Pages

Sabtu, 3 Julai 2021

Sarapan Kuih Cempiang

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ini Sabtu, redup dan nyaman. Masuk dapur, sudah tersedia bungkusan berisi makanan untuk sarapan pagi. Oleh kerana pagi ini Amie bergoogle meet, awal pagi lagi Encik Suami beli sarapan dan kemudian keluar lagi untuk urusan pembayaran gaji pekerja-pekerja di bawah seliaannya.

Apa agaknya yang ada dalam bungkusan plastik di atas meja dapur?

  • Cempiang @ Cinnamon Rolls @ Kuih Ubat Nyamuk
  • Penyaram
  • Nasi Kuning
  • Nasi Goreng & Ayam Goreng
  • Roti Sosej


Kuih Cempiang @ Cinnamon Rolls @ Kuih Ubat Nyamuk

Hidangan sarapan pagi.

Nasi Goreng & Ayam Goreng

Kuih Penyaram

Roti Sosej

Nasi Kuning


Pagi ini, sambil bergoogle meet sambil mengunyah cempiang dan tolak masuk ke dalam tekak dengan air lemon panas.


Kuih Cempiang (gambar dari entri lama).

Kami suka makan cempiang. Kuih ini sedap dinikmati sebagai alas perut di waktu pagi, dan sesuai dijadikan hidangan petang bersama keluarga.

39 ulasan:

  1. syu suka juga kuih cempiang ni. kdg2 beli di kuih ni dkt btc hospital..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap makan ketika masih panas. Harum aroma kayu manisnya.

      Padam
  2. tak pernah jumpa n makan cempiang nie. nampak sedap :)

    BalasPadam
  3. Rupa kuih cemoiang ni mcm ada satu jenis biskut rupa camni gak..

    BalasPadam
  4. Rasanya macam roti cinnamon roll ke, Kak Amie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye kot... sebab nama omputihnya cinnamon rolls juga.

      Padam
  5. dah lama tak makan kuih penyaram, jarang jumpa org jual kat sini..

    oo..cinnamon roll..hehe..

    BalasPadam
  6. Banyak jenis sarapan Puan Amie sekeluarga. Kalau rumah saya 1-2 jenis sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namanya sarapan tapi merangkap makan tengahari juga. Kalau saya tak sempat masak, memang kami makan sajalah lebihan sarapan pagi. Saya selalu masak tengahari agak lewat, kadang-kadang petang baru sempat masak nasi. Kuih-kuih itu pula biasanya saya panaskan semula dalam air fryer untuk minum petang.

      Padam
  7. Cempiang..kuih apa tu, tak pernah mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cempiang tu kuih tradisional di Sabah. Ada yang panggil kuih ubat nyamuk sebab melingat macam ubat nyamuk.

      Padam
  8. dah jarang tengok org jual rasa ori, byk dah di olah semula dgn memacam flabour

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Tapi kalau dapat yang ori, sedap dia lain macamlah.

      Padam
  9. SA suka cinnamon rolls tapi x pandai bat..selalu beli je kat bakery atau tempah...sedapnya..terus teringin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Amie dulu ada belajar. Macam-macam boleh bubuh. Dah diubah suai. Ada yang digoreng, ada yang dibakar.

      Padam
  10. cantik mcm lingkaran ubat nyamuk
    kuih penyaram tu tempat sy panggil cucur jawa, memang sedapp dan suka mkn nak lg utk sarapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lawa kan. Betul macam lingkaran ubat nyamuk. Penyaram dan cempiang tu kena makan masih panas sikit, sedap.

      Padam
  11. Hari-hari sedap dan pelbagai masakannya..

    BalasPadam
  12. kuih penyaram tu selalu nampak, tapi tak pernah rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun memilih juga kuih ni. Kalau masih panas memang dua tiga ketul masuk perut. Kalau dah sejuk, liat sikit.

      Padam
  13. Meriah sarapan pagi dengan kuih muih. Cinnamon Rolls tu kuat tak rasa cinnamon dia? Teringin nak rasa tapi tak cukup yakin nak try takut tak kena dengan selera. Sekali pandang tengok macam tapi, nasi kuning rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kuat sangat rasa cinnamon da. Sedang-sedang saja, sesedap rasa.

      Padam
  14. Rupanya berlingkar mcm ubat nyamuk..tu pasal agaknya dipanggil sebegitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa betullah tu. Rupa ubat nyamuk yang melingkar tu, dapatlah namanya begitu.

      Padam
  15. Sedapnya......
    Saya suka haruman & rasa serbuk kulit kayu manis....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap makan panas-panas sikit, aroma dan rasanya masih menggoda!

      Padam
  16. First time dengar kuih cempiang, sekali pandang macam ubat nyamuk yang lingkaran tuuuu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu pasal namanya pun kuih ubat nyamuk hihihii.

      Padam
  17. Rindunya nak makan kuih penyaram..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapkan. Saya selalu buat tak jadi. Kalau teringin makan, beli saja hihihii.

      Padam