Pages

Isnin, 30 Ogos 2021

Coto vs Soto

Sewaktu belek-belek gambar di HP untuk dipadam, terpandang gambar-gambar  sewaktu kami makan-makan di kampung Encik Suami sempena  Aidil Adha yang lalu. 

Biras Amie masak Coto Makassar tetapi ditambah pula dengan bahan-bahan soto ayam seperti pergedil kentang. Katanya, biarlah ikut suka nak campur makan yang mana. Yang pasti, kuahnya adalah kuah Coto Makassar!

Biras kita keturunan Bugis. Kita pula keturunan Jawa. Apabila bahan Coto Makassar (Bugis) dicampur dengan bahan Soto Ayam (Jawa), apa hasil kejadiannya?

Jom lihat dalam semangkuk  Coto vs Soto!


Coto & Soto.

Coto Makassar & Soto Ayam


Biras Amie buat buras. Amie buat ketupat pulut inti kacang tunggak. Biras Amie masak ayam palekko. Amie masak rendang daging. 


Amie bawa mee hoon goreng.
Anak buah bawa sambal kacang daging dan kaki ayam masak kicap yang terlerai kulit dari tulang. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga anak buah masak  kaki ayam itu setelah bertutorial dengan Amie.


Sedap sangat makan Coto vs Soto hasil air tangan biras kita.
Kalaulah ada di depan mata sekarang ini, agaknya dua mangkuk habis kita makan!

15 ulasan:

  1. Gabungan rasa sedap antara coto dan soto jadi kacukan.

    BalasPadam
  2. Seronok kan bila dpt berkumpul mcm tu..biras,ipar duai..masing2 masak ikut style masing2

    BalasPadam
  3. wahduh ketupat pulut inti kacang tunggak...emm kacang tolo sama tak...rindunya dah 2 tahun tak buat sebab tak balik kg....huhu soto dgn coto emmm mngences lah petang2 ni dah le lauk macam lauk hari raya.

    BalasPadam
  4. Fuhh..mantap betul gabungan coto dan soto. Nampak sedap betul tu Kak Amie. Kuah pekat dan rencahnya banyak.

    BalasPadam
  5. Salah satu menu yang nak sangat rasa tapi belum terbuat...Huhuhu

    BalasPadam
  6. darimanapun asalnya yang jelas ini favorit mbul sekali kak amie...dimakan bareng buras dan kuah kental ada sensasi kacang uh....mantabbb

    BalasPadam
  7. Sedapnya soto.. lama xmakan.fav nina ni

    BalasPadam
  8. Nama nak sama, bahan lain-lain, sedap nampak.. Meriah hidangannya..

    BalasPadam
  9. Sedapnya Soto... Hari ni pertama kali Naniey dengar dan tau tentang COTO.

    BalasPadam
  10. pernah mkn coto sekali, tp kurang minat sbb pekat betul kuah dia.

    BalasPadam
  11. Nampak sedap..nak cuba makan nanti bila travel nanti

    BalasPadam
  12. Tak kesah la coto ke soto, yg pasti keduanya mesti sedap. Cume coto x pernah rasa lgi..

    BalasPadam