Pages

Selasa, 24 Ogos 2021

Kuih Cara Durian Yang Sangat Sedap!

Jemput minum petang. Ada Kuih Cara Durian, masih panas lagi. Kebetulan 'terserempak' dengan acuan kuih cara di dalam stor, kita pun angkut bawa masuk dapur. Minta Encik Suami buka sebiji durian. Kononnya hendak campurkan dalam adunan kuih cara.

Kuih Cara Durian yang Amie buat ini hasilnya memang memuaskan selera! Sebahagian besar Kuih Cara Durian masuk dalam perut Firdaus! Tak habis-habis puji: Sedapnya! Sedaplah Mommy buat kuih!

Kuih Cara Durian.


Sebelum ini Amie pernah kongsikan resipi kuih cara di sini: KUIH CARA MANIS INTI GULA APONG. Biasanya Amie adun ayu-ayu dan sopan santun gitu. Petang tadi nak cepat siap, jadi tak berapa ayu.
Amie kongsikan resipi Kuih Cara Durian di bawah ini. Mohon maaf sebab masih gunakan kaedah lama, guna cawan dan campak-campak saja ikut naluri. Kesemua bahan Amie kisar sekali harung! Kisar sajalah senang kan. Tak sempat nak adun ayu-ayu satu persatu macam selalu..... ahaks!

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 biji kelapa parut - kisar dengan 2 cawan air
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula pasir secukupnya
  • marjerin
  • setitik pewarna kuning telur
  • setitik pewarna hijau epal
Cara:
  1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali pewarna hijau epal dan kuning telur.
  2. Tapis adunan / batter dan bahagian kepada dua bekas. Satu bekas titiskan pewarna kuning telur dan satu bekas lagi titiskan pewarna hijau epal. Kacau hingga warna sekata.
  3.  Panaskan acuan kuih cara dan sapukan marjerin.
  4. Tuangkan mana-mana batter  (hijau epal / kuning telur) hingga setengah penuh.
  5. Masukkan dengan cermat 1/4 sudu kecil gula pasir.
  6. Tuangkan lagi batter supaya tertutup intinya.
  7. Tutup acuan dengan tudungnya (atau tudung periuk) dan biarkan kuih masak perlahan-lahan.
  8. Cungkil tepi kuih dengan lidi sate dan angkat kuih yang masak dengan sudu.
  9. Ulangi hingga batter habis.

Sesekali bakar kuih cara, memanglah tak berapa molek hasilnya. 
Yang penting Kuih Cara Durian sangat sedap, cukup lemak manisnya, apalagi aroma durian yang tembus keluar rumah sewaktu membakarnya! Encik Suami yang sedang bersihkan tanamannya pun tak senang dibuatnya!

18 ulasan:

  1. Nampak cantik kejadiannya
    Selamat menjamu selera pada petang yang dingin ini

    BalasPadam
  2. Sy lebih suka rupa kuih cara begini, nampak rugged, Kak Amie. Kalau dapat rasa tu, wallawehhhh 😍😍😍

    BalasPadam
  3. Dugaan apakah ini di kala perut lapar hahaaha...... sedap tu.. terasa2 kat tekak.

    BalasPadam
  4. Macam terhidu pula aroma durian hujan-hujan ni..
    Belum pernah try lagi cara durian.Acuan pun dah lupa sumbat kat mana🀭
    Saya beli set coq udang+tauhu+bebola+kuah kacang untuk minum petang ni.

    BalasPadam
  5. Aduhhh...seolah terbau semerbak durian kt sini Amie...sedap tu

    BalasPadam
  6. Mesti kuat bau durian tu. Tak pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  7. Wah...bagai terbau- bau kat Seremban ni Kak Amie....nampak sedap dan cantik kejadiannya tu

    BalasPadam
  8. sedapnyaa, lg sedap sbb ada durian..

    BalasPadam
  9. wah... kuih cara pon bole buat dr durian. mesti sedap ni

    BalasPadam
  10. Adoiii dia buat kuih iso durian plak heehe perghh ni kalau makan konpom mulit sendawa durian :p

    BalasPadam
  11. Terbau bau kuih cara durian ni sampai terengganu ni haaa hahaha, ni kalau makan tak tunggu orang lain dahh.

    BalasPadam
  12. Hehe asal sedap campak-campak.pun takpe.

    BalasPadam
  13. Pada saya cantik dah tu hasil kejadian kuih cara kak Amie. Firdaus puji mommy buat kuih sedap. jangan request masa bukan musim durian ye Daus. Jenuh nak cari durian.

    BalasPadam
  14. Cantiknya kak... bau mesti semerbak harum

    BalasPadam
  15. Saya suka resepi yang ikut sukatan cawan. Malas nak keluarkan penimbang. Hehe

    BalasPadam
  16. Macam sal resepi guna cawan lagi mudah sukatannya. Bakar acuan kuih cara atas dapur je ke masuk oven. Aduhaiiiii kuih cara durian eemmmm buat orang ngences je amie ni. hehehehe

    BalasPadam
  17. rare ni kuih cara durian.. selalu berlauk atau manis saja..

    BalasPadam
  18. Kalau kat luar ni jarang orang nak jual kuih cara durian ni .sedap .

    BalasPadam