Pages

Selasa, 24 Ogos 2021

Sarapan Pagi Citarasa Mamak

Terima kasih Encik Suami bantu mudahkan urusan perut di pagi hari.  Pagi ini kami alas perut tosei dan roti canai dari kedai mamak. Sebelum Fairuz dan Encik Suami keluar, kami sarapan bersama-sama. Encik Suami sudah faham sangat, kari kambing memang kegemaran Fairuz. Jadi, belilah kari kambing sebagai lauk sampingan selain kuah kari, kuah dhal, sambar dan chutney kelapa.

Pagi-pagi beli kari kambing memang langkah kanan betul. Sudahlah baru dimasak, daun ketumbarnya pun masih segar lagi!



Amie hanya tambah hirisan honeydew dan nanas serta minuman lemon panas.

Kari Kambing.

Kawan-kawan semua sarapan apa pagi ini?
Orang Johor dan orang KL dah sarapan ke belum? Kami ada kambing...mmbbeeekkkk eeekkk!

20 ulasan:

  1. Lamanya tak makan tosei, sedap dengan kari kambing. Semalam beli roti kayu manis, rasa nak makan itu pagi ni.

    BalasPadam
  2. Mengenyangkan tu..boleh tahan smp tengahari...kari kambing tu sedap..pekat

    BalasPadam
  3. sarapan nasi goreng jer, itu pon jiran bagi.

    sebut pasai tosei teringat pada abang mamak kedai mamak kegemaran. bila saya dtg jer mesti dia tanya, tosei???... muka aku ade muka tosei ke bro?

    BalasPadam
  4. Sedapnya kak... sedap ada daun ketumbar segar lagi, org selangor sarapan maggi je pagi ini terlajak bangun lewat

    BalasPadam
  5. lepas makan, bau kari yang lekat dekat tangan tu yang best

    BalasPadam
  6. Oh puasa hari ini.
    Hehe amboi siap mengembek.

    BalasPadam
  7. ane teh tarik 1! kurang harga!

    ehh salah resto😆

    BalasPadam
  8. Seronok tu pagi pagi cuti masak. Dapat pulak hidangan yang menyelerakan kena dengan selera.
    Orang nismilan sarapan kek dan kopi je harini Kak Amie.

    BalasPadam
  9. Ada kari kambing memang jadiklah
    bertambah2 nyarapan

    BalasPadam
  10. Kambingggggggg🐐🐐🐐
    Sukaaa...
    Orang KL sorang ni... hari ni sarapan nasi goreng teh masala.Bau-bauan mamak jugak la teh tu..hihihi

    BalasPadam
  11. Orang terengganu harini sarapan roti canai je kak amie hehehe

    BalasPadam
  12. Sedapnya kari kambing..fav SA jugak ni....alaaaaa....terus teringin

    BalasPadam
  13. Orang KL goreng nasi je. Malas nak keluar. Hihi

    BalasPadam
  14. Kari kambing dia perghhh pekat kuahnya nampak sedap je. emm rindu pulak makan kat kedai mamak. yanadeiiii

    BalasPadam
  15. fav tu kari kambing... mkn canai di mamak mmg mtk kari embekkk

    BalasPadam
  16. dah lama saya tak makan roti canai dengan kari kambing tuh.. hmm jadi teringin pula.. Hhahaha

    BalasPadam