Bonda, kalau hendak makan, 'jemput' satu persatu anak-anak yang tidak ada di depan mata. Bonda sebut namanya. Entah kenapa. Sampai sekarang Amie tidak pernah tanya. Cuma, cuba fahamkan untuk diri sendiri sahaja. Mungkin Bonda rindu. Mungkin Bonda mahu merasakan anak-anak sentiasa ada bersama terutama sewaktu makan. Barangkali sekarang Bonda tidak lagi seru nama anak-anak seperti suatu waktu dahulu.
Memang seronok, memang meriah dapat makan bersama seisi keluarga. Tengahari tadi kami makan berempat, termasuk Fairuz. Tidaklah pula Amie sebut nama Abang Farid dan Fuad seperti yang Bonda lakukan dahulu. Zaman sekarang, segalanya di hujung jari. Setiap hari boleh telefon atau berhubung dengan keluarga sekerap mana yang kita mahu.
Encik Suami minta Amie panggang sayap ayam gunakan air fryer. Firdaus pula tidak ada apa-apa permintaan. Fairuz hanya bertanya: Mommy masak apa?
|
Sayam Ayam Panggang Air Fryer. |
Hidangan tengahari Ahad:- Nasi Putih
- Sayap Ayam Panggang Air Fryer
- Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak dengan Udang
- Ikan Siakap Goreng
- Acar Peria & Mangga Muda
- Cili Kicap Bawang Putih
- Limau Sunkist
|
Pucuk Paku Masak Lemak Tempoyak dengan Udang. |
|
Ikan Siakap Goreng |
|
Acar Peria & Mangga Muda. |
|
Cili Kicap Bawang Putih |
|
Limau Sunkist |
|
Sayap Ayam Panggang Air Fryer |
Firdaus hanya ratah sayap ayam sahaja. Nasinya hanya disentuh sedikit sahaja. Amie hulurkan sayap ayam bahagian Amie kepadanya. Amie lebih berminat makan nasi dengan sayur pucuk paku, ikan siakap goreng dan cili kicap bawang putih.
Sayap Ayam Panggang Air Fryer ini Amie gunakan suhu 180'C , masak selama 24 minit. Selepas perap, masukkan saja ke dalam air fryer dan Amie teruskan memasak di dapur. Setelah berbunyi TING! Amie terus keluarkan. Hasilnya seperti dalam gambar di atas. Yang agak gelap itu sayap bahagian atas, yang terbalik itu bahagian bawah. Nampak beza sedikit antara bahagian bawah dengan bahagian atas. Tapi kedua-dua bahagian masak sekata, cuma warnanya sedikit berbza. Bahagian atas nampak lebih garing.
Mama Cella suka tengok hasil ayam panggang Amie. Kali ini Amie nak kongsikan resipinya. Sebenarnya Amie ikut kepala sendiri, apa sahaja bahan yang ada Amie jadikan pemerap. Jadinya, setiap kali panggang ayam, memang Amie gunakan bahan yang tidak sama. Kalau ada sos tiram, Amie tambah sos tiram. Kali ini tak bubuh sos tiram sebab sudah habis stok.
Bahan-bahan:
- 6 ketul bahagian sayap ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil gula perang
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu kecil serbuk kari daging / ayam
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
Cara:
- Gaul sayap ayam bersama kesemua bahan di atas.
- Biarkan selama 15 minit.
- Panggang di dalam air fryer selama 24 minit di bawah suhu 180'C..
Wah, sayap ayam panggang..
BalasPadambaru saja bertanya dalam hati,apa bahan perap sayap tu?
Eh, ada sebut kita la...
Macam tahu kita sedang tertanya..Terima kasih resipinya cikgu..Mesti cuba ni nanti..!
Sedapnya kalau dapat meratah..akak save resepi amie ni utk rujukan nnt..kepak ayam mmg kegemaran anak2 selain peha ayam..
BalasPadamSedap pulak la tengok sayap panggang guna iar fryer tu...rasa nak buat la untuk buka puasaa esok...
BalasPadamNampak sedap2 belaka.
BalasPadamKalau tongkeng ayam buat macam tu pun sedap ek
Lama dah i tak berblog. berbulan2 dah. macam2 yg ada kat sini. food nampak sedap. macam2 pulak tu. congrats gak on the award.
BalasPadamok boleh lah cube resepi kak amie ni nanti. tapi takde air fryer, kite masuk oven jer lah.. boleh kan guna oven...
BalasPadamHaah saya suka perap dengan apa yang ada. Lama tidak buat ayam panggang.
BalasPadamCantik rupa sayap Puan Amie panggang.
Memang cantik rupa paras sayap panggang Kak Amie. Biasa Firdaus suka yang jenis crispy. Ayam panggang ni ratah pun sedap memang boleh lupa nak makan nasi. Sedapnya lauk pucuk paku masak lemak cili api. Cuma tak pernah lagi makan campur tempoyak.
BalasPadamlama betul tak masak pucuk paku dengan udang gitu kak, teringin la pulak
BalasPadamkalau buat ayam panggang gini makan dengan sos ala thai yang dibuat sendiri memang layan...
yelah kan kak mak mana tak rindu anak-anaknya kan...
tengok menu amie teringat nk kedapur memasak apa ada...biasala mak xpernah lupa anak2nya
BalasPadamgambar mesti seindah rasa ni
BalasPadamSelalu tengok sayap ayam panggang AF kat sini, kalau ada sayap, rasa nak terbang ke LD
BalasPadammenu simple mcm ni yg bila makan x cukup sepinggan
BalasPadambtw done follow #1484
BalasPadamoh ya Alloh sedap nian, seperti biasa foto sangat menggugah selera, mbul baru jumpai acar peria mangga muda. dan itu ayamnya alamak mengkilat sekali..ikan kliatan renyah kriuk sangat...jadi lapar hihihi
BalasPadamMenggoda sungguh tgk menu2 semua ni hehehe.. nasib baik dh mkn
BalasPadamCantik sayap ayam tu, rata perapannya.. Tentu sedap..
BalasPadamboleh cuba resipi ni nanti..
BalasPadam