Pages

Isnin, 2 Ogos 2021

Ikan Talapia Masak Lemak Kencur

Kalau balik kampung, mesti ada hidangan ikan masak lemak kencur. Kak Aton suka masak dan hantar ke rumah Bonda. Dapatlah kami menikmatinya. Biasanya Kak Aton gunakan ikan keli. Nak cari ikan keli di LD, memang wassalamlah ikut gaya SK hihihiii.  Mungkin juga memang tidak ada, kecuali ikan talapia, patin dan lampam. Ikan talapia pun boleh dikira dengan jari, berapa kali boleh timbul dalam setahun!

Masakan ikan Kak Aton memang sedap! Entahlah. Agaknya sebab setiap hari makan hasil air tangan sendiri, sudah tidak dapat merasa di mana sedapnya. Itu pasal kalau balik kampung, suka sangat makan makanan yang kakak-kakak hantar ke rumah Bonda.

Bonda suka panggang ikan sebelum dimasak dengan kuah santan bubuh kencur, tetapi Kak Aton lebih suka goreng kemudian barulah dimasak bersama santan. Kali ini Amie ikut cara Kak Aton masak. Amie goreng dahulu ikan talapia hingga masak. Kak Aton akan tumis dahulu bahan perencah, kemudian baru bubuh santan. Amie pula terus masuk dalam santan, tak payah tumis dahulu. Mana-manalah. Yang penting masak sempurna dan boleh dinikmati.

Ikan Talapia Masak Lemak Kencur.

Hidangan makan tengahari Ahad:
  • Nasi Putih
  • Ikan Talapia Masak Lemak Kencur
  • Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI
  • Peria Tumis Pecah Telur
  • Ulama: Salad Coral Green & Red & Tomato Ceri
  • Sambal Kicap
  • Nanas
Ayam Goreng Salut Tepung BESTARI.

Peria Tumis Pecah Telur.

Sambal Kicap.

Ulam : Salad Coral Red & Green & Tomato Ceri.

Nanas

Dua hari lepas dapat kiriman nanas dari Kota Kinabalu. Sebenarnya nanas itu dari Keningau. Anak buah kirim nanas melalui bas eksprees dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Oleh kerana banyak juga nanas yang dikirm, Encik Suami hantar sedikit ke kampung. Selebihnya Encik Suami buat jus dan makan begitu saja. Ada empat biji nanas belum dikupas. Nampak sudah ranum sangat! Tak tahulah nanas jenis apa. Manis sangat! 


Jom lihat resipi Ikan Talapia Masak Lemak Kencur. Ikut sukalah nak pedas tahap mana. Amie tambahkan terung gboma. Nak bubuh selain terung seperti kacang panjang lain pun boleh. Bonda suka masukkan terung pipit.

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan talapia seberat 500 gram - bersihkan - kerat 2 - lumur dengan sedikit garam dan kunyit - goreng hingga masak - toskan
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 helai daun kencur - hiris halus
  • 5 biji terung gboma - belah 2
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar / tumbuk:
  • 20 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ketul isi kencur
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu kecil belacan
Cara memasak:
  1. Masukkan santan cair bersama bahan tumbuk / kisar ke dalam periuk. 
  2. Setelah kuah mendidih, masukkan ikan talapia goreng, bancuhan air asam jawa, terung gboma, hirisan daun kencur dan santan pekat. Gunakan api sederhana.
  3. Taburkan garam / gula / perasa pilihan.
  4. Masak sehingga kuah mendidih sekali lagi sambil kacau sekali-sekala.

20 ulasan:

  1. Hari ni akak pun dapat rezeki ikan talapia merah jugak
    4 ekor akak cuma grg ja.

    BalasPadam
  2. Goreng dulu baru masak lemak. Boleh try nanti.. Nampak sedap..

    BalasPadam
  3. Sedapnya k.amie..sy klu buat pun goreng jew..nk bkar mlas..sy pun ada 2 biji nenas jiran bagi ni..x tau nk buat apa..

    BalasPadam
  4. Hidangan menyelerakan, sedap tu ada sambal kicap, dah lama tak nampak terung pipit..

    BalasPadam
  5. menyerlah kuningnya ikan lampan n kencur sedap tu

    BalasPadam
  6. Abah SA suka sangat memancing..selalu seminggu seklai mesti diapergi memancing dna dapat ikan keli atau ikan talapia...SA suka jer makan ikan sungai...bisa org NS, ikan sungai ni di salai..kemuadian masak lemak cili pi...huiiii....campur pulak asam belimbing buluh ke...bacang ke..petai ke...memang sedap

    BalasPadam
  7. Mungkin juga tu kak Amie. Masak hari hari tak tahu dah mana sedapnya. Kena rasa masakan orang lain gak baru sedap. Menarik gak goreng dulu baru masak lemak. Biasanya jumpa yang disalai dulu. Sedap juga kalau nanas tu masukkan dalam masakan lemak. Makan macam tu pun sedap. Tengok peria lama pulak tak makan tumis peria.

    BalasPadam
  8. Unik goreng lemak uru masuk lauk masak lemak.
    Tidak pernah makan masakan ikan talapia dengan kencur.

    BalasPadam
  9. sedapnya nmpk ikan masak lemak. kalau keli mesti lg sedap ni.

    BalasPadam
  10. sy ni lemah sket kalau msk lemak. nnt mkn bertambah hahha

    BalasPadam
  11. sukaaa.....masak dengan ayam panggang pun sedap kan..

    BalasPadam
  12. Ikan talapia kalau goreng gitu memang sedap. sekali makan je dah settle. kali ni kak Amie masak lemak bubuh bawang pulak ye.

    BalasPadam
  13. nanas tu macam nanas dalam tin je, jernih.. nampak pun manis.

    BalasPadam
  14. Bau daun kencur tu yang menambahkan selera

    BalasPadam
  15. Senaaang ada resepnyaaa ^o^. Dah netes liur lihat talapia di masak santan :D. Tapi sayapun lebih suka kalo ikannya digoreng dahulu. Ada sensasi sedikit cruncy dan aroma gorengnya. LBH enak, juga mengurangi bau amis biasanya

    BalasPadam
  16. dana kalau masak kencur guna ikan apa pun suka, mau bertambah makannya kak

    BalasPadam
  17. Ini masakan yg sy suka (apa yg Sk tak suka???). Tapi selalunya kuah kencur ni tak banyak macam gulai, kan. Berebut2 la kami adik beradik selet lebihan kuah di kuali. Sejak kahwin jarang sy makan lauk ni lagi 😓

    BalasPadam
  18. Memang favorite betul kalau lauk masak lemak ni! Confirm menambah kalau makan hehehe

    BalasPadam