Sepanjang pagi ini hujan turun renyai-renyai tanpa henti. Hati tersangat pedih mengenang teman-teman, satu demi satu tewas di tangan Covid-19. Terkini, salah seorang teman kembara telah kembali ke pangkuannya. Al-Fatihah buat arwah Suryani Ismail. Arwah bertarung dengan Covid-19 stage 4 dan 30 hari lamanya arwah ditidurkan di HUKM. Pada 28 Ogos 2021 pukul 12:30 malam Allah telah menjemputnya berpindah ke alam abadi.
Sedih sangat apabila terbaca perkongsian suaminya di dalam FB arwah:
Al fatihah kepada isteri tercinta Sue...ini suami dia.
Sudah 26 tahun kita berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata kurniaan Allah SWT. Terima kasih Sue sebab seumur tahun Sue jaga makan minum anak dengan jaga rumah. Kerana Sue Allah beri hidayah untuk saya masuk Islam.
Terima kasih kepada kawan-kawan dan kenalan rapat, yang mengenali arwah mahupun kawan sejak kecil sampailah ke besar. Terima kasih kerana sentiasa berdoa akan kebaikan Sue. In shaa Allah doa sahabat-sahabat dan saudara mara yang terdekat menjadi asbab kebaikannya di sana.
|
Gambar kenangan bersama arwah sewaktu melawat Ataturk Mausoleum (Muzium Ataturk) Ankara, Turki. |
Kenangan bersama arwah di Hamad International Airport, delay 19 jam di Doha.
|
Selamat jalan sahabat. |
Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. Moga kembara abadimu ini dipermudahkan oleh-Nya. Tenanglah dikau di sana bersama golongan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Covid-19 ini ibarat tsunami,
covid-19 ini umpama gempa bumi,
Covid-19 ini bagaikan letusan gunung berapi.
Covid-19 ini adalah peperangan tanpa senjata!
Innalillahiwainnailayhirojiuun.
BalasPadamMuda lagi nampaknya tu.
Allah lebih menyayanginya.
Innalillah. Betul kak Amie, Covid ni ibarat peperangan senyap. Al fatihah buat semua yang telah pergi dahulu sebelum kita. Takziah untuk ahli keluarga Arwah
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun...salam takziah, semoga roh arwah allahyarhamah ditempatkan dikalangan para solihin
BalasPadamAlfatihah untuk arwah . Semoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamInnalillahiwainnailaihirojiun... semoga syurga tanpa hisab buat arwah.
BalasPadamDari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...
BalasPadamAl-Fatihah. Moga rohnya tenang di sana.
BalasPadamInnalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Salam takziah buat keluarga dan sahabat.. sesungguhnya kita sedang berperang dengan musuh yang tidak kelihatan ðŸ˜
BalasPadamSalam takziah utk keluarga arwah..semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman..
BalasPadamInna Lillahi wa inna ilayhi raji'un
BalasPadamYa Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aaminn...
Al- Fatihah
BalasPadamSorang dwmi sorang sahabat kita dipanggil pencipta.semoga Allah tempatkan mereka dalam kalangan orang beriman.Giliran kita jiga pasti tiba.Semoga Allah kurniakan Hasnul Khotimah untuk kita
Innalillahiwainnailayhirojiuun. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. amiinn...
BalasPadamSemoga rohnya dicucuri rahmat
BalasPadamAl-Fatihah
inalillah, sedih baca tulisan suaminya kak....
BalasPadamdana pun ramai kawan kenalan yang pergi sebab covid nih... moga segera pulihla semua
Semuga rohnya di cucuri rahmat. Al fatihah buat arwah. Sedih kan ramai yang terkorban.
BalasPadam