalasPadam
  2. takyah tumis2 ye kak..
    ammi suka kalau gi kedai sup dia jernih je. kalau buat kat rumah sup dia mcm keruh sikit

    BalasPadam
  3. Kalau kuew tiow sup Pak Zain suka la ni...SA x berapa suka kuew Tiow...prefer mee atau bihun je...

    BalasPadam
  4. sedapnya nampak. jarang mkn kuey teow sup udang.

    BalasPadam
  5. sedapnya hirup kak, mestilah sedap bila manis kulit udang tu dalam sup

    BalasPadam
  6. Bagus betul cikgu masak healty setiap hari.Saya ni tak tau bila nak ikut jejakšŸ¤­

    BalasPadam
  7. Eh rasa macam dah komen. Hilang agaknya komen siang tadi.
    Sedap kuetiau sup udang. lagi lagi diblend dah ditapis air udang tu. Makan panas panas dengan sambal kicap memang padu :)

    BalasPadam
  8. Menariknya . Selalu kuetiau sup ayam or daging . Jarang2 nk buat sup udang macam ni

    BalasPadam
  9. cili kicap tu yg selalunya akan jadikan makanan sup2 ni jadi sedap dan menyelerakan

    BalasPadam