Selamat petang semua. Assalamualaikum. Baru sempat jengah dapur maya. Sementara berehat seketika ini, Amie bawa Firdaus makan tengahari (baki sarapan pagi tadi). Pagi tadi Amie goreng nasi berkat yang Encik Suami bawa pulang malam tadi.
Sepanjang pagi ini, selepas selesai menjawab soalan ujian sekolah agama, Firdaus bertungkus-lumus siapkan kerja sekolah rendah yang banyak tertinggal. Memang rasa sangat kasihan melihat budak kecil ini menyiapkan jawapan ujian sekolah agama selama 4 hari. Sudah tentulah sebelah petang rasa letih. Tugasan sekolah rendah pun setakat satu atau dua sahaja yang sempat siap.
Sambil berPDPR, sambil memantau kerja-kerja Firdaus yang perlu diselesaikan. Banyak jugalah tadi Amie hantar hasil tugasan Firdaus yang tertunda termasuk Bahasa Arab, Pendidikan Kesihatan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Hari ini Firdaus perlu buat lagi rakaman suara untuk hantar Tasmik Quran. Ada dua subjek lagi untuk hari ini iaitu Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Amie biarkan dahulu Firdaus berehat. Sama-samalah anak-beranak penat otak dan penat fizikal.
Jom kita cerita tentang Nasi Goreng Berkat.
Amie gaulkan nasi goreng berkat dengan isi ikan dan serondeng dalam berkat. Selain bawang merah dan bawang putih, Amie tambahkan kacang panjang sebagai perencah. Alhamdulillah. Rezeki dapat nasi berkat. Hanya perlu goreng saja.
Nasi Goreng Berkat. |
Udang goreng dan telur masin. |
Mangga Filipna & Anggur Merah |
Kopi Cap Kuda Terbang Gula Sarang Lebah. |
Keropok Kentang Manis Pedas. |
Jumpa lagi!
Bawak berehat dulu Kak Amie dan Firdaus. Syukur ada leftover food. Boleh juga panaskan dan jadikan lauk bila sibuk ni. Macam best je nasi gaul dengan isi ikan dulu, lepas tu baru goreng. Sedap nasi goreng ada kacang panjang.
BalasPadamAlhamdulillah..banyaknya rezeki yg diterima..sedap nampak nasi grg tu
BalasPadammata sy trs fokus kat kopi tu fuhhhh harum smpi ke sini������
BalasPadamAyam goreng nampak menyelerakan.. Saya pun suka juga makan nasi berulamkan keropok-keropok..
BalasPadamMakan nasi ada ulam keropok sedap tu k.amie..😋😋
BalasPadamSelamat melaksanakan tugas.
BalasPadamSemua tu menyelerakan la kak amie..hari ni rumah SA lauk beli je..first time beli lauk...
BalasPadamMeriah sungguh nasi berkatnya, alhamdulillah rezeki Kak Amie sekeluarga.
BalasPadamsedapnya nasi goreng
BalasPadammy mom plan nak masak nasi goreng esok ni
nasi goreng telur
Nasi goreng dengan keropok memang best makan sekali. Laparnya..
BalasPadamSy pun baru sempat jengah dapur maya Kak Amie. Macam-macam ada, ingat nak tapau tapi tentu dah wassalam semuanya kan kan kan 😜😜😜
BalasPadamsedapnya nmpk menu kak amie hari ni.
BalasPadamUdang dengan ayam goreng nampakk sedappp!
BalasPadam