Pages

Sabtu, 28 Ogos 2021

Ikan Tudung Periuk Masak Rebus Kuning

Masak ikan cara rebus-rebus sahaja memang sedap. Terlebih sedap kalau dapat hirup kuahnya yang masih panas. Biasanya anak-anak mmemang kurang 'menyentuh' hidangan begini. Jadi, kenalah masak lain yang lebih 'kering' atau sedikit berkuah untuk mereka.


Ikan Tudung Periuk Masak Rebus Kuning.

Hidangan tengahari Sabtu:
  • Nasi Putih
  • Ikan Tudung Periuk Masak Rebus Kuning
  • Kerabu Pucuk Paku dengan Taugeh
  • Acar Mangga Muda
  • Kurma Ayam
  • Ikan Alu-Alu Masak Taucu dengan Terung
  • Buah Nanas & Honeydew

Masakan begini sangat popular di LD dan daerah-daerah lain di Sabah. Biasanya restoran akan hidangkan ikan bolu @ ikan susu yang sedap berlemak pada bahagian perutnya. Cili padinya pula memang dibiarkan sebiji-sebiji. Kalau nak rasa pedas, sewaktu makan bolehlah picit.

Bahan-bahan:
  • 4 keping hirisan ikan tudung periuk
  • 700 ml air
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 helai daun limau purut - buang urat belakang - ramas
  • 7 biji cili padi
  • 5 biji tomato ceri
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk / kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cm halia
Cara memasak:
  1. Masukkan air, bahan kisar dan serai ke dalam periuk.
  2. Jerang di atas api sederhana.
  3. Setelah mendidih, masukkan ikan tudung periuk dan sam gelugur dan cili padi.
  4. Biarkan sehingga ikan masak.
  5. Masukkan tomato ceri dan daun limau purut.
  6. Taburkan garam / perasa pilihan secukupnya.
  7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.


14 ulasan:

  1. Ooooo...ini macam masak pindang atau singgang kan kak amie...sedapnyaaaa

    BalasPadam
  2. Hehe perasan lauk Puan Amie banyak juga yang masam-masam dan pedas.

    BalasPadam
  3. Ikan tudung periuk?
    Unik namanya..nampak sedap betul.

    Acar mangga muda tu macamana buatnya?

    BalasPadam
  4. Betul..mcm masak pindang kt sini..mcm ni memang sedap hirup kuah panas2..

    BalasPadam
  5. sedappp dpt masak pindang dgn nasi putih panas
    hirup kuahhh

    Amie jgn lupa email sy alamat ye

    BalasPadam
  6. makan panas2
    hirup kuah singgang sedapnyer

    BalasPadam
  7. Lebih kurang masakan singgang. Memang sedap kuah dihirup panas panas. Masakan yang sesuai juga untuk berdiet. Lain selera orang dulu dengan generasi sekarang :)

    BalasPadam
  8. Masam masam pedas hirup panas panas memang sedap ni. Tak de nasi pun tak pe. Ratah je isi ikan dengan hirup kuah.

    BalasPadam
  9. menarik nama ikan ni..pertama kali dengar..

    makan nasi kuah banjir..ala2 sup..sedapnya..

    BalasPadam
  10. macam masak singgang sedap tu ikannya besar

    BalasPadam
  11. Lauk paling popular di rumah saya. Masak pindang. Simple dan sedap

    BalasPadam
  12. saya pon kurang berminat lauk2 rebus macam ni, tapi kalau ada saya makan juge.

    BalasPadam
  13. mesti besar ikannya ni kan sampai namanya ikan tudung periuk... tak pernah dana jumpa atau dengar

    BalasPadam