Pages

Rabu, 29 September 2021

Daging Goreng Dengan Nangka

Setiap kali terpandang buah nangka di pasar, rasa ingin beli dan masak dengan daging. Amie pernah terlihat menu daging dimasak bersama hirisan nangka, tetapi hanya sekali pandang sahaja ketika lalu lalang di laman FB. Amie cuba cari tetapi tidak jumpa. Masakan itu bukan dari negara kita. Rasanya dari negara China. Apa yang Amie ingat, daging lembu dihiris tipis kemudian ditumis menggunakan api yang besar. Selepas itu dimasukkan hirisan nangka. Rasanya mereka makan begitu sahaja tanpa nasi!

Akhirnya Amie ajak Encik Suami beli nangka madu dan daging lembu segar. Tak sabar rasanya untuk cuba resipi yang sudah berbulan-bulan lamanya Amie idamkan!

Seperti biasa, memang kena pandai-pandailah agak apa bahan yang digunakan dalam masakan. Nanti Amie kongsikan resipinya di bawah ini. Daging Goreng Dengan Nangka ini sedap diratah begitu saja!

Daging Goreng Dengan Nangka

Bahan-bahan:
  • 300 gram daging mebu segar - hiris tipis
  • 5 ulas nangka madu - hiris 
  • 1 labu bawang besr - mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - pecahkan / cincang
  • 2 cm halia muda - hiris seperti batang mancis
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • garam / gula / perasa pilihan jika perlu
  • 4 sudu besar minyak
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dengan api besar.
  2. Masukkan bawang putih dan halia.
  3. Kemudian masukkan daging dan goreng kacau.
  4. Setelah daging berubah warna, masukkan hirisan buah nangka, diikuti dengan bawang besar, sos tiram dan kicap lemak manis.
  5. Gaul rata. Jika tidak cukup rasa, boleh tambahkan perasa pilihan seperti garam dan lain-lain.
  6. Akhir sekali taburkan lada putih tumbuk.
  7. Gaul dua tiga kali, dan padamkan api dapur.

Daging Goreng Dengan Nangka

Memang sedap makan begitu saja. Halia muda yang dihiris halus itu pun tak perasan masuk mulut! Turut menemani hidangan makan tengahari selain Daging Goreng Dengan Nangka ialah terung yang digoreng dengan sedikit minyak, ala-ala panggang begitulah. Ada petai untuk dijadikan ulam.

Petai dan terung goreng /panggang.

Ikan Kembung Panggang.

Amie panggang ikan kembung, tapi panggang manja-manja saja. Maknanya tak panggang sampai garing. Masih kekalkan 'jus' dalam ikan. Jadinya, lembut jew sewaktu dicubit cecah dengan sambal tomato stok baharu.

Sambal Tomato.


Tertunailah hasrat hati untuk makan Daging Goreng Dengan Nangka.


Hidangan Tengahari.



16 ulasan:

  1. sedap nampaknya tu, kombinasi rasa manis nangka.

    BalasPadam
  2. Sedapnyaa. Lain dari yg lain. Nyum nyum.. telan air liur je lah.

    BalasPadam
  3. Boleh masuk list ni... takut beli nangka habis makan macam tu je.

    BalasPadam
  4. sedapnya lahai kak amie..menyelerakan semua menu kak amie ni :)

    BalasPadam
  5. Ingatkan nangka muda,rupanya nangka masak..Unik masakan ni..Kalau ingat boleh cuba ni,nampak sedap

    BalasPadam
  6. Nampak sedap kak..

    Arwah masak kari nangka dulu. Sedap rasa dia jadi mcm daging

    BalasPadam
  7. Baru beli nangka madu...entah-entah dah habis sebelum sempat masak jadi lauk..hehehehe Nampak macam sedap je.

    BalasPadam
  8. Pagi2 dah menggoda dengan menu ciptaan baru.. kalau meratah, kena banyak tu baru puas, Kak Amie

    BalasPadam
  9. wahhhh nampak menarik nih kak, mesti sedap sebab nangka tu dah manis di campur dengan daging pulak...

    BalasPadam
  10. Lain dari yang lain. Biasa nampak sayur nangka je. Sedap juga ye digoreng bersama daging. Terasa manis karamel tu bila digoreng.

    BalasPadam
  11. Bagus lah kak amie rajin mencuba.....bestnya...tapi tu la...SA plak x leh makan nangka...maybe bleh cuba campur bahan lain...

    BalasPadam
  12. sedapnyaa.. xtau pula nangka boleh dimasak dengan daging..

    BalasPadam
  13. daging goreng mmg fav..sedapnya tgk nangka tu

    BalasPadam
  14. Daging hiris itu macam cara masakan Cina. Unik dipadu dengan hirisan nangka.

    BalasPadam
  15. tak pernah terfikir gabungan nangka dan daging lembu. nampak sedap. tak sangka orang China bubuh nangka dalam masakan

    BalasPadam