Selamat berhujung minggu. Cuaca pagi ini redup saja. Perut pun sudah beralas. Tenaga sudah mencukupi untuk meneruskan aktiviti bersama keluarga. Pagi ini Amie buat popia inti pisang beangan. Makan cecah dengan madu tualang. Ada jagung rebus, samyang cream carbonara dan minuman panas lemon campur daun pudina.
Petang kelmarin Firdaus terima lagi kiriman bungkusan dari Abang Farid. Bukan main seronok budak kecil ini. Tak sabar dia nak buka bungkusan. Katanya Abang Farid kirim samyang. Kita tanya, macamana adik tahu? Katanya, ada dia telefon Abang Farid minta belikan!
Benda-benda samyang, benda-benda ramen ini kita selalu nampak di kedai tapi tak pernah capai. Pernah lihat beberapa kali Fairuz masak di dapur. Itu pun dia beli sendiri. Amie perasan sewaktu setiap kali Abang Farid pulang bercuti, mesti ada beberapa bungkusan benda samyang di dapur!
Kalau Firdaus makan samyang pun, itu semua hasil masakan Fairuz atau Abang Farid. Fuad pula Amie tak pernah lihat sentuh samyang.
Rupanya Firdaus tidak bergurau! Memang Abang Farid kirim samyang! Punyalah jauh hantar kiriman!
Inilah dua bungkusan samyang dari kayangan!
Amie masak dua bungkus Samyang Cream Carbonara.
Jagung rebus pun ada.
Sempat buat popia inti pisang berangan. Popia pun bengkok ikut bentuk pisang juga!
Popia inti pisang dimakan bersama cecahan madu tualang.
Alhamdulillah. Madu tualang ini madu asli.
Walaupun terbiar tak bertutup, tak seekor semut pun yang mendekati.
Berbaloi beli walaupun harga kayangan.
amboii. sedapnyaaaaaa samyang. baru kelmarin ckp ngn laki nadya teringin nak makan samyang tapi x beli2.haha
BalasPadamHaha besar betul bungkusan Samyang. Saya suka yang keju.
BalasPadamLepas ni pandai cakap Korea la Daus ..hihihi
BalasPadamNampak sedap popia & jagung.
Selamat berhujung minggu..
Lain sikit hidangan sarapan Kak Amie harini. Firdaus pun minat makan Samyang ye. Tahan pedas ke tu Firdaus makan yang pedas tu? Seronok dia dapat bungkusan Samyang dari Abang Farid lagi. Sedap nampaknya tu. Popia pisang makan dengan madu, unik style tu. Sedap madu asli. Manis yang sedap :)
BalasPadamSelamat berhujung minggu Kak Amie.
selamat berhujung minggu, seronok firdaus ya!
BalasPadamSaya jarang makan samyang, tapi adik saya suka. Pedas sangat la tak tahan. Citarasa Melayu, lagi suka megi asam laksa. Hihi
BalasPadamSaya tak pernah makan samyang. Teringin pula nak cuba, tengok Amie masak.
BalasPadamBestnya, ada madu asli. Sini, susah nak cari. Beli kat kampung pun, tengok-tengok ada campur gula, sebab semut kerumun kat botol madu.
tak pernah lagi makan samyang... nak cuba cari la nanti
BalasPadamSaya makan bila anak2 buat.. tapi cuma segarpu dua je.. pedas.. tak tahan.
BalasPadamSedap2 semuanya.
BalasPadamMakin besar bungkusan samyang abang firdaus bagi ya, nampak sedapp tapi perut tak tahan pedas, kalau makan pun boleh sesuap dua aje huhuhu. Lepas ni pandai cakap korea la firdaus hahaha
BalasPadamBudak2 memang suka sgt samyang..lagi pedas berdesing lg dia org duka buat cabaran utk makan. ..haha esoknya semua sakit perut..
BalasPadamHujung minggu yang syahdu dengan makan-makan yang enak.
BalasPadamBestnya dapat makan sedap-sedap...
BalasPadamsedapnya nmpk samyang tu.
BalasPadamBkn main seronok dpt samyang. Yg pink tu belum pernah mkn
BalasPadamSeronoklah Firdaus dapat samyang, nasib mummy rajin nak masakkan.. sy suka popia pisang celup coklat 🥰
BalasPadamDah lama x makan samyang...nanti nak beli la..wah best la Firdaus abang2 rajin melayan
BalasPadam