Pages

Isnin, 2 Ogos 2021

Garlic Bread

Selamat pagi semua. Moga sihat-sihat sahaja. Pagi ini cuaca di LD cerah, tetapi sesekali mendung pula. Firdaus sedang menjawab soalan peperiksaan sekolah agama. Kita pula berehat seketika dari BDR.
 
Sudah sarapan pagi? Amie penuhi permintaan Firdaus untuk makan garlic bread. 

Garlic Bread.

 

Sarapan pagi Isnin:
  • Garlic Bread
  • Salad Coral Green & Red, Timun Jepun & Tomato Ceri
  • Pengat Pisang
  • Telur Setengah Masak
  • Lemon Panas


Amie selalu sediakan salad sebab Encik Suami suka makan tak kira waktu, samada pagi, tengahari atau malam.



Lama tak makan telur separuh masak. Makan dengan Kicap Mahsuri Pedas Manis, sangat enak!

Pengat pisang, tambah sagu biji dan jagung.


Lemon panas. Tanpa gula atau madu. Kosong saja. Kita nak rasanya yang masam dan pahit. Itulah namanya ubat!


Selepas kenyang makan roti, Firdaus bersedia untuk menjawab kertas peperiksaan sekolah agama. Pagi ini Firdaus jawab soalan Imlak dan Bahasa Arab.

Wokey!
Jumpa lagi.
Kita sambung BDR.

29 ulasan:

  1. Menyelerakan menu sarapan Kak Amie pagi ni. Sedap garlic bread. Dapat cicah mushroom soup lagi sedap tu. Salad begitu memang sedap makan bila bila masa pun. Selamat berBDR Kak Amie dan PdPR Daus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedapcecah mushroom soup. Jemput Fizah.

      Padam
  2. pengat pisangg feberettt sentiasa
    ni Amie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan! Baik sejuk atau panas, tetap layan.

      Padam
  3. tudiaaa...telur setengah masak..SA dah lama x makan telur setengah masak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur setengah masak dengan roti memang membekalkan tenaga di pagi hari kan SA.

      Padam
  4. Sedapnya menu sarapan..Gud luck Daus...!

    BalasPadam
  5. fusion ni..ada makanan melayu, salad timun jepun dan roti Italy...hehe..menyelerakan sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penuhi pelbagai citarasa isi rumah hihihii.

      Padam
  6. Peperiksaan secara talian. Pengalaman untuk Firdaus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tahun lepas pun Firdaus ada exam juga di musim PKP.

      Padam
  7. Sedapnya menu depaaa.... garlic bread cicah pengat pisang tu okay dak rasanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah apa rasanya sebab tak pernah cuba. Firdaus tu yang minta garlic bread. Dia makan begitu saja.

      Padam
  8. sedap tu pagi2 dah ada pengat pisang.

    BalasPadam
  9. Lama tak makan garlic bread . Lapar pula

    BalasPadam
  10. semoga Firdaus semangat nak belajar lepas seleranya dipenuhi.

    BalasPadam
  11. Gandingan garlic bread de2ndan mushroom soup memang mantap

    BalasPadam
  12. nmpk sedap garlic bread kak amie.
    ok, dah ada idea mcm mne nak habiskan baki roti yg tggl tu.

    BalasPadam
  13. sedapnya garlic bread. kalu ada mushroom soup lg ummmppphh

    BalasPadam
  14. Sedapnyaaa garlic bread tu
    Lama tak minum air lemon

    BalasPadam
  15. Suka tengok hidangan sarapan yg sihat di dapur Kak Amie, ingin nak tiru tapi...

    BalasPadam
  16. Menggodanyaaa pengat pisang tuu kak amie! Dari haritu lagi teringin, tapi tak sempat lagi merasa hehehe.

    BalasPadam
  17. aduhai telur separuh masak peberet tu. Garlic bread layan dgn mushroom sop emm sedapnya. Pengat sejuk2 lagi lah ummp

    BalasPadam